Wednesday, March 9, 2011

Prosperity Burger Beb!!

Masuk dekat edit posts ternampak draft yang aku tak sempat nak publish akhir tahun lepas, alang-alang dah tulis so aku publish jela.

Start an action!! Tengah-tengah malam ni online lapar pulak bosan pun ada. Buka peti ais wargghhh penuh dengan makanan segera yang sejuk beku, malas aku nak masak. Bosan pulak duduk rumah malam minggu macam ni. Dengan pantas aku sambar kunci kereta keluar pusing-pusing ambik angin KL yang berbau asap kereta. Macam biasa mesti jumpa Jejai dengan Chevy Camaro dia tu buat bising dalam KL. Malas nak join dia buat bising baik aku pergi beli sesuatu untuk dimakan sebab perut pun dah start play muzik tektonik. Mana yang senang aku sapu je dan semestilah di McDonald.


Tak perlu tinggalkan kereta, tak perlu berjalan walaupun selangkah, tak perlu berjalan depan manusia-manusia yang suka pandang macam nak cari gaduh, tak perlu menunggu lama, tak perlu berdepan dengan percikan minyak panas, tak perlu bazirkan gas di rumah kerana drive thru saja kan mudah....


Dah tinggal sekerat baru teringat nak ambik gambar. Sos lada hitam yang melimpah ruah. Menangis aku makan hssss pedas, pedas!!!

7 comments:

f_aRa_aINa989 said...

bila tgk rasa laparlah pulak..hehe

Asyraf Camaro said...

tunggu raya cina tahun depan ok...
=)

aleen aiden said...

halamak..beger itu nampak menggoda skali.haish!

Asyraf Camaro said...

uish memang menggoda sampai menjilat jari dan kertas pembalut beb..haha

aleen aiden said...

kalau dah menjilat kertas pembalut skali tu,memang rare tu.hu3

rj Etika said...

hahaha... dah lame tak mekdi. siyes teringin. -.-"

Asyraf Camaro said...

aleen aiden> tau takpe..wuarghh =)

rj Etika> dah tehingin sangat call je 1300-13-1300.. =)

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...