Monday, March 21, 2011

5 Perkara Jangan Dilakukan Dalam Kereta

5 perkara yang jangan dilakukan bila menaiki kenderaan sendiri atau kenderaan orang lain.

1. Pijak seat kereta.
Jangan sesekali pijak seat kereta terutama kereta orang lain sebab kalau kereta sendiri confirm tak buat macam tu punya kan. Bayangkan dia jaga seat tu tak nak bagi kotor yela tempat duduk mesti nak bersih tambah-tambah fabrik sebab susah nak cuci tiba-tiba ada pulak yang pakai kasut dengan selamba meletak kaki atas seat. Kalau kasut tu bersih suci tak kotor seperti yang kita semua sedia maklum takpe juga. Tuan punya kereta mungkin senyum buat tak nampak je sebab nanti kalau tegur kecik hati pulak so elakkan ye.

2. Letak kaki merata-rata.
Dengan suka-sukinya meletak kaki atas dashboard. Penumpang belakang pulak letak kaki atas arm rest. Kalau tak pakai kasut ok lagi, ni dengan kasut-kasut sekali. Letak jela kaki kat bawah tak boleh ke?

3. Buang sampah dalam kereta.
Perhatian ye kereta bukanlah tong sampah selagi tiada sticker di pintu atau sebagai dengannya bertulis "Ini Tong Sampah Bergerak". Kemana sampah-sampah tu tuan-tuan dan puan-puan? Ke sungeiii!!

4. Merokok dalam kereta.
Kalau merokok dalam kereta benda yang paling bahaya ialah api rokok. Kalau api rokok terjatuh dalam kereta habis berlubang seat macam mana? Ada ke yang nak ganti seat baru? Kalau nasib tak baik boleh jadi bbq. Jadi berhati-hati atau jangan merokok langsung dalam kereta.

5. Makan dan minum dalam kereta.
Jangan makan dan minum dalam kereta nanti lama kelamaan entah dari mana muncul la lipas, biawak, unta, tikus yang akan menjadi penghuni kereta.

Pasanan ikhlas ni dibawakan khas oleh saya Asyraf Kamarul

6 comments:

Syafiq Rosli said...

aku pling tak suka..buang sampah wo.paling pantang lah..

Asyraf Camaro said...

aku pun sama..apa dorg igt kereta tempat pelupusan sampah ke...

MéuzAngelo™ XXIII said...

kebanyakan mende kat atas ni org tak buat pun dlm kete.. cuma merokok la org selalu buat.. tapi kes bara rokok jatuh dlm kete jarang terjadi.. sbb aku slalu isap rokok dlm kete :D

Firdaus Kasim said...

nak tambah satu lg, jgn buat perkara sumbang dalam kereta.

Asyraf Camaro said...

MéuzAngelo™ XXIII> mungkin kereta anda jarang menumpangkan orang..kereta aku dah jadi macam teksi kehulu ke hilir semua benda2 kat atas tu dah jadi..ade yang dah belubang seat tak tau la sape punya keje, ada yang tinggal sampah, ada yang letak kaki merata2, ada yg muntah dalam kereta..bila marah mula la tarik muka..skg aku dah malas nak tumpangkan orang dah..

Asyraf Camaro said...

Firdaus Kasim> ok idea yang bernas...
6. Jangan Buat Perkara Sumbang Dalam Kereta..

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...