ASYRAF-7

Bertemu lagi kita. :)

Hai...

Friday, December 28, 2012

App World Hilang Selepas Upgrade



Mulanya saya rasa tak perlu untuk menulis tentang ni tapi ramai yang bertanya. Mereka kata selepas upgrade App World terus Icon App World hilang. Tak perlu saya terangkan baik baca sendiri dekat sini dan sudah pasti anda akan dapat balik App World yang dah hilang tu.

Baca Sini -------> App World Hilang


Saturday, December 22, 2012

Reboot Blackberry Dengan 3 Butang

Adam !! Stacy !! Bergabung !! Meletup !! Ahhhhhh

Ok tu Adam dengan Stacy bila bergabung. Sekarang ni bila 3 butang dibawah bergabung dia tak meletup macam Adam dan Stacy tapi dia akan reboot telefon Blackberry. Ni adalah salah satu rahsia alam semulajadi yang harus diketahui oleh pengguna BB. Reboot boleh juga dibuat dengan mencabut bateri itu dipanggil hard reset. Gabungan 3 butang dibawah dipanggil soft reset. Pengguna BB yang dah lama mesti tau 3 butang ni. So tak payah baca, ni untuk pengguna baru je.

Cara dia adalah dengan menekan butang seperti diatas bermula dari alt kemudian aA dan akhir sekali del.
Tekan ketiga-tiga butang ni selama 10-15 saat sehingga menyala lampu merah. 


Friday, December 21, 2012

Kini BBM 7 Boleh Buat Panggilan

BBM 7 yang terbaru menyokong panggilan suara dari BBM ke BBM yang diberi nama BBM Voice. Dengan menyambung BB korang dengan Wi-Fi panggilan boleh terus dibuat kepada contact BBM yang menggunakan BBM 7 tapi dia juga harus ada Wi-Fi. Walau apa pun terubat jugaklah duka pengguna BB yang inginkan SKYPE pada BB yang sehingga kini masih belum ada tanda-tanda untuk dikeluarkan. 

Kualiti dalam panggilan BBM Voice sangat baik dan jelas. Tiada gangguan dari makhluk halus mahupun makhuk kasar. Ok saya sangat happy dengan menggunakan BBM Voice, ni adalah salah satu langkah yang baik untuk BB naikkan semula jualan telefon BB. Sebelum ni orang suka BB sebab ada BBM boleh text free dengan gf, kawan, adik, abang, kakak, mak, ayah, atuk dan nenek tapi sekarang ni BBM dah boleh cakap terus berjam-jam lamanya, yang penting ianya PERCUMA.



Semasa buat panggilan melalui BBM Voice kita boleh buat benda lain sama sebab BBM Voice ni multi tasking. Masa tengah bersembang kita boleh reply mesej, bbm dengan kekasih gelap, email, atau tengok gambar dan lain-lain. Best kan so kepada yang belum update kepada BBM 7 silalah buat segera, rugi tak cuba tau. 


Segala panggilan yang tak dijawab, masa panggilan dan batalkan panggilan akan dipamirkan pada chat bbm.

Software BBSAK

BBSAK adalah software untuk wipe OS telefon BB korang. Selalunya orang gunakan BBSAK untuk masukkan OS terbaru.

Download dan install BBSAK. klik ---> download BBSAK
Connect telefon Blackberry anda dengan Desktop Manager dan buka BBSAK.
Sebelum klik Wipe Device pastikan anda Back up dulu segala file di Blackberry Desktop Manager supaya segala data anda tidak hilang dan cabut memory card.

Tunggu sehingga selesai Wipe Device seperti di atas.


Umur Aku 70 Tahun

Teknologi kita dah semakin canggih sampai aku dapat tengok muka tua aku nanti.
Nak tengok ke muka aku masa umur 70 ?

Ehh tolong sikit ni bukan Daniel Craig ok.

Sejuk hati tengok muka aku time tua nanti masih hensem walaupun kedut seribu. Korang pun boleh buat muka tua ni jugak. Sape yang pakai android mesti tau nak buat macam mana.

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...