ASYRAF-7

Bertemu lagi kita. :)

Hai...

Friday, April 29, 2011

Hapuskan Kemiskinan

Bukan mudah mencari rezeki dan juga untuk mengubah taraf hidup. Harus kerja keras untuk dapatkan sesuap nasi. Begitulah kehidupan segelintir manusia di dunia ini atau lebih tepat lagi di Malaysia. Kebanyakannya kais pagi makan piza, kais petang makan piza, kais malam pun makan piza. Betapa susahnya hidup mereka tapi hah bagaimana setiap masa mereka boleh makan piza??!

La mika tak tau ke, sekarang ni kan Piza Hut tengah bagi potongan harga 50%. Nampak bebenor mika tak keluor romah. Dari awak makan di warung Pak Jabit tu baik le makan Piza lagi jimat.

Ye betul tu. Ok le teman nak kena hantar piza ni nanti gaji teman kena potong.

He ey eh patut le kamu ni Usop rajin benor asyik ke pekan je, ropenye makan di Piza ye. Cantik motor baru kamu tu Usop. Teman tengok siap ade bulu harimau lagi dekat sidemirror.

Mika ni pun kalo teringgin nak naik tu khabor jele, tak payoh le nak berdolak dalih. Kita boleh pergi pusing-pusing KL malam minggu. Mari le, mari le..


Eii tak sior teman..




Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia. Apa yang kita lihat sekarang ini adalah usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar di Malaysia. Apa yang kerajaan lakukan tiada kena mengena dengan cerita piza di atas. Sehingga kini kerajaan telah berjaya mempertingkatkan lebih 44,000 isi rumah yang berpendapatan rendah keluar dari kelompok kemiskinan. Ternyata pemimpin-pemimpin sekarang ini dah mula sedar akan kesusahan rakyat, masing-masing berlumba-lumba untuk membela nasib rakyat. Sesuai dengan cogan kata Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan marilah kita bersama-sama menghapuskan kemiskinan dari negara kita ini.

Award Untuk Saya

One Lovely Blog Award ini diberikan oleh Tupai Karan, terima kasih sebab ingat dekat saya: 

Ok aku kena kongsikan sedikit perihal tentang aku sebab dah terima award ni
1. Aku seorang yang tak suka bangun pagi tapi sekarang hari-hari kena bangun pagi.
2. Aku lebih suka menghabiskan masa dekat blog sendiri daripada blogwalk.
3. Tak suka memandu kereta sebab malas ya amat.
4. Takut jarum sebab bila kena suntik aku boleh dengar isi-isi aku terkoyak dan sakit gila.
5. Kuat berangan nak jadi Uchiha Itachi.
6. Tak suka habiskan duit berbelanja benda yang tak tentu hala.
7. Hampir 3 tahun tak tidur waktu malam.
8. Seorang yang sangat cool macam Edward Cullen.
9. Bakal CEO di sebuah company.(ok ini jangan percaya)

Berikan Award ini kepada 15 blogger lain.
Mesti kena bagi ke? Ramai tu, ok la amanahkan. Ini blog-blog yang aku suka jenguk.
4. Q J
10. Mie
11. Awyn
14. 
15.

Kepada 15 blogger ini silalah ambil award yang tak seberapa ni sebagai tanda persahabatan antara kita dalam dunia web log ini. Kalau tak nak ambik pun takpe tak paksa.

Thursday, April 28, 2011

Entri Khas Untuk Orang Yang Kuat Mencarut

Dalam satu hari mesti anda pernah dengar atau sama-sama mencarutkan. Apa yang peliknya mencarut ni dah jadi macam satu budaya turun temurun yang harus di sebut setiap hari. Kena cuit sikit dah "b%t#h pak hang", melawak sikit je dah keluar"p%k# mak hang". Aku pun kekadang ter'mencarut jugak tapi aku memang cuba elakkan. Tak nak sebut benda-benda kotor ni. Kalau benda-benda yang tak elok tu senang je keluar dari mulut padahal tak ada sapa ajar pun tapi tak tau la kalau-kalau ada kelas yang ajar mencarut. Ehh ada ke orang yang nak pergi kelas mencarut? Rasa-rasa tak ada so tak payah jawablah soalan aku ni coz aku sendiri dah jawab.

Apa ada dengan mencarut bagi pencarut tegar?

1. Mencarut bagi mereka mungkin dapat terangkan hati kot.
"Esok aku final exam, baik aku mencarut banyak-banyak arini bagi terang hati ##$%%#@%$% ^%^%#%$%".

2. Mencarut bagi mereka mungkin cuma nak tunjuk samseng.
"Nak jadi samseng mesti kena mencarut. Mana ada samseng pegang tasbih nyanyi lagu nasyid weh".

3. Mencarut bagi mereka mungkin dah jadi rutin harian.
"Ehh rasa macam ada tertinggal sesuatu la harini, sembahyang 5 waktu? Bukan.. Haa patut rasa macam ada yang kurang rupa-rupanya satu hari ni aku belum mencarut lagi. Apa lagi mencarut yang ada ek? Bosan la aku hari-hari mencarut yang sama je".

4. Mencarut bagi mereka mungkin senang nak tarik perhatian awek-awek cun.
"Fuyoo ada awek cun. #$^%^$$%#%^%^$#^%%&$%#$ harap-harap awek tu tergoda dengar aku rap lagu Tupac Hit Em Up".

5. Mencarut bagi mereka mungkin sebab pengaruh budaya barat macam 'Yo Mamma Jokes'.
"Yo mamma so dirty, she lick your ugly a#s"

6. Mencarut bagi mereka mungkin sebab nak keluarga malu.
"Yes!! akhirnya aku berjaya dapat award dari tok ketua kampung. Award Mulut Kuat Mencarut termasyur dalam kampung, harap-harap mak bapak aku bangga dengan pencapaian aku setakat ni".

7. Mencarut bagi mereka mungkin sebab jiwa muda panas baran ada salah sikit mesti nak mencarut.
"Woi anak har#m!! puk# m#k!! hang tak reti bawak kereta ka? Hang tak tau ka aku ni pailang..!!".

Memang buruk, memang keji. Sampai bila nak jadi kaki mencarut macam kat atas tu? Malu weyh kalau terus berperangai macam kat atas tu dasar orang yang tak tahu adab. Berubahlah tinggalkan perangai buruk tersebut ye adik-adik, abang-abang. Kalau selawat tu berat betul nak buka mulutkan padahal dari kecil lagi dah dididik. Mungkin bagi mereka mencarut ni perkara biasa tetapi...........
  • "Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat di dalam timbangan orang mukmin di hari kiamat kelak melebihi timbangan budi pekerti yang baik. Sesungguhnya Allah sangat benci orang yang keji dan suka bercakap dengan percakapan kotor"
  • "Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan dari golongan kami orang yang menampar pipinya, mengoyak-ngoyak saku bajunya atau berdoa dengan doa orang-orang jahiliah"
Berdoa dengan doa orang-orang jahiliyah yang dimaksudkan di hadith tersebut ialah mencarut. Bayangkanlah kebencian Rasulullah terhadap orang-orang yang mencarut sehinggakan baginda tidak mengaku umatnya.

Wednesday, April 27, 2011

Semakin Ramai Isteri Pukul Suami


Kes isteri mengasari suami semakin meningkat. Ish, ish, ish jangan pukul suami anda nanti tak cium bau syurga tau. Nak masuk api neraka ke?? Tak mau, tak mau kan. Selalunya kita hanya dengar kes keganasan rumah tangga terhadap isteri. Ok itu perkara biasa bila isteri masuk ICU kena rembaih dengan suami. What!! perkara biasa??! Wahai golongan Adam, janganlah mengasari isteri anda yang comel tu kerana mereka adalah insan yang lemah lagi lembut, gedik lagi manja dan sopan santun walau mereka ada tomoi sekali pun. Tapi tak dinafikan memang ada isteri yang degil, kuat melawan dan tak patuh pada suami tapi janganlah dikasari sebaliknya guna cara lain keranaaa......
Ada Satu Bagian Pada Perempuan
Yang Sangatlah Peka
Bila Disentuh Oleh Lelaki
Dimanakah Bagian Itu
Maukah Kau Tahu
Karna Bagian Itu
Hanya Untuk Lelaki Yang Cukup Umur
Karna Bagian Itu Sungguh Sangat Bisa
Buat Perempuan
Dimabuk Kepayang, Dimabuk Asmara
Di Manakah Bagian Itu
Maukah Kau Tahu
Saya yakin dengan lirik saya Pak Nil dan saya kunci lirik ini..! Pandai-pandailah cari "bagian" ape tu, panjang bebenor lagu Ari Lasso ni..

Berbalik kepada tajuk utama isteri memukul suami, tahukah anda bahawa anda harus taat kepada suami? Kalau tak tahu rujuk pada ustaz, pakar motivasi atau cikgu tusyen dan jangan sesekali tanya kepada kumpulan Sepah atau Jozan. Mengikut daripada satistik Polis Diraja Malaysia dalam jangka masa 5 tahun iaitu dari tahun 2005 hingga 2010 menunjukkan sebanyak 293 kes isteri mengasari suami.

Statistik dari tahun 2005 hingga 2010

Walaupun cuma jumlah yang kecil dan ada yang menganggap ini kes terpencil tetapi angka yang sebenar mungkin lebih besar kerana mungkin ada yang malu untuk tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa. Kepada isteri yang memukul suami cepat-cepatlah memohon kemaafan sebelum terlambat. Pesanan kepada suami sekalian sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri kita kahwin lagi ok.

p/s: Lisa Surihani nanti jangan tangankan bakal suami awak ni ye.. =)

Monday, April 18, 2011

Muka-Muka Gangster KL Yang Bunuh Orang

Fuhh memang gangster dan menakutkan mereka ni. Pistol, pedang, besi, kayu dah sebati dalam hidup. Kalau gaduh darah tak merecik-recik tak sah. Nyawa dah takde harga dan penjara dah macam hotel bagi mereka ni.
Badan Gangster mesti macam ni.




Inilah dia KL Gangster sebuah filem arahan Syamsul Yusof yang akan menjengah pawagam 9 Jun 2011. Aku suka filem Syamsul sebab filem dia tidak pernah mengecewakan aku. 

Sunday, April 3, 2011

Kutipan Terkini Hikayat Merong Mahawangsa


Sehingga 23 Mac Hikayat Merong Mahawangsa berjaya mengutip sebanyak RM4.75 juta. Baru dua minggu tayangan dah banyak tu sekaligus mengatasi Lagenda Budak Setan yang berjaya meraih RM3.5 juta pada minggu kedua tayangan. Pada minggu ke tiga pula HMM mengutip sebanyak RM5.92 juta.


Tahniah KRU.

Aku belum tengok lagi cerita ni walaupun aku kipas susah mati KRU. Aku dah buat review pasal filem ni sejak 15 Jun 2010 lagi. Orang cakap best ke, tak best ke aku tetap nak tengok jugak.

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...