Thursday, May 5, 2011

Inilah Cinta Sejati


Cinta sejati perlukan pengorbanan yang besar.
Apa itu cinta sejati?
Cinta sejati adalah sesuatu yang cool seperti ini:-

-Anda akan berkata semoga awak bahagia ketika anda melihat dia yang disayangi lalu dihadapan anda dengan sangat bahagia bersama orang lain yang baru 3 hari dikenali di Facebook.

-Anda rela mendermakan buah pinggang kepada dia yang sangat memerlukannya untuk terus hidup walaupun dia akan meminta putus selepas dia menerima buah pinggang dari anda.

-Anda sanggup makan maggie kerana menyimpan duit semata-mata untuk bawa dia ke konsert Justin Bibir.

-Anda dengan senang hati membeli sebuah rumah bungalow sebagai hadiah hari jadinya dengan hasil wang yang dipinjam dari Ah Long.

-Anda sanggup meminta duit belanja berlebihan dari ibu untuk membeli kad topup dengan memberi alasan cikgu sekolah memandu kenakan caj tambahan kerana beliau mengalami masalah keguguran rambut dan perlukan rawatan dari Yun Nam Hair Care.

-Anda tak mudah mengalah dan sanggup menunggu 10 tahun untuk meraih cintanya walaupun dia berkali-kali berkata "muka awak macam sotong".

-Anda dapat menerima segala kekurangan dan kelebihan dia termasuk........ Tak pe lupakan saja ok.

-Anda sanggup mengupah beberapa pekerja bangla kedai minyak kerana kekurangan bajet untuk mengupah pemuzik okestra yang berpengalaman. Walaupun muzik bangla yang kedengaran, anda tetap teruskan menyanyi lagu Sedetik Lebih semata-mata untuk memujuk si dia yang sedang merajuk.

Kenapa tak percaya ke?? Inilah realiti cinta sejati. Ha Ha Ha Ha Ha =)
Indahnya cinta sejati kan..kan..kan

7 comments:

puteraduyong said...

wah...butanya cinta ini...hehehe

suria lekatlekit said...

tu cinta apa tu?? apapun nice entri

Asyraf said...

puteraduyong: inilah cinta..haha

Lekat Lekit: itu kuasa cinta sejati..hebatkan..!!

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

sy harap cinta sy dan suami adalah sejati..

Asyraf said...

dah kawin tu kira cinta sejati la cik betty...

cik sakdi said...

ahaha gambar tu serius nice n sangat drama, btw, nak carik cinta sejati senang kowt, nak jaga dia yang susah. ceh aku ni beriye2 je. HAHA

Asyraf said...

gambar tu memang memainkan peranan..
hensem kn mereka-mereka itu..haha
hmm saya tak rasa mcm tu..rasa2nya nk cari susah tapi nak jaga senang...

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...