ASYRAF-7

Bertemu lagi kita. :)

Hai...

Tuesday, November 27, 2012

Nokia N80 Mandi Sungai

Kisah aku terjatuhkan telefon Nokia N80 kawan aku dalam sungai.



Aku sudah berada diseberang sungai seronok mandi manda. Lepas tu ternampak kelibat Benjo dengan Shapea yang baru sampai dari celah celah pokok. Semasa mereka nak melintas sungai Shapea hulurkan kepada aku helmet kerana nak lipat seluar. Aku pun sambut helmet tu yang diberi dalam keadaan terbalik. Tanpa aku lihat apa ada dalam helmet terus aku telungkupkan atas batu.

Tiba-tiba aku dengar ada bunyi barang jatuh. Shapea menjerit dari seberang sungai "Telefon aku". Terus aku pandang helmet. OMG!! baru aku tau Shapea ada letak barang-barang dia dalam helmet. Aku kurang dengar apa yang Shapea jerit dari seberang kerana bunyi air sungai yang deras. Aku terpandang telefon, ok syukur selamat sebab tak masuk dalam air. Aku pun dengan gembira tunjukkan telefon SonyEricsson (kalau tak silap) dekat Shapea "Ni dia fon hang". "Bukan yang tu, N80 aku dalam air" kata Shapea. "Hah ?" terkejut beruklah aku sebab pada tahun 2007 N80 tu la paling mahal.

"Mati aku mati". Terus aku meraba-raba ke dasar sungai cari N80 tu, takut N80 tu hanyut dek air yang deras je sebab dah hampir 1 minit telefon tu jatuh dalam air. Sambil tengok air yang deras aku mintak janganlah telefon tu hanyut, ok sekarang dah hampir 3 minit mencari. Tiba-tiba aku terpegang sesuatu, terus aku tarik keluar dan alhamdulillah aku dapat jumpa N80 dan bukan itu saja pendrive pun sekali aku dapat padahal takde sapa pun yang nampak pendrive jatuh. Nasib baik tak hanyut. Terus aku buka cover bateri dan cabut bateri serta merta. Tips ni aku dapat dari majalah Ering. Muka Shapea dah takde mood, gila takkan nak happy telefon baru je jatuh dalam sungai. Aku kata kat dia jangan risau telefon ni mesti ok.

Balik tu kita orang semua pergi rumah Khaiwi sebab nak keringkan N80 tu. Sorang-sorang muka tak sabar nak tengok telefon tu on terutama Shapea. Semua tunggu aku masukkan bateri je. Aku tepuk-tepuk sikit bagi air dalam tu keluar sampai habis dan keringkan depan kipas dalam 30 minit. Lepas aku yakin semuanya dah kering jeng jeng jeng bateri pun dimasukkan. Nak tau apa jadi ? Nak ? Ok N80 tu hidup dengan sihat sejahtera tanpa ada sikit pun masalah walaupun hampir 5 minit menyelam dalam sungai. Baru muka Shapea nampak ada "NUR" sikit. Telefon tu tahan hingga bertahun-tahun lamanya.

Monday, November 19, 2012

Masalah BB ID Di APP World

Sering kali  pengguna yang terlupa kata laluan di app world tak tahu nak berbuat apa-apa sedangkan mudah saja mereka boleh reset password. Ada jugak yang terlupa email punya password sekali  =_=''
Kali ni ada tips yang berguna buat yang lupa ID, password atau yang beli Blackberry terpakai.

Kalau dah beli Blackberry terpakai macam mana kita nak tau ID pengguna terdahulu, matilah nak cari sapa owner lama jadi tak susah kita boleh buat akaun baru dekat Blackberry APP World. So yang lupa ID dengan password pun boleh cuba cara ni.

Tadaaaa dah siap pun register, itu pun kalau you all semua dah buat la tadi. ID baru dah siap jadi boleh login dah dekat app world BB anda. Pada yang nak membaca bagi habis dulu silakan.

Ehhh kenapa keluar "ENTER THE USERNAME ASSOCIATE WITH THIS SMARTPHONE" pulak ni ? Arhhh Asyraf ni memang pembohong bersiri la, kata dah boleh tapi keluar ape benda menatang pulak ni..!!

Sabar abam jangan marah sama saya, itu sebab IDD lama punya BB ada sana (bercakap gaya bangla). Ehh IDD pulak dah, tu kad yang Bangla selalu guna nak call kampung halaman. BB ID baru betul, kena delete dulu Blackberry Identity yang lama. Cara dia ikut langkah dekat bawah.


Klik pada yang bertanda biru dekat BB you all.

1.

2.

3.

4.

5.
Okeh bagi perhatian sekejap ye murid-murid. Delete Blackberry Identity. Haa bijak lepas delete restart BB anda dan bila dah hidup masuk dekat app world nanti akan keluar "A BlackBerry Identity update is needed. Would you like to install it now ?" so klik YES. Lepas dah habis download akan keluar "A restart is required for changed to take effect." Jadi sekali lagi kena restart, nanti dah hidup anda dah boleh masuk app world dan pergi ke My World nanti akan keluar sign in page, jadi anda sudah boleh login dengan jeritan penuh keriangan seperti suasana hari raya. Selepas itu akan muncul "Your Blackberry ID will be associated with smartphone. Your Internet email accounts, as well some apps and services will be automatically be transferred. In some cases, email won't be sent to you previous smartphone anymore" so Continue je. Nanti akan keluar BB agreement page tu scroll ke bawah klik I Accept.

Tutorial bergambar ini khas untuk OS6, OS7 dan OS 7.1 sahaja. 


Kepada Pengguna OS 5 janganlah bersedih kerana saya sangat adil tau. Adilah jugak walaupu takde gambar kan. Bawah ni untuk Curve 8520, Bold 9000 dan seangkatan dengannya.

1. Tekan butang BB
2. Pilih "Option" 
3. Pilih "Application"
4. Tukarkan daripada "Third-party" kepada "Add-ons"
5. Dalam senarai itu nanti ada "Blackberry Identity" 
6. Delete "Blackberry Identity" tersebutHaa bijak lepas delete restart BB anda dan bila dah hidup masuk dekat app world nanti akan keluar "A BlackBerry Identity update is needed. Would you like to install it now ?" so klik YES. Lepas dah habis download akan keluar "A restart is required for changed to take effect." Jadi sekali lagi kena restart, nanti dah hidup anda dah boleh masuk app world  dan pergi ke My World nanti akan keluar sign in page, jadi anda sudah boleh login dengan jeritan penuh keriangan seperti suasana hari raya. Selepas itu akan muncul "Your Blackberry ID will be associated with smartphone. Your Internet email accounts, as well some apps and services will be automatically be transferred. In some cases, email won't be sent to you previous smartphone anymore" so Continue je. Nanti akan keluar BB agreement page tu scroll ke bawah klik I Accept.

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...