ASYRAF-7

Bertemu lagi kita. :)

Hai...

Monday, March 28, 2011

Tips Membeli Blackberry


Memandangkan Blackberry tengah hot jadi banyaklah penipuan dilakukan untuk mandapat keuntungan. Aku sebagai pengguna BB rasa bertanggungjawab untuk kongsi tips bersama anda semua supaya tidak ditipu. Kurang pengetahuan tentang Blackberry bagi mereka yang baru pertama kali nak beli Blackberry adalah golongan yang paling banyak ditipu oleh cina-cina sungai wang.

1. Jangan beli Blackberry AP set.
Penjual-penjual Blackberry ni dengan mulut manis selalunya akan cadangkan kita membeli Blackberry AP set. Mereka akan yakinkan kita dengan membandingkan antara AP set dan Brightstar tiada beza kecuali warranty sahaja lain sambil cuba meyakinkan lagi dengan mengatakan Blackberry AP set ini adalah Blackberry baru dan harga AP set lebih murah dari Blackberry Brightstar dalam RM50-200. PERHATIAN kepada anda semua jangan sesekali terpedaya dengan cakap-cakap penjual, AP set yang kebanyakkan di Malaysia ni sebenarnya adalah set Recon. Apa itu recon? Recon adalah barang terpakai yang diperbaharui semula. Kalau ikutkan AP set ni memang seperti yang dikatakan penjual iaitu warranty saja beza dari Brightstar tapi  bila set recon pun mereka kata itu adalah AP set ini dah jadi satu penipuan. Untuk pengetahuan anda semua Blackberry Recon yang sekarang ni mereka kata AP set sebenarnya adalah Blackberry terpakai dari luar negara atau dalam negara dan digantikan dengan cover baru sebelum dijual semula dengan kotak, nombor siri yang sama ditampal pada kotak dan lengkap segala aksesori pada harga baru. Mungkin anda akan rasa untung kerana dapat berjimat dalam RM50-200 jika membeli AP set tapi sebenarnya anda dah ditipu.

2. Blackberry AP set menggunakan barangan tiruan.
Jika anda membeli Blackberry AP set segalanya adalah barangan tiruan seperti cover tiruan, qwerty keypad tiruan, trackpad tiruan, charger tiruan, bateri tiruan, earphone tiruan dan telefon pula sudah digunakan mungkin ada beberapa kerosakan sama ada sudah dibaiki dengan komponen tiruan atau tidak dibaiki langsung. Segala barang-barang ini cepat rosak dan tak sama kualiti seperti yang original. Jika dikira setiap barangan tiruan ini anda hendak gantikan dengan membeli barangan original secara berasingan sudah pasti boleh mencecah ribuan ringgit. (Jika anda dapat "AP set yang sebenar" tak mengapa kerana ianya original beza cuma warranty)
Perbezaan wayar dan print pada charger tiruan AP set (kiri) dan original Brightstar (kanan)


3. Brightstar Pilihan Yang Tepat
Brighstar adalah pengedar sah Blackberry di Malaysia. Segala aksesori adalah original dan telefon belum digunakan lagi bermakna anda adalah pemilik yang pertama. Walaupun harga mahal sedikit tetapi terjamin 100% baru dan original. Selain itu anda boleh membeli BlackBerry daripada Celcom atau Digi.

4. Jangan Bayar Dahulu
Semasa hendak membeli penjual selalunya meminta bayaran dahulu sebelum mereka mengambil telefon di tempat lain jadi aku nasihatkan selagi telefon tiada depan mata jangan bayar walaupun sesen kerana anda tidak dapat nak periksa untuk pastikan apakah keadaan telefon itu. Sudah bayar jangan harap nak dapat duit balik, yang anda akan dapat cuma alasan bodoh dari mereka saja.

5. Periksa Buyer's Remorse Untuk Pastikan Itu Blackberry Baru Yang Belum Di Gunakan Lagi
Cara-cara untuk periksa bagi OS5 pergi ke Option > Status
Cara untuk periksa bagi OS6 dan OS7 pergi ke Option > Device> Device & Status Information.
Dekat sini memang tak ada tunjuk data usage dan voice usage jadi sila taip BUYR dan segalanya akan terpamir. Tekan satu-satu B U Y R tak perlu tekan serentak huruf-huruf tu.
Update: Masuk sini untuk tengok Cara Periksa BUYR
Paparan untuk OS5 telefon masih belum digunakan lagi data usage dan voice usage masih kosong

Data Usage dan Voice Usage yang sudah digunakan bermakna itu bukan telefon baru

Paparan untuk OS6 

Ok itu saja tips-tips yang paling penting sekali untuk anda semua. Sebenarnya banyak lagi perbezaan yang boleh aku tunjuk antara AP dan Brightstar tapi aku tak larat nak buat tu semua. Ingat pesan aku kalau nak selamat jangan la beli AP set. Aku sekadar berkongsi apa yang aku tahu untuk sama-sama tidak ditipu. Nak beli barang ribu-ribu kenalah hati-hati, duit bukan senang nak cari. Jika anda baru membeli dan berasa tertipu anda bolehlah membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menuntut ganti rugi jika boleh.


p/s: tak semua penjual penipu sebab aku dah pusing satu sungai wang dengan low yatt sebelum buat entri ni saja nak buat research, pada tinjauan aku rata-rata penjual mempertahankan AP set telefon baru yang belum digunakan lagi tapi bila check BUYR terbukti itu telefon recon dan ada yang berterus terang memberitahu bahawa AP set adalah telefon terpakai yang telah diperbaharui semula (recon). AP set telefon lain boleh percaya tapi Blackberry ni banyak tipu sikit so berhati-hati sebelum terkena.

Saturday, March 26, 2011

Widget Pelawat Terkini Bikin Kantoi

Adoi susah sekarang ni dah ramai yang pasang widget Pelawat Terkini gengblogger. Bikin kantoi saja, aku nak stalker pun dah tak boleh. Kepada kawan-kawan ku tolong la alih kan widget tu baru la aku boleh stalker balik blog-blog korang. Malu la aku kalau korang tau aku dok jenguk blog korang tiap-tiap hari. Lagi satu kalau korang buka blog tengok setiap jam muka aku je kat situ mesti korang pun takutkan??
Tengok aku dah kena tangkap
Hentikan!! Hentikan!!

Friday, March 25, 2011

Kerana Ayam Goreng Uncle Bob

Semenjak kau hadir dalam hidup ku
Tiada lagi keresahan
Kau yang bernama cinta

Stop it please!! I don't want hear you sing. Ok aku tengah marah ni. Aku marah sebab tak dapat makan Uncle Bob. Semalam aku buka website Uncle Bob 'katenye' dekat Ampang Mewah ada jual hari Khamis. So dengan bantuan Syafiq dia pun bagi info pasar malam tu depan kedai Hassan dekat station LRT Cahaya. Masa aku on the way nak sampai ke sana dalam 500 meter lagi jalan dah jem so aku pun dah senyum pasar malam! pasar malam! Uncle Bob!

Terus aku masuk parking dekat situ jugak, apa salahnya berjalan jauh sikit dan terus melangkah gembira dan gembira dan gembira. Selepas 5 minit berjalan sunyi sepi je takde pasar malam pun??? Aku sangat marah kerana tertipu oleh Syafiq dan kesesakan jalan yang meyakinkan kononnya ada pasar malam padahal jalan jem pasal trafik light merah je!!!


Ok dah patah balik masuk kereta baru aku teringat ada satu pasar malam dekat area berdekatan. Terus tuju ke sana dan akhirnya pasar malam depan mata, parking pun depan-depan jalan masuk pasar malam, tak mau jauh-jauh dah. Seronok dapatlah makan Uncle Bob. Jalan punya jalan rupa-rupanya tu pasar malam cina. Ayam Goreng Uncle Bob takde, Uncle Wong Fried Chicken je yang ada. Makkkk takkan la aku nak makan ayam tu tah halal ke tak. Huish aku kena tipu, tipu lagiiiiii.

Untuk pengguna Islam yang rasa was-was dengan taraf halal Uncle Bob tak perlu risau kerana dia ada sijil halal yang sah dari JAKIM.

Thursday, March 24, 2011

Penipuan Blackberry


Pernah tak anda dengar telefon Blackberry rampasan kastam atau di seludup masuk dari luar negara di jual dengan harga murah?

Kalau pernah dengar mesti anda percayakan lepas tu tanpa usul periksa terus bagi duit. Jangan percaya, ini semua taktik penipuan je.

Ok last month kawan aku ada tanya nak tak telefon Blackberry Torch Brightstar punya beb harga RM1200 satu tapi kalau ambik banyak harga dia lagi murah sampai RM950 satu set. Aku fikir gila apa harga murah macam tu Brightstar pulak tu. So aku pun tanyalah ambik dekat mana apasal murah sangat lepas tu dia cakap BB ni seludup punya dan dari mana dia dapat itu aku tak perlu tahu.

Dia cakap ramai dah tempah, kalau nak tempah kena bayar dulu sepenuhnya nanti baru dapat telefon. Jangan harap la aku nak percaya lagi pun aku dah ada BB takde la aku kisah sangat. Aku soal dia macam-macam nak kepastian dia melenting pulak. Bukan aku tak percayakan dia tapi aku tak percaya barang tu wujud sebab dia pun ambik atas orang lain. Lepas tu dia cakap kalau aku tak percaya tak payah bayar dulu tapi kalau telefon tu dah ada depan mata nanti aku tetap kena beli jugak tapi mahal sikit dari harga asal yang dia offer.

Hari yang dijanjikan dah tiba, aku call dia tanya
Aku: Askm Jony ada tak fon tu?
Jony: Ada-ada satg aku datang rumah ko ambik duit.
Aku: Aik aritu ko cakap ada fon baru aku bayar?
Jony: Ok takpe aku guna duit aku dulu. Aku ada hal sikit ni. Lewat sikit jumpa ko.
Aku: Ok nanti roger aku balik.

Keesokan harinya
Aku: Jony ape cer? Semalam aku tunggu tak roger-roger pun.
Jony: Aku terlupa la semalam.
Aku: Bila nak jumpa?
Jony: Petang nanti jumpa.

Petang
Jony: Bro sebenarnya aku dah kena kencing la, lesap semua duit. Aku call budak tu dari semalam tak dapat-dapat.
Aku: Lah macam tu pulak. Adoi takpe takde rezeki nak buat cena. Duit ko tu macam mana?
Jony: Aku dah buat report Polis, tengoklah nanti kalau boleh dapat balik duit tu.

Cerita ni memang berlaku, sebelum ni aku pernah dengar je. Apa-apa pun aku nasihatkan janganlah sesekali percaya taktik-taktik macam ni. Ada barang depan mata baru bayar ok.

Monday, March 21, 2011

5 Perkara Jangan Dilakukan Dalam Kereta

5 perkara yang jangan dilakukan bila menaiki kenderaan sendiri atau kenderaan orang lain.

1. Pijak seat kereta.
Jangan sesekali pijak seat kereta terutama kereta orang lain sebab kalau kereta sendiri confirm tak buat macam tu punya kan. Bayangkan dia jaga seat tu tak nak bagi kotor yela tempat duduk mesti nak bersih tambah-tambah fabrik sebab susah nak cuci tiba-tiba ada pulak yang pakai kasut dengan selamba meletak kaki atas seat. Kalau kasut tu bersih suci tak kotor seperti yang kita semua sedia maklum takpe juga. Tuan punya kereta mungkin senyum buat tak nampak je sebab nanti kalau tegur kecik hati pulak so elakkan ye.

2. Letak kaki merata-rata.
Dengan suka-sukinya meletak kaki atas dashboard. Penumpang belakang pulak letak kaki atas arm rest. Kalau tak pakai kasut ok lagi, ni dengan kasut-kasut sekali. Letak jela kaki kat bawah tak boleh ke?

3. Buang sampah dalam kereta.
Perhatian ye kereta bukanlah tong sampah selagi tiada sticker di pintu atau sebagai dengannya bertulis "Ini Tong Sampah Bergerak". Kemana sampah-sampah tu tuan-tuan dan puan-puan? Ke sungeiii!!

4. Merokok dalam kereta.
Kalau merokok dalam kereta benda yang paling bahaya ialah api rokok. Kalau api rokok terjatuh dalam kereta habis berlubang seat macam mana? Ada ke yang nak ganti seat baru? Kalau nasib tak baik boleh jadi bbq. Jadi berhati-hati atau jangan merokok langsung dalam kereta.

5. Makan dan minum dalam kereta.
Jangan makan dan minum dalam kereta nanti lama kelamaan entah dari mana muncul la lipas, biawak, unta, tikus yang akan menjadi penghuni kereta.

Pasanan ikhlas ni dibawakan khas oleh saya Asyraf Kamarul

Wednesday, March 9, 2011

Prosperity Burger Beb!!

Masuk dekat edit posts ternampak draft yang aku tak sempat nak publish akhir tahun lepas, alang-alang dah tulis so aku publish jela.

Start an action!! Tengah-tengah malam ni online lapar pulak bosan pun ada. Buka peti ais wargghhh penuh dengan makanan segera yang sejuk beku, malas aku nak masak. Bosan pulak duduk rumah malam minggu macam ni. Dengan pantas aku sambar kunci kereta keluar pusing-pusing ambik angin KL yang berbau asap kereta. Macam biasa mesti jumpa Jejai dengan Chevy Camaro dia tu buat bising dalam KL. Malas nak join dia buat bising baik aku pergi beli sesuatu untuk dimakan sebab perut pun dah start play muzik tektonik. Mana yang senang aku sapu je dan semestilah di McDonald.

Tak perlu tinggalkan kereta, tak perlu berjalan walaupun selangkah, tak perlu berjalan depan manusia-manusia yang suka pandang macam nak cari gaduh, tak perlu menunggu lama, tak perlu berdepan dengan percikan minyak panas, tak perlu bazirkan gas di rumah kerana drive thru saja kan mudah....


Dah tinggal sekerat baru teringat nak ambik gambar. Sos lada hitam yang melimpah ruah. Menangis aku makan hssss pedas, pedas!!!

Ini Baru Cool

Bulan Febuari dan bulan Mac ni penuh cabaran yang aku hadapi. Rasa nak give up pun ada tapi tu bukan cara aku walaupun aku dah letih berfikir. Aku tak nak mengeluh dengan apa yang dah mula. Aku harus berdepan dengan segalanya entah sampai bila.

Ternyata bukan mudah untuk berjaya jika tak rasa jatuh bangun sebuah perniagaan. Sebelum ni aku cuma baca kisah-kisah usahawan jatuh bangun sebelum bergelar jutawan yang berjaya tapi kali ni aku sendiri yang rasa. Benar kata mereka kalau tak mahu berdepan dengan cabaran, masalah, ditipu dan rugi jangan sesekali berfikir untuk libatkan diri dalam perniagaan.

Aku bukanlah orang yang berpengalaman untuk bercerita tentang perniagaan kerana aku baru bermula dan aku perlukan lebih banyak pengetahuan, sokongan, tunjuk ajar dan nasihat untuk terus membawa ****** **** (nama syarikat dirahsiakan) yang baru menapak dari sebuah nama kecil menjadi maju dan berdaya saing suatu hari nanti. Ribuan terima kasih kepada mereka  yang bersama-sama membawa ****** **** menjadi realiti.

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...