Monday, March 28, 2011

Tips Membeli Blackberry


Memandangkan Blackberry tengah hot jadi banyaklah penipuan dilakukan untuk mandapat keuntungan. Aku sebagai pengguna BB rasa bertanggungjawab untuk kongsi tips bersama anda semua supaya tidak ditipu. Kurang pengetahuan tentang Blackberry bagi mereka yang baru pertama kali nak beli Blackberry adalah golongan yang paling banyak ditipu oleh cina-cina sungai wang.

1. Jangan beli Blackberry AP set.
Penjual-penjual Blackberry ni dengan mulut manis selalunya akan cadangkan kita membeli Blackberry AP set. Mereka akan yakinkan kita dengan membandingkan antara AP set dan Brightstar tiada beza kecuali warranty sahaja lain sambil cuba meyakinkan lagi dengan mengatakan Blackberry AP set ini adalah Blackberry baru dan harga AP set lebih murah dari Blackberry Brightstar dalam RM50-200. PERHATIAN kepada anda semua jangan sesekali terpedaya dengan cakap-cakap penjual, AP set yang kebanyakkan di Malaysia ni sebenarnya adalah set Recon. Apa itu recon? Recon adalah barang terpakai yang diperbaharui semula. Kalau ikutkan AP set ni memang seperti yang dikatakan penjual iaitu warranty saja beza dari Brightstar tapi  bila set recon pun mereka kata itu adalah AP set ini dah jadi satu penipuan. Untuk pengetahuan anda semua Blackberry Recon yang sekarang ni mereka kata AP set sebenarnya adalah Blackberry terpakai dari luar negara atau dalam negara dan digantikan dengan cover baru sebelum dijual semula dengan kotak, nombor siri yang sama ditampal pada kotak dan lengkap segala aksesori pada harga baru. Mungkin anda akan rasa untung kerana dapat berjimat dalam RM50-200 jika membeli AP set tapi sebenarnya anda dah ditipu.

2. Blackberry AP set menggunakan barangan tiruan.
Jika anda membeli Blackberry AP set segalanya adalah barangan tiruan seperti cover tiruan, qwerty keypad tiruan, trackpad tiruan, charger tiruan, bateri tiruan, earphone tiruan dan telefon pula sudah digunakan mungkin ada beberapa kerosakan sama ada sudah dibaiki dengan komponen tiruan atau tidak dibaiki langsung. Segala barang-barang ini cepat rosak dan tak sama kualiti seperti yang original. Jika dikira setiap barangan tiruan ini anda hendak gantikan dengan membeli barangan original secara berasingan sudah pasti boleh mencecah ribuan ringgit. (Jika anda dapat "AP set yang sebenar" tak mengapa kerana ianya original beza cuma warranty)
Perbezaan wayar dan print pada charger tiruan AP set (kiri) dan original Brightstar (kanan)


3. Brightstar Pilihan Yang Tepat
Brighstar adalah pengedar sah Blackberry di Malaysia. Segala aksesori adalah original dan telefon belum digunakan lagi bermakna anda adalah pemilik yang pertama. Walaupun harga mahal sedikit tetapi terjamin 100% baru dan original. Selain itu anda boleh membeli BlackBerry daripada Celcom atau Digi.

4. Jangan Bayar Dahulu
Semasa hendak membeli penjual selalunya meminta bayaran dahulu sebelum mereka mengambil telefon di tempat lain jadi aku nasihatkan selagi telefon tiada depan mata jangan bayar walaupun sesen kerana anda tidak dapat nak periksa untuk pastikan apakah keadaan telefon itu. Sudah bayar jangan harap nak dapat duit balik, yang anda akan dapat cuma alasan bodoh dari mereka saja.

5. Periksa Buyer's Remorse Untuk Pastikan Itu Blackberry Baru Yang Belum Di Gunakan Lagi
Cara-cara untuk periksa bagi OS5 pergi ke Option > Status
Cara untuk periksa bagi OS6 dan OS7 pergi ke Option > Device> Device & Status Information.
Dekat sini memang tak ada tunjuk data usage dan voice usage jadi sila taip BUYR dan segalanya akan terpamir. Tekan satu-satu B U Y R tak perlu tekan serentak huruf-huruf tu.
Update: Masuk sini untuk tengok Cara Periksa BUYR
Paparan untuk OS5 telefon masih belum digunakan lagi data usage dan voice usage masih kosong

Data Usage dan Voice Usage yang sudah digunakan bermakna itu bukan telefon baru

Paparan untuk OS6 

Ok itu saja tips-tips yang paling penting sekali untuk anda semua. Sebenarnya banyak lagi perbezaan yang boleh aku tunjuk antara AP dan Brightstar tapi aku tak larat nak buat tu semua. Ingat pesan aku kalau nak selamat jangan la beli AP set. Aku sekadar berkongsi apa yang aku tahu untuk sama-sama tidak ditipu. Nak beli barang ribu-ribu kenalah hati-hati, duit bukan senang nak cari. Jika anda baru membeli dan berasa tertipu anda bolehlah membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menuntut ganti rugi jika boleh.


p/s: tak semua penjual penipu sebab aku dah pusing satu sungai wang dengan low yatt sebelum buat entri ni saja nak buat research, pada tinjauan aku rata-rata penjual mempertahankan AP set telefon baru yang belum digunakan lagi tapi bila check BUYR terbukti itu telefon recon dan ada yang berterus terang memberitahu bahawa AP set adalah telefon terpakai yang telah diperbaharui semula (recon). AP set telefon lain boleh percaya tapi Blackberry ni banyak tipu sikit so berhati-hati sebelum terkena.

231 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 231 of 231   Newer›   Newest»
tsha said...

Plss..nk tnye bb torch digi ok x?nk try pakai bb lakk tp xtau ape2 pn..plss emel norhatisha@gmail.com..tq.

saya nak tanya said...

salam. again.

aku nak tanya, warranty by T-mobile tu ape kejadahnya pulak? boleh dipercayai? brighstar or what?

thanks!

Saiful Bakhtiar said...

salam bro sy ada soalan

(1)slps sy restart@reboot BB sy,dia lambat la nak on.Nape jd camtu ye n camne nk bg BB sy cepat on slps restart tu.
(2)klau kita download application dia trus masuk dlm fon memori,camne cara kita nak transfer ke memori kad.Bro sy jarang online klau bole kasi la pin BB awak, bole kita online soal jawab cm forum perdana.hehe..

MY BB PIN IS: 21f2ba64

mai la suma kita berkenalan via BB n bincang mslh BB.kadang2 BB ni takde mslh besar tp dek kerana kurang ilmu BB maka ia mendatangkan masalah pd kita lak.Harap bro dpt wujudkan forum untuk BB ni.
Moga dpt beri bantuan.TQ

Asyraf said...

tsha: ok inbox..

Saiful Bakhtiar: wslm..
1) tu benda biasa..memang lambat nk tunggu..takde masalah..takde cara nak bg cepat rasanya..
2) apa yg kita download terus akan masuk memory fon..kalo baca dekat mana2 forum ramai jugak yg tanya pasal ni dan jawapan dari otai-otai bb ialah tak boleh dipindahkan ke memory card..sy pn dah jarang aktifkan BIS sbb skg dh guna iphone..bb pin 21D51991 tapi BIS takde..takpe bro ape2 hal tanya je kat sini, ape yg boleh sy bantu, saya bantu..

saya nak tanya: t-mobile mana ada kat malaysia ni,, tu luar negara punya jadi jawapan dia tu fon ap set..

shazera said...

salam. kita dah beli bb curve 3g tp orang tu kata ap set. time tuh abg da call suruh tengok imei la ape sume. tapi tak bape nak paham. yelah thru hp je dia kat sabah kita kat sini. so percaya jela kt orang kedai tu yg tu ap set.

sekarang nak belikan untuk ayah, google2 terjumpa blog ni. try BUYR tu. perghhh. frust. baru sebulan pakai. data usage dah exceeded. voice tah berapa byk dah. pelik la. maknanya memang hp recon la kan?

jadi sekarang ni nak carikan ayah bb brightstar punya. tolong sapa-sapa tau. bajet dlm rm800. nak belikan Ap tak sampai hati.

terima kasih atas info :)

Anonymous said...

kes aku yg baru bli torch sehari then bila baca blog ko bru taw phone aku recon...esoknya aku pegi balik kedai tu...memula dia yakin sgt yg phone dia jual kt aku AP set..tp bila aku tunjuk BUYR tu..terdiam la..dan2 ckp supplier yang bagi phone mcm ni n dia x check..dah la IMEI no aku prasan x sama macam kat sticker blakang bateri tu...mentang2 no kecik2..ingt aku x nampak la...salah aku gak, masa beli x check semua tu...nego punya nego, dia pulang balik duit aku + hp lama aku yg aku trade in, aku lak bg balik la phone recon dia tuh..fuhhh... selamat duet aku..next time, lau aku nk bli bb ni..aku cari brightstar la..

keyrol82 said...

bro...nk tny nih psly buyr tue...slps klik device & status info tu...buyr tu nk taip mcm mne????b,pastu u,pastu y,pastu r...or taip trus buyr...

keyrol82 said...

tq bro for the info..nk tny sket laa...cmne nk wt buyr tu...lps klik device & status info,klik buyr tu satu2 or trus...???nk klik b dl,pastu u,pastu y,last r...or trus taip buyr????hope leh bg jwpn....

Anonymous said...

assalam ...asyaf....sy nak tau la...sy kne tipu or x...erm baru beli bb storm 9500 ..adekah AP set is original set?.....kedai tu cakap hungary3 ni original...ape plak yang brightstar tu? adakah brigthstar ni satu2 nyer yang mengatakan BB ni is original? pastu,so bile pg ke option>>> status...xkuar pn yang pasal dat usage and voice usage...?walaupun dah call n msg ..pelik... sy beli dgn rm735....jika betul lah Ap set...xke benda ni terlalu mahal..selepas sy beli,,.sebab ade gak survey kt kdai lain they say about rm 400 and mereke untung about rm300 smthing...adakah sy perlu membuat aduan pengguna...just nk dpt kepastian seblum buat aduan...nak tau lah is Ap is original....sy beli sy ckp sy nk y original not AP....GERAM.

BLEH x reply at aryana0012@yahoo.com

Anonymous said...

nma sy Lisa. Sy dr Sbh. Sy mw tny kw bbrpa soaln,hrp blh mnlg.

1)Brpa hrga BB BOLD 9700 skrg?
2)Makcik sy ada BB BOLD 9780, dbwh hp tu ada trtls 'T-MOBILE', ni mksdnya ori ka klon?
3)Klu bli BB d kdai, msti pkdai tu suru kta bli AP SET ka?
4)Klu mw dwnld apa2, kna pg App World & apa yg ada d sna?
5)Mcmna mw aktifkn BIS?
6)Mcmna mw update dr OS 5 ke OS 6?
7)Mcmna mw install Desktp Mngr?
8)Nyatakan kbaikn & kbrkn BB BOLD 9700
9)apa bza BB BOLD 9700 dgn 9780? Tgk mcm sma jak.
10)Mna lg sy ptt bli,BB BOLD 9700 atau BB BOLD 9900? Rsa mw bli dua2 la. BB BOLD 9700 dh lma ka?

~~Trma kc Asyraf~~

Asyraf said...

ye Lisa..

1)harga bold 9700 skg dalam rm700 ke bawah tapi AP set sebab BOLD 9700 dah tak ada stok baru..
2)fon tu ori tapi AP set,, T-Mobile adalah syarikat telko luar negara contoh mcm celcom, maxis, digi..
3)ikut pilihan kita sama ada nak AP atau Brightstar..tiada paksaan..
4)boleh download dari Appworld atau dari tempat lain..Appworld tu tempat download dan beli software untuk blackberry..
5)kalo guna bill kena ke centre dan kalau guna prepain boleh aktifkan sendiri..contoh celcom dail *118#
6)nak update boleh baca di post saya "Cara Nak Upgrade Latest OS BlackBerry"
7)boleh install guna cd yg diberikan dalam kotak telefon tu atau download terus dari website blackberry..
8)kebaikan biasa saja dan keburukan selalu jem dan kurang lancar jika membuka website yang berat kerana 9700 tak mampu nak load website yang dipenuhi iklan dan applikasi..
9)perbezaan dia boleh baca di post saya bertajuk "Perbezaan Bold 9700/9780 Dan Curve"
10)9900 paling bagus sekarang..9700 cuma AP set saja dan dah lama..

Anonymous said...

Salam.. nak tanye la asyraf, klau bb bold 2 tu T-Mobile, line luar negare tu ape maksudnye? maknenye xboleh pkai simkad maxis ke?

sy baru nak beli dri kt Mudah.my,

cmne nak check lak tu bb recon ke,Ap set ke,brightstar?

sbb die dah guna, so kira sy nk beli bb second lah ni..

Anonymous said...

t-mobile leh BBM ngn online fb tak?

Asyraf said...

wslm..fon tu dari syarikat telco luar negara contoh macam beli fon dari maxis la..
kalau dia dah pakai kat malaysia mesti fon tu dah unlock so boleh masuk apa2 sim pon..
kalo dah t-mobile maknanya fon tu bukan brightstar..
seelok2nya jangan beli t-mobile sbb t-mobile network mode dia 2G, 2G & 3G,, dia takde 3G sahaja so bila kita nak guna internet lembab sikit la sebab kadang2 kat tempat yg ade 3G pon dia still guna 2G sebab dia pilih sendiri sama ada 2G atau 3G tapi saya tak pasti la t-mobile yg awak nak beli tu ade pilihan network untuk 3G saja atau tak..

boleh bbm n online fb

Anonymous said...

smlm bang , sy nk tny . ape prbezaan bold 3 dgn curve 3g ? dri segi apps , and speed tenet mcm mne? lg stu , klau curve 3g nk upgrde os 6 ade pape effect tk? mcm tolak memory like that . okey tu je . thnkss

Anonymous said...

saya baca semua komen dan respond dr awak...mmg bagus laa..awak reply semua pertanyaan..dan awak mmg byk pengetahuan psl BB ni..sy baru bercadang nk beli BB..tp,sy ni jenis teragak2..,bimbang apa yg sy beli bkn original, dan takut kena tipu..sbb 2,smpai skrg xbeli lg BB..heheh..bila dh bace blog awak ni,ader semangat ckit nk beli sbb byk info berguna..ada suatu hari tu,saya ada tanya hrga bold 3 ( 9780) kt mall,..hrga dia bg rm890..agak2,original ker AP..??sbb,mase tu,sy mmg tak ada pengetahuan sgt psl BB ni,dan nasib baik tak tergenrak hati nk beli lg..dan terfikir nak cari info..:)

Asyraf said...

Anonymous 1: wslm..bold 3 camera 5MP dgn flash, RAM 512MB..curve3G pulak camera 2MP, takde flash RAM 256MB..dari segi app dan speed internet takde beza..kalo upgrade ke os6 dia agak makan memory la sebab semakin baru os semakin besar saiz dia..tapi kalo dah pakai mesti kena upgrade jugak untuk dapatkan lebih banyak update2 software baru n lebih jimat bateri..kalo ape2 nanti tanya kat fb je lagi cepat, please like https://www.facebook.com/mhstrading


Anonymous 2: saya tolong ape yang termampu je sbb saya tak nak org kena tipu, nak beli benda baru last2 dapat yang recon..kalo sendiri yang nak takpe tapi kalo kena tipu memang sakit hati..kalo harga dalam RM890 tu AP set..harga ori mst rm950 ke atas..kalo nak beli nanti check dulu tgk ade warranty card atau tak n paling penting periksa BUYR pastikan semuanya masih kosong
(belum digunakan lagi)..insyaAllah dapat yang baru..kalo ape2 nanti tanya kat fb je lagi cepat, please like https://www.facebook.com/mhstrading

- said...

kalo bb made in taiwan ori ke? sy beli 9790. pe kelebihan and weaknesses die?

Asyraf said...

ori jugak cuma tempat je berbeza..malaysia pon ade bb jugak tapi pergi arab baru jumpa bb made in malaysia..

9790 oke je,, takde masalah,, terbaru dalam bold cuma ade sesetengah 9900 lebih baik la..

Anonymous said...

sorry for disturb. What i know recond,AP set and Ori set are different thing.Many of seller right now say that recond set is AP set. That why many of people right now know that AP set as recond set.

Malik Perang said...

Salam boleh cadangkan tak blackberry apa yang bagus n murah.tq

Fathiyah Selamat said...

Assalamualaikum, asyraf.
saya ni bru je nk beli BB. skang nga survey2 mcm mne nk tahu AP ngan ori. bile bce blog awk alhamdulillah.. sgt bergune cume sya msh tak fhm mcm mne nk cek BUYR tu. kalau tak ksh nt buat lah video ke.. pas tu nak tnye kalau kat low yat tu kan kat kdai yg mne boleh dpt BB yg ori ye? terima kasih.....

Obat Mata Minus Silinder Plus Katarak said...

Terima kasih anda telah memberikan kesempatan untuk berkomentar. Artikel anda sangat bagus. Semoga bermanfaat untuk semua

Anonymous said...

Wah,saya beli Blackberry 9860 ap set rm400 je,tpi totally new,made in mexico.Dan bila saya cek,sbijik mcm akak saya punya yg beli original brightstar.Data/Voice usage masih 0.Baik nya nasib saya.So far guna takde masalah la.Mmg happy sgt sbb dpt sgt murah tapi ori :) Tapi kat bawah ada tulis QUALCOMM 3G CDMA,tu je yg pelik sikit,ape maksudnya ek?

Anonymous said...

kalo nk check data usage tu, xley cmne dye x keluar keybord bila tekan dkt lmbang bb tu..mohon d tnya

Anonymous said...

Consider your wall colors or rooms look for choosing the best fan.
With the same appliance you can provide comfort as well as light the room with it.
so that they don't detract from the space in the room.

Look at my web-site www.movingimageeducation.org

Anonymous said...

salam , saya nak tanya , blackberry bold 9900 tu multi touch ke ? and dia guna bb os 7 atau 7.1 ? TOLONG LA JAWAB

Anonymous said...

Hello there, You've done an incredible job. I'll definitely
digg it and personally recommend to my friends. I am sure they'll be benefited from this website.

Also visit my homepage ... wallpose.com

Anonymous said...

Wow, wonderful weblog layout! How long have
you been blogging for? you make running a blog glance
easy. The whole look of your web site is excellent, as neatly as
the content material!

my website :: solave info

Anonymous said...

Kalau black berry made in hungary tu kira-kira tiruanlah

Anonymous said...

Sya x pnah pkai bb n nak tnye kalu beli bb bold 2 harga 280 yg secondhand ok x..ke x patut beli..hrp bls :)

«Oldest ‹Older   201 – 231 of 231   Newer› Newest»

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...