Monday, October 29, 2012

Charger Tiruan Bateri Lambat Penuh

Dulu aku ingat charger original atau tiruan sama je. Perbezaan dia memang ada iaitu cepat penuh dan lambat penuh atau cepat rosak dan tahan lama. Tapi sekarang aku jumpa lagi satu perbezaan yang paling penting iaitu kuasa yang disalurkan ke dalam bateri tak sama. 

Macam mana aku boleh perasan sebab hari tu aku balik kampung dan terlupa bawak charger so pinjam la charger tiruan saudara aku dan macam biasa lambat gila penuh. Bila dah penuh bateri cepat habis pulak. Hari pertama dan hari kedua aku fikir mungkin sebab banyak guna internet so dalam sehari tu dekat 4 kali aku cas. 

Masuk hari ketiga aku mula la hairan, gila tak hairan bateri Sun Global kot, selalu cas 1 atau 2 kali je sehari tapi ni sampai 3-4 kali. Hari keempat baru dapat charger ori sebab abang aku balik so setiap kali cas bateri sehingga penuh mampu tahan lebih 12 jam untuk penggunaan yang kerap. Nampak sangat perbezaan dia so aku pon suruh abang aku cuba guna charger tiruan tu tanpa aku bagi tau apa-apa sebab, lepas tu dia complain "apasal bateri aku ni cepat habis, baru je cas tadi". 

Sekarang dah terbukti sebab bukan aku sorang saja yang alami. Jadi charger tiruan bukan sahaja beza dari segi kualiti ketahanan dan cepat atau lambat penuh tapi berbeza juga dari segi kuasa yang disimpan dalam bateri. Muktamat.

0 comments:

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...