Dalam satu hari mesti anda pernah dengar atau sama-sama mencarutkan. Apa yang peliknya mencarut ni dah jadi macam satu budaya turun temurun yang harus di sebut setiap hari. Kena cuit sikit dah "b%t#h pak hang", melawak sikit je dah keluar"p%k# mak hang". Aku pun kekadang ter'mencarut jugak tapi aku memang cuba elakkan. Tak nak sebut benda-benda kotor ni. Kalau benda-benda yang tak elok tu senang je keluar dari mulut padahal tak ada sapa ajar pun tapi tak tau la kalau-kalau ada kelas yang ajar mencarut. Ehh ada ke orang yang nak pergi kelas mencarut? Rasa-rasa tak ada so tak payah jawablah soalan aku ni coz aku sendiri dah jawab.
Apa ada dengan mencarut bagi pencarut tegar?
1. Mencarut bagi mereka mungkin dapat terangkan hati kot.
"Esok aku final exam, baik aku mencarut banyak-banyak arini bagi terang hati ##$%%#@%$% ^%^%#%$%".
2. Mencarut bagi mereka mungkin cuma nak tunjuk samseng.
"Nak jadi samseng mesti kena mencarut. Mana ada samseng pegang tasbih nyanyi lagu nasyid weh".
3. Mencarut bagi mereka mungkin dah jadi rutin harian.
"Ehh rasa macam ada tertinggal sesuatu la harini, sembahyang 5 waktu? Bukan.. Haa patut rasa macam ada yang kurang rupa-rupanya satu hari ni aku belum mencarut lagi. Apa lagi mencarut yang ada ek? Bosan la aku hari-hari mencarut yang sama je".
4. Mencarut bagi mereka mungkin senang nak tarik perhatian awek-awek cun.
"Fuyoo ada awek cun. #$^%^$$%#%^%^$#^%%&$%#$ harap-harap awek tu tergoda dengar aku rap lagu Tupac Hit Em Up".
5. Mencarut bagi mereka mungkin sebab pengaruh budaya barat macam 'Yo Mamma Jokes'.
"Yo mamma so dirty, she lick your ugly a#s"
6. Mencarut bagi mereka mungkin sebab nak keluarga malu.
"Yes!! akhirnya aku berjaya dapat award dari tok ketua kampung. Award Mulut Kuat Mencarut termasyur dalam kampung, harap-harap mak bapak aku bangga dengan pencapaian aku setakat ni".
7. Mencarut bagi mereka mungkin sebab jiwa muda panas baran ada salah sikit mesti nak mencarut.
"Woi anak har#m!! puk# m#k!! hang tak reti bawak kereta ka? Hang tak tau ka aku ni pailang..!!".
Memang buruk, memang keji. Sampai bila nak jadi kaki mencarut macam kat atas tu? Malu weyh kalau terus berperangai macam kat atas tu dasar orang yang tak tahu adab. Berubahlah tinggalkan perangai buruk tersebut ye adik-adik, abang-abang. Kalau selawat tu berat betul nak buka mulutkan padahal dari kecil lagi dah dididik. Mungkin bagi mereka mencarut ni perkara biasa tetapi...........
- "Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat di dalam timbangan orang mukmin di hari kiamat kelak melebihi timbangan budi pekerti yang baik. Sesungguhnya Allah sangat benci orang yang keji dan suka bercakap dengan percakapan kotor"
- "Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan dari golongan kami orang yang menampar pipinya, mengoyak-ngoyak saku bajunya atau berdoa dengan doa orang-orang jahiliah"
Berdoa dengan doa orang-orang jahiliyah yang dimaksudkan di hadith tersebut ialah mencarut. Bayangkanlah kebencian Rasulullah terhadap orang-orang yang mencarut sehinggakan baginda tidak mengaku umatnya.
4 comments:
i really like it acab. nice ! :-)
bila di tegur katanya mengumpat.. katanya lagi mengumpat tu dosa nya lagi besar dr mencarut.. sbb dosa mengumpat lg besar dr mencarut maka dia rasa dia lagi bagus la.. tp apa yg di carutkannya tu dia terlupa. dia sdg mencarut pd org yg di umpat. perkara ni terjadi di isu entri kontroversi blog saya.
Budaya mencarut ni berpunca dr kebiasaan seseorang tu jugak. Bila dah biasa dalam perbualan harian dengan menyebut benda2 berunsur mencarut ni dia takkan rasa janggal atau malu lagi untuk menyebut atau menulis secara umum. Ia berbalik pd keperibadian seseorang. Kita sedia maklum.. kategori org mcm tu di level mana. sekadar guna akal untuk menilai
skang ni pun aku tengok rata2 blog suka sangat la dengan stail carut2 ni. yelah melalui penulisan pun kira sama la kan. takleh nk wat apa, kalau dah tabiat suka maki dan mencarut, tentunya kepala batu.. hoho
btw ni aku bg award kat blog ko, sila amek ye :
award
Anis: tq ecah sebab menyukainya..
Lekat Lekit: orang sekarang ni tak boleh ditegur, semuanya mereka je yang betul..menegur demi kebaikan pun susah jadi guna cara sindiran yang tak terarah kepada seseorang individu..sapa yang makan cili dia yang terasa pedas..ye betul kebanyakkannya berpunca dari kebiasaan seseorang..
Tupai Karan: apa la yang syok sangat dengan mencarut..sama je mencarut melalui penulisan, percakapan ataupun insyarat jari..ok aku akan tuntut award tu kejap lagi...terima kasih bro..
Post a Comment