Aku sebagai orang yang paling cool dalam dunia menyeru supaya kita semua amalkan sifat bersabar. Cubalah menjadi orang yang sabar kerana sabar adalah kunci kepada ketenangan diri. Jangan kata sabar tu sesuatu yang mustahil kerana manusia dilahirkan dengan setiap sifat dan diri kita sendiri yang tentukannya.
Aku akui tak semua benda yang kita akan bersabar tapi janganlah sampai benda kecik pun nak diperbesarkan kerana sikap kita yang tak mampu bersabar tu. Bila dilanda musibah jangan cepat menunding jari menyalahkan sesiapa dengan apa yang menimpa diri, banyakkan bersabar dan berdoa. Cuba la berdepan dengan setiap perkara dengan sabar kerana orang yang sabar akan sentiasa berfikiran waras dan jauh dari segala tindakan yang memundaratkan diri.
Siapa yang peduli kalau kita nak memundaratkan diri sekali pun tapi fikirlah kita dah menyusahkan orang lain. Dengan bersabar insyaallah hidup kita akan sentiasa tenang walaupun orang disekeliling cuba menguji kesabaran kita.
Friday, December 3, 2010
Sabar, Sabarr, Sabarrr, Sabarrrr..........
4:48 AM
3 comments
Ok apa yang penting sabar tu bukanlah berbentuk seperti lori macam gambar kat atas ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ada mesej penting tu..
heheee
sabar itu separuh daripada iman... :)
Mesej untuk pemandu belakang dia tuh..hehehhe
TERBARU : CUTI SEMESTER NI KITA KAHWIN TAU !
Post a Comment