ASYRAF-7

Bertemu lagi kita. :)

Hai...

Wednesday, October 31, 2012

Cara Aktikan BIS Celcom

Cara untuk aktifkan BIS untuk line Celcom

Mula-mula dial *118# 


Pilih Blackberry


Kemudian ada keluar 5 jenis pelan langganan
  1. Pelan BBM Harian / Untuk BBM sahaja RM0.50 sehari
  2. Pelan Sosial Harian / Untuk FB, Tweet, BBM sahaja RM1.00 sehari
  3. Pelan Advance Harian / Untuk semua App+50MB data internet RM2.00 sehari
  4. Pelan Advance Mingguan / Untuk semua App+100MB data internet RM8.00 seminggu
  5. Pelan Advance Bulanan / Untuk semua App+250MB data internet RM25.00 sebulan


Monday, October 29, 2012

Cara Buang Application di App World

 App World yang terbaru kini sudah boleh buang application secara kekal. Kalau version app world yang dahulu apa yang kita delete pasti akan disimpan dekat Uninstalled. Ok sangat menyemak tapi sekarang apa yang kita semua nanti-nantikan dah tiba. hihihihi.

  • Pastikan anda dah upgrade App World ke version terbaru.
  • Buka App World dan masuk My World.
  • Tukar Installed ke Uninstalled


  • Klik dekat icon pensil.


  • Akan keluar kotak, tanda pada application yang anda ingin buang terus dari senarai uninstalled.


  • Dah habis tanda tekan menu dan pilih Delete items. Application tu akan dibuang secara kekal.

Link Download App World yang terbaru jika anda masih guna yang lama.


Charger Tiruan Bateri Lambat Penuh

Dulu aku ingat charger original atau tiruan sama je. Perbezaan dia memang ada iaitu cepat penuh dan lambat penuh atau cepat rosak dan tahan lama. Tapi sekarang aku jumpa lagi satu perbezaan yang paling penting iaitu kuasa yang disalurkan ke dalam bateri tak sama. 

Macam mana aku boleh perasan sebab hari tu aku balik kampung dan terlupa bawak charger so pinjam la charger tiruan saudara aku dan macam biasa lambat gila penuh. Bila dah penuh bateri cepat habis pulak. Hari pertama dan hari kedua aku fikir mungkin sebab banyak guna internet so dalam sehari tu dekat 4 kali aku cas. 

Masuk hari ketiga aku mula la hairan, gila tak hairan bateri Sun Global kot, selalu cas 1 atau 2 kali je sehari tapi ni sampai 3-4 kali. Hari keempat baru dapat charger ori sebab abang aku balik so setiap kali cas bateri sehingga penuh mampu tahan lebih 12 jam untuk penggunaan yang kerap. Nampak sangat perbezaan dia so aku pon suruh abang aku cuba guna charger tiruan tu tanpa aku bagi tau apa-apa sebab, lepas tu dia complain "apasal bateri aku ni cepat habis, baru je cas tadi". 

Sekarang dah terbukti sebab bukan aku sorang saja yang alami. Jadi charger tiruan bukan sahaja beza dari segi kualiti ketahanan dan cepat atau lambat penuh tapi berbeza juga dari segi kuasa yang disimpan dalam bateri. Muktamat.

Tuesday, October 16, 2012

Isi Lengkap Blackberry Bold 9790 Brightstar

Full set sebuah Blackberry 9790 Brightstar. Tiada pouch dan disk software desktop manager diberikan seperti Blackberry yang terdahulu. Model-model Blackberry yang terbaru semua macam ni.




Kad warranty 24 bulan dari Brightstar.



 
Satu bateri model JM1

Headset dan satu sahaja kepala charger yang diberikan. 
Kepala charger ini perlu disambung dengan cabel USB.


Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...