- Adoi slow'nya, servis tak bagus betul.....
- Serabutnya B* dia ni, ini B* ke tempat bela nyamuk?!
- Ahhhh!!! terkejut aku, belum pun lagi nak masuk K* dah menjerit.....
- Mula-mula masuk ok, dah habis projek cepat-cepat blah.....
Hah apa semua kat atas tu? Salah itu bukan cara nak buat cucur badak. Itu adalah carta benda-benda yang sangat menakutkan para blogger!!!!
"Warrr!! Asyraf dah takut la tu",, eiyer takde pasal aku nak takut dengan muka mintak lutut tu.
Aku Tak Berani Nak Masuk Komen-Komen Dalam Blog Dia
Pertama- Page slow gila, itu tak jadi masalah sangat biasalahkan kadang-kadang internet slow. Nak laju guna Digi Turbo 3G la.
*Rating ketakutan: biasa je
Kedua- Serabut, tah apa-apa yang disumbat sampaikan page blog tu dah jadi macam kedai besi buruk. Inilah antara punca page blog jadi slow. "Mamak tosai satu", tengok siap ada kedai mamak lagi dalam blog yang serabut kusut masai.
*Rating ketakutan: agak seram sejuk
Ketiga- Belum lagi sempat nak baca dan tulis apa-apa komen lagu dari autoplay dah menjerit secara tiba-tiba. Niat nak bagi orang dengar tapi kalau ada yang sakit jantung dah lama jalan. Contoh terkejut dia macam terkena link hantu, korang penah kena? Ok aku pernah terkena dengan link yang hantu yang tiba-tiba menjerit depan skrin tu, 3 hari tak lalu nak makan beb terkejut punya pasal.
*Rating ketakutan: mimpi ngeri hantu kak limah saman uncle seekers. "dapat duit nanti kak limah nak shopping barang gucci terhengin!!"
Keempat- Mula-mula masuk (^_^ ) ok mata masih segar *tingg bersinar macam letupan mercun pop-pop untuk balas kunjungan. 2 minit kemudian selepas tinggalkan komen dengan tergesa-gesa, ok ini dia contoh komen "alhamdulillah bagus la esok harga minyak turun lagi, yahuuuuuu" aik pelik je komen padahal entri blog tu pasal harga minyak naik bukan harga minyak turun (#_#) tanpa periksa apa yang dikomen cepat-cepat cabuuutttt mata aku dah berpusing-pusing macam kena pukau baca tulisan warna-warni dah tu tak nampak pulak apa yang di tulis..
*Rating ketakutan: wow sangat menakutkan, jangan tegur, jangan tegurrrrr, ehh ehh tu..........
Arghhh menyampah aku dengan monyet ni, dia sengih macam kerang busuk!!! ingatkan korang tadi, sorry
19 comments:
menawan la monyet ni..
hahaaa
menawan ape muka macam kerang busuk....haha
haha. ape motif gambar alisa lam?
tak ada apa2 motif,, saja letak gambar alisa lam nak buat semak untuk sementara waktu.... :)
nama minah nie.. bukan ka elly tran ha??? cuba search...
entah la..
kat facebook yang aku add nama Alisa Lam...
i terlalu meminati m0nyet di atas.. sila kepilkan n0mb0r telef0n dia buley???
no fon dia tekde..u boleh add fb dia je..kalo tak jumpa cari je manusia2 yang perangai macam tu kan banyak..
haha..tergolak guling² akak baca entri kau ni (aku rasa kau adik..kalau kau lg tua mintak mahap lah..psl aku pun selalu perasan muda walaupun dah tua)
mulanya akak malas nak klik sbb mcm lucah jer..tp akak klik jugak sbb nak kutuk kau..haha
tp kau ni mmg mcm Sepah dgn Balas..suka buat lawak double meaning..
nanti kalau kau free dan terkunjung blog akak..agak² tahap mana rating ketakutan kau?? akak yg takut..mintak lutut kau boleh?akak nak masak sup lutut..
Tahniah akak pengkomen yang terpanjang dalam blog saya..
sebagai hadiah terimalah gambar monyet di atas untuk wallpaper telefon bimbit.
ahahah mana ada saya buat lawak double meaning, akak yang fikir macam tu..ish ish ish
nanti saya kunjung ke blog akak.
amboi kak sampai nak buat sup lutut guna lutut saya.. "sedapnye kakakkk"(iklan rempah lepas buletin utama tv3)..bahaya ni..seram, seram, =)
ayat atas xleh blah.. buh la shoutmix.. senang nak jejak
ayat atas tu buat saspen je..ok nti bubuh..
comel...
,onyet tu sengeh...hehe.. :)
haha sumpah saspen giler
fnatasha.hafizi: yekew?? hempeh punya monyet..haha
zAf'irAh: elemen seram digabungkan dalam entri ni..wuarrr
clakak..aku igtkan awek tu nak usha aku..hehe..
haha..jgn nak buat lawak dabel meaning sgt..aku smash pale hang kang..AHHA
awek tu wat hidung wa berdarah la.. =)
Tak payahla semakkan entri u dgn gambar keparat tu.tayang dada,ingat u tak dpt saham dr api neraka???
terima kasih sebab ingatkan ye..
orang hensem sentiasa mendengar teguran.. :)
Post a Comment