Monday, December 6, 2010

Sifat Sombong Penghalang Untuk Menyelesaikan Masalah

Kebanyakan masalah berkaitan persahabatan susah untuk diselesaikan. Kenapa?
Ok untuk menyelesaikan masalah berkaitan persahabatan janganlah mencari salah orang lain sebaliknya cari salah diri sendiri dan perbetulkan. Jangan hanya menunding jari mengatakan dia salah dan diri sendiri sentiasa betul dalam segalanya walhal apa yang di rasa betul itulah yang sebenarnya salah.

Cari jalan untuk menyelesaikan masalah dengan cara menang-menang untuk menyenangkan hati kedua-dua belah pihak. Cara aku menang dan dia kalah tak sesuai digunakan walaupun pada hakikatnya mungkin dia yang salah tetapi cara itu takkan memuaskan hati pihak yang kalah, untuk apa nak terlalu berkira dalam menyelesaikan masalah tentang persahabatan. Cubalah mencari cara untuk menyelesaikan bukan menghancurkan.

Lagi satu punca utama masalah susah nak diselesaikan adalah kerana pangkat, kuasa, darjat atau kekayaan yang kita ada. Sedarlah itu semua tak bermakna, ia cuma membuatkan diri menjadi bertambah sombong. Orang yang mempunyai pangkat, kuasa, darjat dan kekayaan akan fikir bahawa dia lagi besar dari orang lain dan kenapa dia perlu mengalah atau menang-menang dengan orang lain. Jika berfikiran seperti itu bermakna kita tergolong sebagai orang yang angkuh, sombong, memandang rendah kepada orang lain, serta memandang dirinya sempurna segalanya dan sebagainya. Itu adalah sifat keji yang dibenci Allah.

Allah s.w.t berfirman, ertinya:
Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (QS. 31:18) 

Ibnu Abbas r.a, ketika menjelaskan makna firman Allah s.w.t: "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia", berkata: "Janganlah kamu sombong dan merendahkan manusia hingga kamu memalingkan mukamu ketika mereka berbicara kepadamu. "  (Tafsir At-thabari 21/74)

Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan Firman Allah s.w.t, "Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh", maksudnya: "Janganlah kamu menjadi orang yang sombong, keras kepala, berbuat sesuka hati, janganlah kamu melakukan semua itu yang menyebabkan Allah murka kepadamu." (Tafsir ibnu Katsir 3/417)

Renung-renungkan.....

4 comments:

piNky LuCiA said...

berterus terang adalah jalan yang terbaik. hehe. baru tak gaduh antara kawan.

Asyraf said...

ye memang betul tapi kadang2 bila kita berterus terang ada yang tak boleh terima...
arghhhh tersepit....

wawa meiko said...

Terima kasih bagi links nie :)

Firman Allah tak byk yang mengamalkan nya . Kdg2 sedih jugak .

Mmg betol tak boleh menunding jari dkt org lain , tp jika dia yg memulakan permasalahan , bagaimana pula ? Terus mengalah kah ? Ohh , tidak la . Saya punya ego juga :(

Asyraf said...

sama-sama...

kalo dia yg memulakan permasalahn itu terserah la kat dia yang penting kita tak ada apa2 masalah utk berbaik semula..masing2 ada ego itu betul tapi kalo terlalu ikutkan ego apa yang awk dapat?

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...