Friday, May 20, 2011

Aku Tak Keluar Rumah Kerana Nora Elena

Sekarang ni semua orang tengah obses dengan slot akasia dekat TV3 tu Nora Elena. Tak habis-habis orang bercerita pasal Nora Elena anak Pak Nordin. Aku suka cerita ni best betul sampai sinetron Cinta Melody dari seberang tu pun aku tak pandang langsung. Nora Elena cerita yang diadaptasi daripada novel Kasih Yang Suci ini memang ada tarikan tersendiri, yela aku sekali tengok je sudah jatuh cinta sama ini cerita sampai tak keluar rumah dah waktu petang walaupun tak tengok daripada episod pertama. Pelakon utama dia Aaron Aziz, Siti Saleha dan Zul memang terbaik.

Itu dia Ahmad Seth Tan, Nora Elena Dan Eid

Lagi satu lagu tema untuk cerita Nora Elena ni pun best. Ada empat so layan je keempat-empat ni ok. Aku siap download secara haram lagi lagu-lagu ni letak dalam fon aku. Siapa yang belum tengok cerita ni cubalah jenguk-jenguk kejap pukul 7 petang hari Isnin sampai Khamis dekat TV3 mesti korang melekat terus depan tv punya. Aku tak nak letak sinopsis ke apa kat sini sebab aku memang tak suka baca sinopsis coz nanti tak best la aku dah tau jalan cerita.







11 comments:

Cik TTK said...

cite nie memang best..tapi asek tertinggal je..haihhhh

Asyraf Kamarul said...

Cik TTK: kann, kannn best kannn..ala kalo tertinggal TONTON kan ade..

Chimie Sushishashimiesz said...

ni mst terpikat ngn her0in punyer pasal..hehehe

Asyraf Kamarul said...

wani: tak la..heroin dia pn biasa2 je..kalo norlia ghani ke mak jah ke jadi heroin pn cerita ni tetap best...

Anonymous said...

serius bes......
kalu tayang ari2 kn bgs...

Asyraf Kamarul said...

Tula kan kalau hari2 best Oo..

Anonymous said...

aku pon ske...

THE LEKAT LEKIT STORY said...

heroin dia agak kaku lakonanya.. tak tgk pun cerita ni tp tp ada 1 hari tu tgk juga 1 episod.. sebab ramai sgt kecoh pasal cerita ni

GeminiGurlz said...

suke tgk cete ni.. mule2 nk tgk sebab nk dgr ost dan bila esok tu... tp sekarang da tertagih tgk cete tu... hehehe

cik azeya said...

tak suka zul. hahah

kh@iR@H said...

mana ada kaku..ok je..
cite ni mmg best..adptasi novel kan...

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...