ASYRAF-7

Bertemu lagi kita. :)

Hai...

Friday, February 25, 2011

Rugi Demi Pengalaman

Aku bermula dan bersedia untuk tanggung kerugian. Aku tak nak habiskan masa membuat kajian kerana takkan dapat apa-apa selagi tak bermula. Dari kerugian ada pengalaman dimana aku takkan dapat belajar dari sebuah buku atau pengalaman orang lain. Aku percaya setiap orang pernah melakukan kesilapan yang sama pada permulaan dan kerana kesilapan itulah mereka berjaya.

Alami kerugian adalah satu pengalaman yang berharga untuk aku cari kelemahan dan kesilapan dari segi penilaian setiap kos. Biar rugi pada permulaan kerana apabila rugi kita akan sentiasa berjaga-jaga untuk setiap penilaian kos pada masa akan datang bagi mengelak daripada pisang berbuah dua kali dan itulah gunanya pengalaman dalam dunia business yang begitu berisiko.

Tuesday, February 1, 2011

Cerita Hati

Terasa sepi hilang seketika..
Bersama hayalan yang mengisi minda..
Aku biarkan rasa ini terus berputar..
Agar hati aku merasa bahagia..

Andai masa terus berjalan takkan mampu aku hentikan..
Andai aku punya kesempatan takkan aku cuba siakan..
Andai dia cuma wujud dalam fikiran takkan mampu aku dapatkan..

Dari mata turun ke hati..

Terasa cinta tanpa di minta..
Terasa sayang tak terduga..
Terasa rindu hadir setiap masa..

Begitulah cinta..

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...