ASYRAF-7

Bertemu lagi kita. :)

Hai...

Showing posts with label Blackberry. Show all posts
Showing posts with label Blackberry. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

Perbezaan Bold 9700/9780 Dan Curve

Ramai yang tertanya-tanya apa perbezaan Bold 9700 dengan Bold 9780, beza Curve dengan Bold, beza Bold dengan Torch. Ok aku ni bukanlah pro sangat pasal Blackberry ni tapi tahu la serba sedikit.
Perbezaan Bold 9700 dengan 9780
  • Bold 9700 dengan 9780 tidak memiliki perbezaan dari reka bentuk.
  • Bold 9780 mempunyai 512MB RAM manakala Bold 9700 cuma 256MB RAM.
  • Kamera Bold 9780 5.0 Megapixel dan kamera Bold 9700 3.2 Megapixel.
  • Bold 9700 OS 5 tapi boleh upgrade ke OS 6 dan Bold 9780 OS 6.
  • Memory card Bold 9700 menyokong sehingga 16GB dan Bold 9780 menyokong sehingga 32GB.
Curve pula tiada perbezaan yang ketara dengan Bold dari segi reka bentuk kerana kedua-duanya masih mempunyai keypad. Walau apa pun masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tapi apa yang pasti Bold lebih bagus dari Curve. Jadi anda lihatlah sendiri perbandingannya di GSMARENA.
Screen shot
Ini perbandingan untuk model lama kerana sekarang kedua-duannya sudah ada model baru.

Thursday, October 27, 2011

Cara Nak Upgrade OS Blackberry

(Updated 15 Januari 2013)

Nak upgrade OS5 ke OS6? Atau nak update OS5, OS6, OS7 dan OS7.1 yang paling latest?
Ikuti beberapa langkah mudah, tak perlu bayaran dan tak perlu bazir duit RM100-200 untuk upgrade di kedai.

Langkah-langkah untuk upgrade OS5, OS6, OS7, OS7.1.



Download OS yang terbaru di Crackberry. klik ---> download Latest OS


Nanti dia akan terus ke RIM dan anda perlu isi ruang kosong yang disediakan.


Dah habis download kemudian install dalam PC anda, tunggu sehingga Finish, tak perlu tick pada AppLoader nanti.


______________________________________________________________________________________


1. Connect Blackberry anda dengan DESKTOP SOFTWARE dan jangan disconnect selagi upgrade belum selesai.

Penting: Back up dahulu data telefon anda di Blackberry Desktop Software.
Jika anda masih belum ada Desktop Software boleh download disini ---> Desktop Software Download


2. Putuskan internet komputer anda supaya Desktop Software tak menghalang update OS tu nanti. Kemudian pergi ke my computer pilih Local disk (C:) dan ikut saja langkah-langkah seperti gambar di bawah :-
*Klik pada gambar untuk besarkan

a.
klik pada Program Files (x86)

b.
pilih Common Files

b.
kemudian Research In Motion

c.
Pilih AppLoader

d.
Scroll ke bawah sekali dan delete file Vendor

e.
Scroll ke atas semula klik pada Loader untuk mulakan upgrade

f.
klik Next

g.
Next

h.
Tunggu sehingga selesai

i.
Pilih bahasa dan aplikasi yang anda inginkan. Next

j.
dah puas hati klik pada Finish

k.

l.

n.
Akhirnya siap sempurna upgrade OS baru anda. 

m.
Blackberry anda akan on secara automatik apabila upgrade selesai.

Mudah saja kan tak sampai 1 jam semuanya dah selesai. Jangan takut nak cuba kerana langkah-langkah ni lengkap dari A sampai Z.

Jika update pertama anda tak berjaya, anda perlu tutup Desktop Software tapi jangan disconnect USB dan mulakan langkah a-j sekali lagi.


______________________________________________________________________________________

Cara untuk upgrade Blackberry T-Mobile
Untuk Blackberry T-Mobile caranya lain sedikit. Ada beberapa langkah tambahan yang perlu dibuat terlebih dahulu sebelum ikut sepenuhnya Langkah-langkah untuk upgrade OS di atas.
Anda perlu delete 2 cod tersebut:
net_rim_theme_tmobile_BlackBerry6_480x360_b.cod
net_rim_theme_tmobileeu_BlackBerry6_480x360_b.cod



Program Files (x86)

Common Files

Research In Motion


Shared

Loader Files

klik

Java

Delete 2 cod t-mobile tersebut

Dah delete boleh la mulakan upgrade mengikut Langkah-langkah untuk upgrade OS dari a - m di atas. Jangan lupa cabut memory card dan backup file.
Untuk T-Mobile anda kena tutup Desktop Manager tetapi jangan disconnect telefon Blackberry anda dengan USB. 

Wednesday, October 26, 2011

Apple Dan Blackberry

Semasa aku kecil dulu apa yang aku tahu Apple dan Blackberry cumalah buah-buahan. Aku tak pernah suka makan epal tapi aku suka minum jus epal. Tapi tapi tu dulu, sekarang bila disebut Blackberry dan Apple apa yang terlintas di fikiran adalah Cik Epal dan teknologi yang canggih bukan buah lagi. Wah macam mana mau kira ni dah la guna nama buah tapi sesen pun tak bayar dekat buah tersebut. Hati-hati mungkin suatu hari nanti mereka ni terima surat saman dari buah-buahan Apple dan Blackberry.

Kanak-kanak serta remaja masa kini mintak dekat mak ayah nak epal, dengan senang hati mak ayah tanya "hah nak iPhone 4 S ke iPad 2 ke Macbook atau nak mak ayah pinangkan Cik Epal". Untunglah lahir dalam zaman dah canggih mintak buah epal dapat Apple. Blackberry pula tidak lagi terkenal dengan jem yang enak disapu pada roti tapi popular dengan BlackBerry Messenger sampaikan Obama pun tergedik-gedik nak Blackberry. Tengoklah begitu hebat penangan buah Apple dan Blackberry ni pada dunia segalanya adalah kerana applikasi yang terdapat dalam kedua peranti ini membuatkan segala urusan harian menjadi lebih mudah.

Tapi dalam kebaikan kita dibuai teknologi sebegini ada juga keburukannya seperti banyak masa dihabiskan dengan mengadap BBM dan laman sosial yang terdapat dalam kedua-dua peranti canggih ini sehingga kurang melakukan aktiviti yang sihat di luar rumah. Ramai yang tidak cukup tidur kerana asyik bermain dengan aplikasi yang menyeronokkan, tiada masa untuk bersama keluarga, binatang peliharaan mati kelaparan dan paling menyedihkan sembahyang 5 waktu entah ke mana. Jadi kita kena bijak membahagikan masa antara peranti canggih dan kehidupan seharian.

Wednesday, August 17, 2011

Isi Lengkap Blackberry Brightstar

Isi kandungan lengkap dalam sebuah kotak Blackberry 9780 Brightstar
*klik pada gambar untuk besarkan


Buku panduan dan cd

Kad warranty dari Brightstar

Earphones

Charger

4 jenis plug charger

USB

Pouch





Perbezaan dengan Blackberry AP Set
  1. Tiada buku panduan
  2. Tiada kad warranty
  3. Hanya dapat satu kepala charger
  4. Earphones tebal dan tak selesa dipakai
Kiri AP set dan Kanan Brightstar 

Sebelah kiri AP set dan sebelah kanan Brightstar
Perbezaan cetakan dan sticker pada bahagian tepi kotak BlackBerry. AP set menggunakan sticker plastik manakala Brightstar menggunakan sticker kertas. 

p/s: kelihatan sama tapi tak serupa.
Untuk maklumat lebih lanjut silalah baca sini : Tips Membeli Blackberry

Wednesday, August 10, 2011

LCD Blackberry Berbeza

Baru aku tahu LCD Blackberry ni lain-lain walaupun model sama. Contoh Blackberry Bold 9700 ada 3 jenis LCD iaitu kod 001/111, 002/111 dan 004/111. Sebelum membeli LCD baru kenal pasti dahulu jenis LCD yang asal dengan memeriksa kod dibelakang LCD. Ini penting kepada mereka yang nak membeli LCD secara online sebab takut tersilap beli pula kerana kod LCD yang berbeza dari LCD asal tak boleh digunakan. Kenapa berbeza? Haa itu aku tak tau.

LCD 002/111
Jagalah LCD sebelum terlambat sebab LCD Bold 9700/9780 paling mahal. LCD aku dah pun rosak jadi warna putih terus sebab tersembam jatuh katil.

Saturday, May 7, 2011

Atasi Masalah BlackBerry Yang Kuat Makan Kredit

Kepada pengguna BlackBerry yang menggunakan prepaid mesti hangin kan sebab kejap-kejap kredit habis tanpa buat call, guna internet atau mesej. Yang pakai postpaid pula tiap-tiap bulan bil sampai mesti mahal. Kenapa?

Puncanya ialah anda tak subscribe internet data. Jadi data services akan sentiasa berjalan mengunakan kredit. Bagi yang memang tak nak langgan internet + B.I.S dan cuma ingin menggunakan BlackBerry seperti telefon biasa saja bolehlah gunakan cara ini untuk mengelakkan kredit atau bil dari terus dicekik darah, caranya silalah off data services. Kalau tak tahu boleh ikut langkah-langkah dibawah. Klik setiap yang bertanda merah di telefon anda ok bukan disini.
1.

2.

3.
OFF kan Data Services dan While Roaming

Dah pun siap, On semula bila diperlukan sahaja. Selepas data services dah off, segala MMS atau aplikasi yang berkaitan dengan internet tidak dapat digunakan tetapi untuk membuat panggilan atau mesej tiada masalah. Bagaimanapun anda masih boleh menggunakan melayari internet menggunakan wifi tanpa perlu on data service tetapi hanya untuk Blackberry yang menggunakan OS yang terbaru sahaja. Contoh dulu masa OS V6.0.0668 kalau nak guna wifi mesti kena on data service tapi lepas saya update kepada V6.0.0.723 boleh pulak guna wifi tanpa on data service .

Monday, March 28, 2011

Tips Membeli Blackberry


Memandangkan Blackberry tengah hot jadi banyaklah penipuan dilakukan untuk mandapat keuntungan. Aku sebagai pengguna BB rasa bertanggungjawab untuk kongsi tips bersama anda semua supaya tidak ditipu. Kurang pengetahuan tentang Blackberry bagi mereka yang baru pertama kali nak beli Blackberry adalah golongan yang paling banyak ditipu oleh cina-cina sungai wang.

1. Jangan beli Blackberry AP set.
Penjual-penjual Blackberry ni dengan mulut manis selalunya akan cadangkan kita membeli Blackberry AP set. Mereka akan yakinkan kita dengan membandingkan antara AP set dan Brightstar tiada beza kecuali warranty sahaja lain sambil cuba meyakinkan lagi dengan mengatakan Blackberry AP set ini adalah Blackberry baru dan harga AP set lebih murah dari Blackberry Brightstar dalam RM50-200. PERHATIAN kepada anda semua jangan sesekali terpedaya dengan cakap-cakap penjual, AP set yang kebanyakkan di Malaysia ni sebenarnya adalah set Recon. Apa itu recon? Recon adalah barang terpakai yang diperbaharui semula. Kalau ikutkan AP set ni memang seperti yang dikatakan penjual iaitu warranty saja beza dari Brightstar tapi  bila set recon pun mereka kata itu adalah AP set ini dah jadi satu penipuan. Untuk pengetahuan anda semua Blackberry Recon yang sekarang ni mereka kata AP set sebenarnya adalah Blackberry terpakai dari luar negara atau dalam negara dan digantikan dengan cover baru sebelum dijual semula dengan kotak, nombor siri yang sama ditampal pada kotak dan lengkap segala aksesori pada harga baru. Mungkin anda akan rasa untung kerana dapat berjimat dalam RM50-200 jika membeli AP set tapi sebenarnya anda dah ditipu.

2. Blackberry AP set menggunakan barangan tiruan.
Jika anda membeli Blackberry AP set segalanya adalah barangan tiruan seperti cover tiruan, qwerty keypad tiruan, trackpad tiruan, charger tiruan, bateri tiruan, earphone tiruan dan telefon pula sudah digunakan mungkin ada beberapa kerosakan sama ada sudah dibaiki dengan komponen tiruan atau tidak dibaiki langsung. Segala barang-barang ini cepat rosak dan tak sama kualiti seperti yang original. Jika dikira setiap barangan tiruan ini anda hendak gantikan dengan membeli barangan original secara berasingan sudah pasti boleh mencecah ribuan ringgit. (Jika anda dapat "AP set yang sebenar" tak mengapa kerana ianya original beza cuma warranty)
Perbezaan wayar dan print pada charger tiruan AP set (kiri) dan original Brightstar (kanan)


3. Brightstar Pilihan Yang Tepat
Brighstar adalah pengedar sah Blackberry di Malaysia. Segala aksesori adalah original dan telefon belum digunakan lagi bermakna anda adalah pemilik yang pertama. Walaupun harga mahal sedikit tetapi terjamin 100% baru dan original. Selain itu anda boleh membeli BlackBerry daripada Celcom atau Digi.

4. Jangan Bayar Dahulu
Semasa hendak membeli penjual selalunya meminta bayaran dahulu sebelum mereka mengambil telefon di tempat lain jadi aku nasihatkan selagi telefon tiada depan mata jangan bayar walaupun sesen kerana anda tidak dapat nak periksa untuk pastikan apakah keadaan telefon itu. Sudah bayar jangan harap nak dapat duit balik, yang anda akan dapat cuma alasan bodoh dari mereka saja.

5. Periksa Buyer's Remorse Untuk Pastikan Itu Blackberry Baru Yang Belum Di Gunakan Lagi
Cara-cara untuk periksa bagi OS5 pergi ke Option > Status
Cara untuk periksa bagi OS6 dan OS7 pergi ke Option > Device> Device & Status Information.
Dekat sini memang tak ada tunjuk data usage dan voice usage jadi sila taip BUYR dan segalanya akan terpamir. Tekan satu-satu B U Y R tak perlu tekan serentak huruf-huruf tu.
Update: Masuk sini untuk tengok Cara Periksa BUYR
Paparan untuk OS5 telefon masih belum digunakan lagi data usage dan voice usage masih kosong

Data Usage dan Voice Usage yang sudah digunakan bermakna itu bukan telefon baru

Paparan untuk OS6 

Ok itu saja tips-tips yang paling penting sekali untuk anda semua. Sebenarnya banyak lagi perbezaan yang boleh aku tunjuk antara AP dan Brightstar tapi aku tak larat nak buat tu semua. Ingat pesan aku kalau nak selamat jangan la beli AP set. Aku sekadar berkongsi apa yang aku tahu untuk sama-sama tidak ditipu. Nak beli barang ribu-ribu kenalah hati-hati, duit bukan senang nak cari. Jika anda baru membeli dan berasa tertipu anda bolehlah membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menuntut ganti rugi jika boleh.


p/s: tak semua penjual penipu sebab aku dah pusing satu sungai wang dengan low yatt sebelum buat entri ni saja nak buat research, pada tinjauan aku rata-rata penjual mempertahankan AP set telefon baru yang belum digunakan lagi tapi bila check BUYR terbukti itu telefon recon dan ada yang berterus terang memberitahu bahawa AP set adalah telefon terpakai yang telah diperbaharui semula (recon). AP set telefon lain boleh percaya tapi Blackberry ni banyak tipu sikit so berhati-hati sebelum terkena.

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...