ASYRAF-7

Bertemu lagi kita. :)

Hai...

Tuesday, July 26, 2011

JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA

Sempena bulan Ramadan yang bakal menjerlang tak lama lagi marilah kita sama-sama menyertai 

1. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”
(Riwayat Muslim)

2. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai”.
(Riwayat Muslim)


3. Dari Abu Hurairah : Rasulullah Shallallahu'alaihi Wasallam naik mimbar lalu bersabda : "Amin, Amin, Amin". Para sahabat bertanya : "Kenapa engkau berkata demikian wahai Rasulullah?" Kemudian Rasulullah bersabda, "Baru saja Jibril berkata kepadaku : ''Allah melaknat seorang hambanya yang melewati Ramadhan tanpa mendapat ampunan'', maka ku katakan 'Amin', kemudian Jibril berkata lagi ''Allah melaknat seorang hamba yang mengetahui kedua orang tuanya masih hidup namun tidak membuatnya masuk Jannah (kerana tidak berbakti kepada mereka berdua)'', maka aku berkata 'Amin'. Kemudian Jibril berkata lagi, "Allah melaknat seorang hamba yang tidak bershalawat ketika disebut namamu", maka ku katakan 'Amin'. "Al A'zhami berkata : ''Sanad hadits ini jayyid''.

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...