ASYRAF-7

Bertemu lagi kita. :)

Hai...

Friday, December 28, 2012

App World Hilang Selepas Upgrade



Mulanya saya rasa tak perlu untuk menulis tentang ni tapi ramai yang bertanya. Mereka kata selepas upgrade App World terus Icon App World hilang. Tak perlu saya terangkan baik baca sendiri dekat sini dan sudah pasti anda akan dapat balik App World yang dah hilang tu.

Baca Sini -------> App World Hilang


Saturday, December 22, 2012

Reboot Blackberry Dengan 3 Butang

Adam !! Stacy !! Bergabung !! Meletup !! Ahhhhhh

Ok tu Adam dengan Stacy bila bergabung. Sekarang ni bila 3 butang dibawah bergabung dia tak meletup macam Adam dan Stacy tapi dia akan reboot telefon Blackberry. Ni adalah salah satu rahsia alam semulajadi yang harus diketahui oleh pengguna BB. Reboot boleh juga dibuat dengan mencabut bateri itu dipanggil hard reset. Gabungan 3 butang dibawah dipanggil soft reset. Pengguna BB yang dah lama mesti tau 3 butang ni. So tak payah baca, ni untuk pengguna baru je.

Cara dia adalah dengan menekan butang seperti diatas bermula dari alt kemudian aA dan akhir sekali del.
Tekan ketiga-tiga butang ni selama 10-15 saat sehingga menyala lampu merah. 


Friday, December 21, 2012

Kini BBM 7 Boleh Buat Panggilan

BBM 7 yang terbaru menyokong panggilan suara dari BBM ke BBM yang diberi nama BBM Voice. Dengan menyambung BB korang dengan Wi-Fi panggilan boleh terus dibuat kepada contact BBM yang menggunakan BBM 7 tapi dia juga harus ada Wi-Fi. Walau apa pun terubat jugaklah duka pengguna BB yang inginkan SKYPE pada BB yang sehingga kini masih belum ada tanda-tanda untuk dikeluarkan. 

Kualiti dalam panggilan BBM Voice sangat baik dan jelas. Tiada gangguan dari makhluk halus mahupun makhuk kasar. Ok saya sangat happy dengan menggunakan BBM Voice, ni adalah salah satu langkah yang baik untuk BB naikkan semula jualan telefon BB. Sebelum ni orang suka BB sebab ada BBM boleh text free dengan gf, kawan, adik, abang, kakak, mak, ayah, atuk dan nenek tapi sekarang ni BBM dah boleh cakap terus berjam-jam lamanya, yang penting ianya PERCUMA.



Semasa buat panggilan melalui BBM Voice kita boleh buat benda lain sama sebab BBM Voice ni multi tasking. Masa tengah bersembang kita boleh reply mesej, bbm dengan kekasih gelap, email, atau tengok gambar dan lain-lain. Best kan so kepada yang belum update kepada BBM 7 silalah buat segera, rugi tak cuba tau. 


Segala panggilan yang tak dijawab, masa panggilan dan batalkan panggilan akan dipamirkan pada chat bbm.

Software BBSAK

BBSAK adalah software untuk wipe OS telefon BB korang. Selalunya orang gunakan BBSAK untuk masukkan OS terbaru.

Download dan install BBSAK. klik ---> download BBSAK
Connect telefon Blackberry anda dengan Desktop Manager dan buka BBSAK.
Sebelum klik Wipe Device pastikan anda Back up dulu segala file di Blackberry Desktop Manager supaya segala data anda tidak hilang dan cabut memory card.

Tunggu sehingga selesai Wipe Device seperti di atas.


Umur Aku 70 Tahun

Teknologi kita dah semakin canggih sampai aku dapat tengok muka tua aku nanti.
Nak tengok ke muka aku masa umur 70 ?

Ehh tolong sikit ni bukan Daniel Craig ok.

Sejuk hati tengok muka aku time tua nanti masih hensem walaupun kedut seribu. Korang pun boleh buat muka tua ni jugak. Sape yang pakai android mesti tau nak buat macam mana.

Tuesday, November 27, 2012

Nokia N80 Mandi Sungai

Kisah aku terjatuhkan telefon Nokia N80 kawan aku dalam sungai.



Aku sudah berada diseberang sungai seronok mandi manda. Lepas tu ternampak kelibat Benjo dengan Shapea yang baru sampai dari celah celah pokok. Semasa mereka nak melintas sungai Shapea hulurkan kepada aku helmet kerana nak lipat seluar. Aku pun sambut helmet tu yang diberi dalam keadaan terbalik. Tanpa aku lihat apa ada dalam helmet terus aku telungkupkan atas batu.

Tiba-tiba aku dengar ada bunyi barang jatuh. Shapea menjerit dari seberang sungai "Telefon aku". Terus aku pandang helmet. OMG!! baru aku tau Shapea ada letak barang-barang dia dalam helmet. Aku kurang dengar apa yang Shapea jerit dari seberang kerana bunyi air sungai yang deras. Aku terpandang telefon, ok syukur selamat sebab tak masuk dalam air. Aku pun dengan gembira tunjukkan telefon SonyEricsson (kalau tak silap) dekat Shapea "Ni dia fon hang". "Bukan yang tu, N80 aku dalam air" kata Shapea. "Hah ?" terkejut beruklah aku sebab pada tahun 2007 N80 tu la paling mahal.

"Mati aku mati". Terus aku meraba-raba ke dasar sungai cari N80 tu, takut N80 tu hanyut dek air yang deras je sebab dah hampir 1 minit telefon tu jatuh dalam air. Sambil tengok air yang deras aku mintak janganlah telefon tu hanyut, ok sekarang dah hampir 3 minit mencari. Tiba-tiba aku terpegang sesuatu, terus aku tarik keluar dan alhamdulillah aku dapat jumpa N80 dan bukan itu saja pendrive pun sekali aku dapat padahal takde sapa pun yang nampak pendrive jatuh. Nasib baik tak hanyut. Terus aku buka cover bateri dan cabut bateri serta merta. Tips ni aku dapat dari majalah Ering. Muka Shapea dah takde mood, gila takkan nak happy telefon baru je jatuh dalam sungai. Aku kata kat dia jangan risau telefon ni mesti ok.

Balik tu kita orang semua pergi rumah Khaiwi sebab nak keringkan N80 tu. Sorang-sorang muka tak sabar nak tengok telefon tu on terutama Shapea. Semua tunggu aku masukkan bateri je. Aku tepuk-tepuk sikit bagi air dalam tu keluar sampai habis dan keringkan depan kipas dalam 30 minit. Lepas aku yakin semuanya dah kering jeng jeng jeng bateri pun dimasukkan. Nak tau apa jadi ? Nak ? Ok N80 tu hidup dengan sihat sejahtera tanpa ada sikit pun masalah walaupun hampir 5 minit menyelam dalam sungai. Baru muka Shapea nampak ada "NUR" sikit. Telefon tu tahan hingga bertahun-tahun lamanya.

Monday, November 19, 2012

Masalah BB ID Di APP World

Sering kali  pengguna yang terlupa kata laluan di app world tak tahu nak berbuat apa-apa sedangkan mudah saja mereka boleh reset password. Ada jugak yang terlupa email punya password sekali  =_=''
Kali ni ada tips yang berguna buat yang lupa ID, password atau yang beli Blackberry terpakai.

Kalau dah beli Blackberry terpakai macam mana kita nak tau ID pengguna terdahulu, matilah nak cari sapa owner lama jadi tak susah kita boleh buat akaun baru dekat Blackberry APP World. So yang lupa ID dengan password pun boleh cuba cara ni.

Tadaaaa dah siap pun register, itu pun kalau you all semua dah buat la tadi. ID baru dah siap jadi boleh login dah dekat app world BB anda. Pada yang nak membaca bagi habis dulu silakan.

Ehhh kenapa keluar "ENTER THE USERNAME ASSOCIATE WITH THIS SMARTPHONE" pulak ni ? Arhhh Asyraf ni memang pembohong bersiri la, kata dah boleh tapi keluar ape benda menatang pulak ni..!!

Sabar abam jangan marah sama saya, itu sebab IDD lama punya BB ada sana (bercakap gaya bangla). Ehh IDD pulak dah, tu kad yang Bangla selalu guna nak call kampung halaman. BB ID baru betul, kena delete dulu Blackberry Identity yang lama. Cara dia ikut langkah dekat bawah.


Klik pada yang bertanda biru dekat BB you all.

1.

2.

3.

4.

5.
Okeh bagi perhatian sekejap ye murid-murid. Delete Blackberry Identity. Haa bijak lepas delete restart BB anda dan bila dah hidup masuk dekat app world nanti akan keluar "A BlackBerry Identity update is needed. Would you like to install it now ?" so klik YES. Lepas dah habis download akan keluar "A restart is required for changed to take effect." Jadi sekali lagi kena restart, nanti dah hidup anda dah boleh masuk app world dan pergi ke My World nanti akan keluar sign in page, jadi anda sudah boleh login dengan jeritan penuh keriangan seperti suasana hari raya. Selepas itu akan muncul "Your Blackberry ID will be associated with smartphone. Your Internet email accounts, as well some apps and services will be automatically be transferred. In some cases, email won't be sent to you previous smartphone anymore" so Continue je. Nanti akan keluar BB agreement page tu scroll ke bawah klik I Accept.

Tutorial bergambar ini khas untuk OS6, OS7 dan OS 7.1 sahaja. 


Kepada Pengguna OS 5 janganlah bersedih kerana saya sangat adil tau. Adilah jugak walaupu takde gambar kan. Bawah ni untuk Curve 8520, Bold 9000 dan seangkatan dengannya.

1. Tekan butang BB
2. Pilih "Option" 
3. Pilih "Application"
4. Tukarkan daripada "Third-party" kepada "Add-ons"
5. Dalam senarai itu nanti ada "Blackberry Identity" 
6. Delete "Blackberry Identity" tersebutHaa bijak lepas delete restart BB anda dan bila dah hidup masuk dekat app world nanti akan keluar "A BlackBerry Identity update is needed. Would you like to install it now ?" so klik YES. Lepas dah habis download akan keluar "A restart is required for changed to take effect." Jadi sekali lagi kena restart, nanti dah hidup anda dah boleh masuk app world  dan pergi ke My World nanti akan keluar sign in page, jadi anda sudah boleh login dengan jeritan penuh keriangan seperti suasana hari raya. Selepas itu akan muncul "Your Blackberry ID will be associated with smartphone. Your Internet email accounts, as well some apps and services will be automatically be transferred. In some cases, email won't be sent to you previous smartphone anymore" so Continue je. Nanti akan keluar BB agreement page tu scroll ke bawah klik I Accept.

Wednesday, October 31, 2012

Cara Aktikan BIS Celcom

Cara untuk aktifkan BIS untuk line Celcom

Mula-mula dial *118# 


Pilih Blackberry


Kemudian ada keluar 5 jenis pelan langganan
  1. Pelan BBM Harian / Untuk BBM sahaja RM0.50 sehari
  2. Pelan Sosial Harian / Untuk FB, Tweet, BBM sahaja RM1.00 sehari
  3. Pelan Advance Harian / Untuk semua App+50MB data internet RM2.00 sehari
  4. Pelan Advance Mingguan / Untuk semua App+100MB data internet RM8.00 seminggu
  5. Pelan Advance Bulanan / Untuk semua App+250MB data internet RM25.00 sebulan


Monday, October 29, 2012

Cara Buang Application di App World

 App World yang terbaru kini sudah boleh buang application secara kekal. Kalau version app world yang dahulu apa yang kita delete pasti akan disimpan dekat Uninstalled. Ok sangat menyemak tapi sekarang apa yang kita semua nanti-nantikan dah tiba. hihihihi.

  • Pastikan anda dah upgrade App World ke version terbaru.
  • Buka App World dan masuk My World.
  • Tukar Installed ke Uninstalled


  • Klik dekat icon pensil.


  • Akan keluar kotak, tanda pada application yang anda ingin buang terus dari senarai uninstalled.


  • Dah habis tanda tekan menu dan pilih Delete items. Application tu akan dibuang secara kekal.

Link Download App World yang terbaru jika anda masih guna yang lama.


Charger Tiruan Bateri Lambat Penuh

Dulu aku ingat charger original atau tiruan sama je. Perbezaan dia memang ada iaitu cepat penuh dan lambat penuh atau cepat rosak dan tahan lama. Tapi sekarang aku jumpa lagi satu perbezaan yang paling penting iaitu kuasa yang disalurkan ke dalam bateri tak sama. 

Macam mana aku boleh perasan sebab hari tu aku balik kampung dan terlupa bawak charger so pinjam la charger tiruan saudara aku dan macam biasa lambat gila penuh. Bila dah penuh bateri cepat habis pulak. Hari pertama dan hari kedua aku fikir mungkin sebab banyak guna internet so dalam sehari tu dekat 4 kali aku cas. 

Masuk hari ketiga aku mula la hairan, gila tak hairan bateri Sun Global kot, selalu cas 1 atau 2 kali je sehari tapi ni sampai 3-4 kali. Hari keempat baru dapat charger ori sebab abang aku balik so setiap kali cas bateri sehingga penuh mampu tahan lebih 12 jam untuk penggunaan yang kerap. Nampak sangat perbezaan dia so aku pon suruh abang aku cuba guna charger tiruan tu tanpa aku bagi tau apa-apa sebab, lepas tu dia complain "apasal bateri aku ni cepat habis, baru je cas tadi". 

Sekarang dah terbukti sebab bukan aku sorang saja yang alami. Jadi charger tiruan bukan sahaja beza dari segi kualiti ketahanan dan cepat atau lambat penuh tapi berbeza juga dari segi kuasa yang disimpan dalam bateri. Muktamat.

Tuesday, October 16, 2012

Isi Lengkap Blackberry Bold 9790 Brightstar

Full set sebuah Blackberry 9790 Brightstar. Tiada pouch dan disk software desktop manager diberikan seperti Blackberry yang terdahulu. Model-model Blackberry yang terbaru semua macam ni.




Kad warranty 24 bulan dari Brightstar.



 
Satu bateri model JM1

Headset dan satu sahaja kepala charger yang diberikan. 
Kepala charger ini perlu disambung dengan cabel USB.


Saturday, June 23, 2012

Blackberry Initializing Failed (SOS)


Haritu aku upgrade OS Blackberry Curve 8520 gf cousin aku. Macam biasa upgrade ambik masa dalam 30 minit. Dah siap upgrade terfikir pulak nak try bateri High Capacity 2430 mAH yang aku dapat dari MHS. Aku pon ape lagi try la cabut bateri standard dan masukkan yang high capacity nak tengok kuasa dia macam mana.

Memang puas hati la beb, guna internet, dengar lagu dan saja main camera. Tahan lama kot dari pagi sampai ke malam padahal time tu ade dalam 29% je kuasa bateri. Dah habis aku pon tukar balik kepada bateri asal dan bagi balik dekat gf cousin aku fon tu. Pastu fon dah on aku dengar jugak 2-3 kali dia off fon, lepas tu baru dia tanya kenapa takde line, dia keluar Initializing Failed (SOS).

Agak cuak jugak la sebab first time aku jumpa masalah tu dan aku pulak dah takde masa nak check software ke ape sebab ade hal. Puas aku kelebek sana sini, aku cek kat network tengok-tengok ade tulis celcom padahal dia guna line maxis. So aku dah dapat detect masalah ni berpunca dari SIM card.


Terus aku off fon dan cabut bateri, aku try tindih atas SIM tu dengan kertas (lipat kertas bagi tebal sikit) dan bila fon tu on je jeng jeng jeng alhamdulillah dah kembali kepada asal, muncul balik tulisan Maxis kat situ. Sumpah lega. Kalau korang kena masalah macam ni try buat macam tu mesti ok punya.

Wednesday, June 20, 2012

Pemenang Bagi GA Serta Paksa

Pemenang bagi GA Serta Paksa dari Blog Asyraf akan dipilih menggunakan random.org so takde sape yang boleh bagi rasuah, bagi kroni atau main kotor. Tidak wujud ''peserta hantu'' kerana semua ada url masing-masing. Pemenang yang dipilih secara random adalah adil dan bersih.


PEMENANGNYA ADALAH


> Nombor 16 <

Sila tuntut hadiah dibawah dalam masa 30 hari


Senarai blogger yang sertai GA Serta Paksa.

Blogger Wanita
1. CikMai - http://missobsesi.blogspot.com/2012/05/giveaway-dari-blog-asyraf.html
2. shakira - http://foreverimperfect-day.blogspot.com/2012/05/giveaway-dari-blog-asyraf.html
3. eyka - http://nureykaag.blogspot.com/2012/05/giveaway-dari-blog-asyraf.html
4. Rafflesia™ -  http://syiedalikes.blogspot.com/2012/05/giveaway-dari-blog-asyraf.html
5. najeeha - http://unprivateofme.blogspot.com/2012/05/giveaway-dari-blog-asyraf.html
6. Cik Pensil - http://cikpensil.blogspot.com/2012/05/giveaway-dari-blog-asyraf.html
7. Liyana Rahim - http://yanpunyastory.blogspot.com/2012/05/giveaway-dari-blog-asyraf.html
8. DaYiNi - http://iniblogcintamonyet.blogspot.com/2012/05/bismillahirrahmanirrahim-okayy-saya-nak.html
9. teha - http://lovelycontest.blogspot.com/2012/05/giveaway-dari-blog-asyraf.html
10. anna - http://rafhanahrahim.blogspot.com/2012/05/giveaway-dari-blog-asyraf.html
11. chipalicious - http://bemysite.blogspot.com/2012/05/giveaway-dari-blog-asyraf.html
12. Azza Afdzal - http://azzafdzal.blogspot.com/2012/05/giveaway-dari-blog-asyraf.html
13. Nurmaisarah Azmi - http://sararose-93.blogspot.com/2012/05/giveaway-dari-blog-asyraf.html
14. Miss Hidy - http://misshidy.blogspot.com/2012/05/giveaway-dari-blog-asyraf.html
15. Momo - http://skatykupown.blogspot.com/2012/05/giveaway-dari-blog-asyraf.html
16. Ukhti Syifaa - http://aunisyifaa.blogspot.com/2012/05/giveaway-dari-blog-asyraf.html
17. ♥ Ain ♥ - http://gilecontest.blogspot.com/2012/05/giveaway-dari-blog-asyraf.html
18. Tia Fatiha - http://cukupindahhidupini.blogspot.com/2012/05/giveaway-dari-blog-asyraf.html
19. Sha Sumary ^^ - http://sumarysdaughter.blogspot.com/2012/05/giveaway-dari-blog-asyraf.html
20. ema_like you - http://syesukepoohhhh.blogspot.com/2012/05/giveaway-dari-blog-asyraf.html
21. AmYSayLiVvie - http://whitelittlegirl.blogspot.com/2012/05/giveaway-dari-blog-asyraf.html
22. chiq nida [Ĵαиɢ Sɛʋиɢ Ƴσʋиɢ] - http://lolipop-x-chocolics.blogspot.com/2012/05/giveaway-dari-blog-asyraf.html
23. Nurul Shafina (nyzam) - http://arunnastory.blogspot.com/2012/05/giveaway-dari-blog-asyraf.html
24. ♥♥azatiesayang ♥♥ - http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2012/05/giveaway-dari-blog-asyraf.html
25. Syaza Fatini - http://urbanmuslimashop.blogspot.com/2012/05/i-love-shopping-at-online-shop-mhs.html
26. cнιզ иιƉα - http://lolipop-x-chocolics.blogspot.com/2012/05/giveaway-dari-blog-asyraf.html
27. Nida - http://alongnidar.blogspot.com/2012/05/klik-sini-untuk-sertainya.html
28. Cik Vanilla - http://love-story98.blogspot.com/2012/06/giveaway-dari-blog-asyraf.html
29. Lyana - http://www.dear-lyana.co.cc/2012/06/giveaway-dari-blog-asyraf.html


Tahniah kepada pemenang, kepada yang lain mungkin bukan rezeki anda so cuba lagi lain kali.. 


Blogger lelaki tiada pon yang sertai so blogger wanita sahaja la yang ade.

Tuesday, May 8, 2012

Giveaway dari Blog Asyraf


Dengar sini semua rakyat Metrofulus, Professor Klon ade satu pengumuman yang penting. Proffesor Klon seru semua blogger-blogger Metrofulus join giveaway ni..

Hai gang dan selamat tahun 2012. Dah lama sebenarnya saya nak post sesuatu yang cool seperti ini tapi memikior kan diri tak fofular macem Hanis Zalikha so tak nak la buat. Tapi sekarang blog stats dah 100k confident la sikit.
*oh tuhan ku,, nak tau saya salah seorang peminat Hanis ok (´⌣`ʃƪ)..ahakz ok itu gedik..

Online Shop MHS sangat bermurah hati ingin taja Perfume sebagai hadiah. Mulanya Online Shop MHS cuma ingin taja sekotak saja tapi saya minta 2 sebab mesti ada pemenang Lelaki dan Wanita baru cool. Takkan satu pemenang je kan.

Inilah hadiah yang menanti anda, sangat sangat wangi walaupun 10 kali mandi bau tetap tak hilang.
1 MILLION untuk pemenang lelaki dan LADY MILLION untuk pemenang wanita.


Ok tanpa membuang karen marilah sertai ini, syarat mudah je sebab anda tak perlu keluarkan idea yang memerah otak.
Terma dan Syarat : 
1. Buat entri dengan copy paste giveaway di bawah.
2. Like fb penaja ONLINE SHOP MHS
3. Paksa 5 kawan anda LIKE fb ONLINE SHOP MHS dan masukkan nama mereka ditempat yang disediakan dan add link facebook mereka supaya mudah dikesan.
4. Hantar link entri yang anda buat di ruangan komen entri ni.
5. Pemenang akan dipilih sendiri oleh penaja atau menggunakan random.org
6. Tarikh penyertaan 9 May 2012 - 9 June 2012 (atau akan dipendekkan lagi)
*ingat paksa tau dan mereka harus LIKE, kalo mereka tak LIKE tak sah penyertaan anda.

_______________________________________________________________________________________
*copy paste yang ini

I LOVE SHOPPING at ONLINE SHOP MHS
Anda LIKE page -->ONLINE SHOP MHS<--

 5 Kawan facebook yang "DI PAKSA" LIKE page Facebook ONLINE SHOP MHS





Thursday, April 19, 2012

Bila Pulak Aku Nak Bunuh Diri ?


Hah saspen jap..!! Bila masa asyraf nak bunuh diri?
Dari Cairo search dengan keyword "asyraf nak bunuh diri"
Ok terkejut sekejap. Bila pulak aku nak bunuh diri ni.
Kadang-kadang kelakar bila baca sebab macam-macam keyword yang sangkut.

Wednesday, April 18, 2012

Bold 9900 AP Set Itu Baru ?

Tadi aku jalan-jalan dekat Lowyat nak cari sim baru, sambil-sambil tu aku pergi tanya BlackBerry Bold 9900. Ok macam biasa soalan yang akan keluar:-

Asyraf yang hensem: "Ini fon 9900 Brightstar ke AP?"
Penjual: Dua-dua pun ada.
Asyraf yang hensem: Apa beza AP dengan Brightstar?
Penjual: Warranty saja beza maa, I selalu jual AP set saja tarak masalah punya. U duduk KL beli AP la.
Asyraf yang hensem: Itu AP set telefon baru ka?
Penjual: Balu la, I tarak jual sekehen punya fon maa nah nanti U tengok ini arr AP set (sambil bawak keluar fon dari cermin) dan ini Brightstar sama saja. Apa beza pun tadak, baik u angkat ini AP lagi molah. Kalau ini sekehen punya fon arr i tak belani Oo mau kasi u compare punya.
Asyraf yang hensem: *membelek-belek fon sambil dengar penjual membebel.

Hasilnya kawan-kawan


Inilah hasil penat lelah aku check Buyer's Remorse 9900 yang masih berbungkus dengan plastik tu.
Data usage dah Exceeded
Voice usage pun dah berjam-jam
Kuang, kuang, kuang bb recon la der, lagi mau tipu ka..
Haiyooo tak jujur punya orang.

Sekali lagi aku nak ingatkan kepada rakan-rakan aku sekalian alam janganlah nak beli AP set kecuali korang memang dah nekad la nak jugak AP set. Kalau yang dah tau tapi nak jugak AP set itu terpulang la kepada masing-masing tapi pada yang memang berazam mengumpul duit dan inginkan bb yang betul-betul baru sila la berhati-hati.

Saturday, March 24, 2012

Isi Lengkap Iphone 4 S

Kali ni aku share complete set iPhone 4S 16GB dari celcom. Takde apa-apa tips pun dalam post ni cuma nak share gambar-gambar je. iPhone di celcom boleh dibeli dengan pakej bulanan atau beli secara tunai.
16GB RM2250

Sunday, March 4, 2012

PEMADAM API BONEX SAT119



Ada tak sesiapa yang kerja dia suka bakar rumah sendiri? Kalau ade korang sangat la gila ok. Seperti mana yang kita tahu kebakaran adalah satu kemalangan yang berpunca dari kecuaian kita sendiri atau pun berpunca daripada kesilapan teknikal.

Berapa ramai yang ada alat pemadam api di rumah? Sure semua takde punya, kalau ade pun dah berkarat tong tu dalam store entah berfungsi lagi ke tak, kalau masih berfungsi belum tentu korang reti guna. Ramai yang tak sedar betapa pentingnya alat pemadam api ni dalam hal-hal kecemasan. Tahukah anda semasa kebakaran berlaku anda cuma ada 3 minit masa untuk selamatkan nyawa atau harta benda anda daripada hangus di jilat api.

Rakyat Malaysia bukalah minda anda, jangan kerana kerdekut nak keluarkan duit RM279 harta benda anda yang berjuta-juta ringgit dan nyawa anda yang tiada tukar gantinya hangus dijilat api. Kata orang sediakan payung sebelum hujan tapi kata aku sediakan BONEX SAT119 sebelum terbakar. 100% JAMINAN.

Wednesday, February 22, 2012

Tips Jimat Bateri Blackberry

Sesiapa yang pakai bb mesti tak lari dari masalah bateri cepat habis. Tapi masalah ni cuma melanda kepada yang aktifkan BIS je, yang tak aktif BIS tu takde masalah. Ok aku ada beberapa tips yang berguna untuk jimatkan bateri hampir 40% berbanding biasa.

Cara dia mudah saja

a. Pakai apa-apa software penjimat bateri. Aku tak pasti keberkesanan software macam ni tapi apa salahnya mencuba, download free je  pun.

b. Tukarkan Network Mode kepada 2G sewaktu kita tak melayari internet. Penggunaan 3G yang berterusan akan mengakibatkan bateri lebih cepat habis. Kalau bateri memang dah tahap betul-betul nak mati off data sevice, sekurang-kurangnya bateri kita boleh tahan lebih lama untuk hal-hal kecemasan.

c. Kurangkan Backlight Brightness ketahap yang paling minimum, aku buat 0 terus.
d. Backlight Timeout tak perlu lama-lama sangat, 30 saat dah cukup.
e. Jangan lupa tutup wifi dan bluetooth selepas digunakan.
f. Tutup semua aplikasi yang tidak digunakan.

Selamat Mencuba

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...