ASYRAF-7

Bertemu lagi kita. :)

Hai...

Saturday, December 18, 2010

Sedapnya Teppanyaki

Dah selalu sangat aku makan makanan mat saleh, makanan mamak, kali ni lidah aku nak rasa makanan Jepun pula. Tak payah ke Jepun kat sini pun ada makanan mereka. Antara yang menjadi pilihan aku kali ni adalah makanan yang paling popular di Jepun iaitu teppanyaki, asyik sushi je nak termuntah pulak.

Teppanyaki sebenarnya bermaksud panggangan kuali besi iaitu memasak makanan Jepun di atas kuali besi yang rata (teppan). Selain itu teppanyaki juga boleh bermaksud kedai makanan Jepun yang menyediakan tempat duduk dengan meja berbentuk kaunter dan kuali besi digunakan untuk memasak steak, okonomiyaki, monjayaki, yakisoba, makanan laut, daging dan pelbagai jenis sayur-sayuran.

Kali ni terasa nak makan salmon teppayaki pulak coz dulu aku dah try beef teppayaki dengan chicken teppayaki dan rasa dia sangat-sangatlah sedap terutama beef teppayaki. Untuk pengetahuan anda teppayaki ni sebenarnya takde la mahal mana, makanan dia just belas-belas ringgit dan minuman dia pula tak lebih dari sepuluh ringgit. Kalau nak makan seorang bawa 30 ringgit pun dah cukup. Ok jom ke teppanyaki sekarang.

Jeng...jeng...jeng...aku memilih tempat di tepi teppan sebab kalau duduk depan kadang-kadang panas. Tak sabar aku nak tengok tukang masak memasak dengan gaya akrobatik yang sangat menarik tetapi malangnya tukang masak kali ini adalah seorang mamat bangla. Hei pulangkan semula mamat Jepun yang pandai memasak tu ke teppayaki. Nak jimat duit je keje tauke Mr Teppanyaki ni dengan mengupah mamat bangla.

 ini dia aku punya salmon teppanyaki sangat sedap weh

sekali lagi ini aku punya salmon teppanyaki sangat sedap weh, tu air cendol fusion ape tah dah lupe

Di Malaysia ada dua restoran teppanyaki yang popular iaitu Teppanyaki dan Mr Teppanyaki. Dua-dua best, Mr Teppanyaki ada kelebihan dari segi minuman kerana mempunyai pelbagai jenis minuman berbanding Teppanyaki yang cuma menawarkan minuman berkabonat dan Fuji Snow sahaja.

Lokasi restoran Teppanyaki
1. Mid Valley
2. 1 Utama Shopping Center
3. Food Court KLCC
4. Ikano Power Center
5. Sungai Wang Plaza
6. IOI Shopping Center
7. Jusco Cheras Selatan
8. Jusco AU2 Setiawangsa
9. Jusco Seri Kembangan
10. Jusco Kepong

Lokasi restoran Mr Teppanyaki
1. The curve
2. Sunway Pyramid
4. Jaya Jusco Wangsa maju
3. Low Yatt Plaza
4. Gurney Plaza, Penang


Wednesday, December 15, 2010

Jom kita berkenalan....


-Cik Ben saya mula buat blog since 2009 tapi yang tu dah lama ini baru punya blog November 2010.
-Selepas seorang follower saya cabut lari yang tinggal cuma 43 orang pada 15 Dec, 6.43 petang.
-Trafik sehari tak pasti tapi bawah 50 je, kadang-kadang lebih bila ada updated baru.
-Sehari entri selalunya sungguh-sungguh banyak iaitu 'SATU' sehari sebab banyak blogwalking je.
-Blog yang paling saya suka mestilah Cik Ben Ashaari.

Monday, December 13, 2010

Murahnya Nyawa

Sekarang ni dah macam trend orang bunuh diri bila putus cinta. Sebelum ni aku takde la nak ambik port sangat pasal hal-hal ni tapi bila kisah Alviss Kong yang terjun dari tingkat 14 di Cheras dengan meninggalkan nota dan status facebook yang bermula dengan teka-teki akhirnya terjawab dengan membunuh diri aku pun nak tau jugak apa nota yang dia tulis, cari punya cari jumpa jugak. Agak sedih jugak la aku baca. Muka handsome gila bukan aku nak tipu, sekali pandang macam karekter komik Kaoru Cake House. Malas aku nak cerita panjang tengok jelah kat link-link kat bawah ni semua ada.
(link 1) (link 2) (link 3) (link 4)
Ok lupakan pasal kisah kat atas tu.
Teruk sangat ke kecewa orang putus cinta ni sampai bunuh diri? Aku pun macam pernah jugak putus cinta tapi tak adalah teruk sampai nak bunuh diri. Kerana cinta sanggup bunuh diri dah tak ada benda lain ke nak buat. Ambil jalan singkat dengan menghentikan hidup sendiri bukan jalan yang terbaik untuk lari dari segala masalah. Masalah dunia saja yang habis, akhirat punya belum habis lagi.

Sebagai umat Islam kita dilarang sekeras-kerasnya untuk membunuh diri kerana perbuatan membunuh diri adalah salah satu dosa besar dan bagaimana cara seseorang itu membunuh diri di dunia begitulah juga cara dia menerima balasan di akhirat kelak. Oleh itu kita harus kuatkan iman dalam hadapi masalah supaya kita jauh dari perbuatan keji.

Friday, December 10, 2010

Taktik Nak Kumpul Follower


7 Dec 

8 Dec
Apa?! Kurang sorang!! Seorang follower aku dah cabut lari dengan motosikal RXZ tanpa seurat benang ehh bukan-bukan tanpa bagi notis 1 bulan. Bil air, bil api, sewa rumah sapa nak bayar? Penat-penat aku renovate dia duduk tak sampai 2 hari dah cabut. Deposit 3 bulan aku tak mintak adoi rosak la bisnes aku macam ni. Wah pandai dia main taktik kotor untuk ramaikan follower dia, dia masuk blog aku  


"7 Dec 10, 10:15 PM alok: singgah2 dan follow!"

Aku pun follow la balik untuk balas kunjungan diplomatik, boleh pulak lepas aku follow dia, dia stop follow aku.

Walaupun follower aku dah cecah 28 ribu orang (tipu, tipu, tipu) tapi kurang seorang aku tetap rasa sebak. Apa salah blog aku? Apa yang tak best cerita aku? Aku bukan Adnan Sempit yang pandai buat lawak tapi dalam hati ada taman.

Aku akui apa yang aku cerita semuanya tak berunsur black metal yang menjadi pujaan remaja sekarang jadi debish gedebuk!! Ok aku dah tak boleh nak habiskan cerita sebab aku dah potong wayar keyboard.

p/s: darah kambing, darah kambing bekkkkk

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah 1432H. Semoga tahun baru ini aku bermula dengan kebaikan tak mau ada senget-benget mau lurus saja, harap-harap aku boleh. Yela aku bukannya orang alim yang kuat iman, banyak buat amalan, dan hebat menegakkan syiar Islam. Aku cuma insan biasa yang dalam hati ada taman tapi dah penuh dengan semak, *psssssss ok itu bunyi yang keluar dari alat penyembur racun yang baru aku beli semalam, lepas ni semak-semak tu akan hilang sikit-sikit kalau hilang terus tu tipulah kan.


Hijrah untuk kita sekarang ni senang je dah tak payah merentasi padang pasir dengan menunggang unta. Hijrahlah dengan hati untuk kemajuan diri. Terlalu banyak sikap yang tak baik ada dalam hati kita. Kalau dulu hati penuh dengan benci tukarlah dengan sayang, kalau dulu hati hitam macam ahli sihir cucilah dengan Breeze lupakan kotoran, haip jangan jurus je nanti hati tak cukup bersih. Kalau dulu hati penuh dengan dendam semailah benih-benih cinta, ehh betul ke ni? boleh ke macam tu, takkan la kita sanggup nak bercinta dengan orang yang dah humban kita dalam kandang harimau. Kalau dia cantik apa salahnya boleh-boleh lupakan semua itu hati mau bersih ma.

Hidup ini tak lama, manfaatkan masa yang ada untuk berhijrah sebelum semuanya berakhir. Jangan sia-siakan masa yang ada. Haiyo kumpul dosa je keje habis berat belah kiri. Apa pun selamat tahun baru, semangat baru, azam baru, bini baru, awek baru, kereta baru, rumah baru, tv baru, hoiii itu dah lebih-lebih melampau la tu. Cukuplah dengan azam baru, sifat baru dan semangat baru yang menuju ke arah kebaikan ok.

Aku Tak Berani Nak Masuk K* Dalam B* Dia

- Adoi slow'nya, servis tak bagus betul.....
- Serabutnya B* dia ni, ini B* ke tempat bela nyamuk?!
- Ahhhh!!! terkejut aku, belum pun lagi nak masuk K* dah menjerit.....
- Mula-mula masuk ok, dah habis projek cepat-cepat blah.....

Hah apa semua kat atas tu? Salah itu bukan cara nak buat cucur badak. Itu adalah carta benda-benda yang sangat menakutkan para blogger!!!!


"Warrr!! Asyraf dah takut la tu",, eiyer takde pasal aku nak takut dengan muka mintak lutut tu.

Aku Tak Berani Nak Masuk Komen-Komen Dalam Blog Dia

Pertama- Page slow gila, itu tak jadi masalah sangat biasalahkan kadang-kadang internet slow. Nak laju guna Digi Turbo 3G la. 
*Rating ketakutan: biasa je

Kedua- Serabut, tah apa-apa yang disumbat sampaikan page blog tu dah jadi macam kedai besi buruk. Inilah antara punca page blog jadi slow. "Mamak tosai satu", tengok siap ada kedai mamak lagi dalam blog yang serabut kusut masai.
*Rating ketakutan: agak seram sejuk

Ketiga- Belum lagi sempat nak baca dan tulis apa-apa komen lagu dari autoplay dah menjerit secara tiba-tiba. Niat nak bagi orang dengar tapi kalau ada yang sakit jantung dah lama jalan. Contoh terkejut dia macam terkena link hantu, korang penah kena? Ok aku pernah terkena dengan link yang hantu yang tiba-tiba menjerit depan skrin tu, 3 hari tak lalu nak makan beb terkejut punya pasal.
*Rating ketakutan: mimpi ngeri hantu kak limah saman uncle seekers. "dapat duit nanti kak limah nak shopping barang gucci terhengin!!"

Keempat- Mula-mula masuk (^_^ ) ok mata masih segar *tingg bersinar macam letupan mercun pop-pop untuk balas kunjungan. 2 minit kemudian selepas tinggalkan komen dengan tergesa-gesa, ok ini dia contoh komen "alhamdulillah bagus la esok harga minyak turun lagi, yahuuuuuu" aik pelik je komen padahal entri blog tu pasal harga minyak naik bukan harga minyak turun (#_#) tanpa periksa apa yang dikomen cepat-cepat cabuuutttt mata aku dah berpusing-pusing macam kena pukau baca tulisan warna-warni dah tu tak nampak pulak apa yang di tulis..  
*Rating ketakutan: wow sangat menakutkan, jangan tegur, jangan tegurrrrr, ehh ehh tu..........

Arghhh menyampah aku dengan monyet ni, dia sengih macam kerang busuk!!! ingatkan korang tadi, sorry

Monday, December 6, 2010

Apa Yang Aku Dan Anda Semua Lupa?

Siapa yang peduli bila memijak tanah di atas muka bumi, menghirup udara segar, diterangi matahari, berlindung di balik langit dan awan yang menjadi bumbung serta bulan dan bintang sebagai penyeri bumi adalah kebesaran ciptaan yang maha Esa.

Terlupa rasa syukur atas nikmat yang diberikan. Terlupa dengan larangan yang harus dipatuhi. Terus alpa dengan nikmat yang dikecapi. Lalai dengan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Sedarlah segalanya adalah sementara, segala baik buruk yang dilakukan akan dihitung dan dibalas dengan apa yang telah dijanjikan.

Ya Allah bimbinglah aku, berikanlah aku petunjuk dan jauhkanlah aku dari segala kemungkaran.

Sifat Sombong Penghalang Untuk Menyelesaikan Masalah

Kebanyakan masalah berkaitan persahabatan susah untuk diselesaikan. Kenapa?
Ok untuk menyelesaikan masalah berkaitan persahabatan janganlah mencari salah orang lain sebaliknya cari salah diri sendiri dan perbetulkan. Jangan hanya menunding jari mengatakan dia salah dan diri sendiri sentiasa betul dalam segalanya walhal apa yang di rasa betul itulah yang sebenarnya salah.

Cari jalan untuk menyelesaikan masalah dengan cara menang-menang untuk menyenangkan hati kedua-dua belah pihak. Cara aku menang dan dia kalah tak sesuai digunakan walaupun pada hakikatnya mungkin dia yang salah tetapi cara itu takkan memuaskan hati pihak yang kalah, untuk apa nak terlalu berkira dalam menyelesaikan masalah tentang persahabatan. Cubalah mencari cara untuk menyelesaikan bukan menghancurkan.

Lagi satu punca utama masalah susah nak diselesaikan adalah kerana pangkat, kuasa, darjat atau kekayaan yang kita ada. Sedarlah itu semua tak bermakna, ia cuma membuatkan diri menjadi bertambah sombong. Orang yang mempunyai pangkat, kuasa, darjat dan kekayaan akan fikir bahawa dia lagi besar dari orang lain dan kenapa dia perlu mengalah atau menang-menang dengan orang lain. Jika berfikiran seperti itu bermakna kita tergolong sebagai orang yang angkuh, sombong, memandang rendah kepada orang lain, serta memandang dirinya sempurna segalanya dan sebagainya. Itu adalah sifat keji yang dibenci Allah.

Allah s.w.t berfirman, ertinya:
Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (QS. 31:18) 

Ibnu Abbas r.a, ketika menjelaskan makna firman Allah s.w.t: "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia", berkata: "Janganlah kamu sombong dan merendahkan manusia hingga kamu memalingkan mukamu ketika mereka berbicara kepadamu. "  (Tafsir At-thabari 21/74)

Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan Firman Allah s.w.t, "Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh", maksudnya: "Janganlah kamu menjadi orang yang sombong, keras kepala, berbuat sesuka hati, janganlah kamu melakukan semua itu yang menyebabkan Allah murka kepadamu." (Tafsir ibnu Katsir 3/417)

Renung-renungkan.....

Sunday, December 5, 2010

Blog Aku Sepantas Roket??

Masa aku blogwalking kat page tupaikaran dia punya page load cepat gila sup sap sup sap macam jebon.
Aku memang suka kalau blogwalking ke page ringan macam ni sebab takde la buang masa menunggukan.

So aku pun nak tau jugak speed blog aku tu, sekali Dyno run fuyoo boleh tahan laju kalah tupaikaran. haha :)
Ok ini dia speed test aku.
Rasa-rasa ini dah cukup laju ke?

Kalau ini dah cukup laju bermakna korang tak perlu menghabiskan masa yang lama untuk menunggu kat page aku dan boleh teruskan blogwalking korang. 

Korang boleh dyno run blog korang kat sini Website Speed Test

p/s: blog aku laju sebab pakai Garrett40R Turbo, MSD Ignition System, Jun 272 Camshaft and Valve Springs, Stock Crankshaft, and Turbosmart Wastegates.. Sepang Drag Battle 2011 semua aku tapau nanti..

Proton Di KLIMS '10

Antara yang menarik perhatian aku lagi dekat KLIMS adalah 5 model kereta konsep Proton dengan menggunakan nama 5 pahlawan lagenda melayu iaitu Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu. Kalau model-model ni keluar suatu hari nanti mesti hot punya beb.
Tuah


Jebat


 Kasturi

Lekiu

Lekir

Cayalah Proton, nak satu percuma boleh?

Saturday, December 4, 2010

KLIMS '10

Bermula 3-12 Disember ini jangan lepaskan peluang berkunjung ke Kuala Lumpur International Motor Show '10 bertempat di PWTC. Tiket cuma berharga RM15 untuk dewasa pada hari biasa dan RM20 pada hari Sabtu dan Ahad.

Ok biar aku cerita dengan cara yang lebih santai, ringkas dan membosankan. Aku dah pun pergi autoshow ni semalam lepas sembahyang Jumaat. Dalam keadaan bersesak-sesak berebut-rebut dengan orang ramai untuk mengambil tempat paling hadapan semata-mata ingin melihat wanita-wanita yang cantik berdiri di sebelah kereta yang memang cantik tapi tak secantik wanita-wanita itu. Agak berbaloi jugak membayar tiket RM15. 

Kat sini banyak kereta canggih manggih yang dipamerkan, yang aku tak pernah tengok langsung selama ni pun ada. Tapi agak suram bila kereta jenis BMW, Volvo, Bently, Mercedes Benz, Audi, Alfa Romeo, Pagani, Volkswagen dan banyak lagi tak ada jadi tak la semeriah KLIMS '06. Model Lamborghin, Ferarri dan Porsche cuma ada beberapa buah je yang dipamerkan oleh Naza. Selain itu ada juga superbike, Harley-Davidson, aksesori kereta, penjagaan kereta, barang-barang seperti t-shirt, payung dan macam-macam lagi. Jadi pada sesiapa yang takde arah tuju tu berkunjunglah ke autoshow yang cuma 3 tahun sekali di adakan. Tak banyak gambar yang menarik yang aku boleh share coz takde yang menarik sangat pun.

Antara yang menarik perhatian



Salah satu kereta idaman Murcielago Superveloce

p/s: aku rasa lagi puas tengok kereta kat Naza Auto Mall. 

Friday, December 3, 2010

Sabar, Sabarr, Sabarrr, Sabarrrr..........

Aku sebagai orang yang paling cool dalam dunia menyeru supaya kita semua amalkan sifat bersabar. Cubalah menjadi orang yang sabar kerana sabar adalah kunci kepada ketenangan diri. Jangan kata sabar tu sesuatu yang mustahil kerana manusia dilahirkan dengan setiap sifat dan diri kita sendiri yang tentukannya.

Aku akui tak semua benda yang kita akan bersabar tapi janganlah sampai benda kecik pun nak diperbesarkan kerana sikap kita yang tak mampu bersabar tu. Bila dilanda musibah jangan cepat menunding jari menyalahkan sesiapa dengan apa yang menimpa diri, banyakkan bersabar dan berdoa. Cuba la berdepan dengan setiap perkara dengan sabar kerana orang yang sabar akan sentiasa berfikiran waras dan jauh dari segala tindakan yang memundaratkan diri.

Siapa yang peduli kalau kita nak memundaratkan diri sekali pun tapi fikirlah kita dah menyusahkan orang lain. Dengan bersabar insyaallah hidup kita akan sentiasa tenang walaupun orang disekeliling cuba menguji kesabaran kita.

Ok apa yang penting sabar tu bukanlah berbentuk seperti lori macam gambar kat atas ni.

p/s: ada sesiapa yang nak kena pau bulan ini? Jawapan dia Khairul Amar a.k.a Jambul dah tak sabar ni. :)

Thursday, December 2, 2010

Aku Jejaka Idaman Wanita

Weyh mesti ada yang sakit mata baca tajuk tu kan, macam syok sendiri pun ada kan tapi siapa yang peduli dah memang aku teruna idaman pun. Sekali petik jari 10 yang datang tau. Bertuah siapa yang dapat miliki aku ni dah la muka kacak, berbudi bahasa, hormat orang tua, suara yang merdu kalah Justin Bieber beb, lemah lembut ehh yang tu tak sangat nanti ada yang ingat aku ni bengkok pulak..

Ok dah lamakan aku tak upload pic baru kat fb jadi inilah wajah teruna idaman tu sekarang. Ada sesiapa yang berkenan? Takde hal la sekali petik jari sepuluh yang datang.
Apa lagi yang aku ada, emm tah la tapi macam-macam ada. Sekali sekala promote diri apa salahnya siapa yang peduli.

Terima Kasih

Nak story sikit semalam aku dapat satu mesej dari Rasyid, tah apa mimpi dia tak pasal-pasal send kat aku mesej macam ni.....   
Persahabatan umpama sejambak bunga, 
Andai ia terlerai boleh di gubah semula,
Namun takkan seindah gubahan yang pertama.

Maksud mesej tu memang betul. Selalunya kalau dulu kita rapat dengan seorang kawan dan tiba-tiba gaduh nanti mesti baik balik tapi takkan serapat dulu lagi. Rasyid boleh explain tak apasal ko hantar mesej macam ni? Aku tak rasa pun yang aku ada gaduh dengan ko ke apa ke. Ahh tak kisahlah mungkin ko pun dah jadi macam aku seorang yang pentingkan persahabatan. Apa pun terima kasih bebanyak beb...

Ok ini dia mamat nama Rasyid tu, tak lama lagi dia jadi chef dan aku pasti bulan puasa nanti mesti dia tak berbuka dengan maggie dah bila azan "Zohor" berkumandang. Aku tabik dia coz dialah satu-satunya kawan aku yang tak pernah marah langsung selama 7 tahun aku kenal dia. Kena kutuk, kena maki dia gelak je beb. Aik ape ke benda dia buat tu?

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...