Sunday, January 22, 2012

Orang Melayu Yang Terkaya Di Dunia



Kamal Ashnawi mendakwa beliau mempunyai wang simpanan berjumlah 5 trilion Euro atau 20 trilion Ringgit Malaysia. Bagi menyokong dakwaan itu beliau mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar "trillionaire".

Kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875. Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan nama Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabalkan menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005 bagaimanapun tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang pihak-pihak tertentu.

Wahhh kayo gilo..!! sungguh aku tak percaya rupa-rupanya orang terkaya nombor satu di dunia adalah orang kita, bukan Carlos Slim dengan kekayaan RM224.7 bilion dan Bill Gates RM170 bilion, apa yang lebih membanggakan dia adalah anak kelahiran Tanjung Malim Perak. 

1 comments:

Anonymous said...

kaya btul org kita

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...