Saturday, May 14, 2011

Impian Sementara

Kalau la aku reti main alat muzik mesti aku dah jadi pencipta lagu yang tersohor Malaysia. Ok la relax, relax jangan marah. Sebenarnya aku teringin nak jadi pencipta lagu, yela industri tanah air kita perlukan lebih ramai pencipta lagu yang berbakat supaya tiada lambakan lagu-lagu dari negara jiran dalam industri kita ini. Mereka tu kerdekut, lagu kita susah nak masuk sana tapi lagu mereka belambak kat sini sebab apa? Sebabnya mereka mudah nak tembusi pasaran Malaysia selain daripada lagu-lagu yang enak didengarin dong.

Malaysia perlukan lebih ramai pencipta lagu yang berbakat dan kreatif dalam susunan muzik. Kalau luar negara aku suka susunan muzik Lady Gaga dan Jay Chou, susunan muzik mereka memang terbaik. Kalau dalam negara aku suka Edry KRU iaitu pencipta lagu yang tak pernah kering idea, bayangkan dari dia muda dulu sampai sekarang sentiasa ada lagu yang dia cipta dan semua lagu dia cipta mesti meletup punya. Selain itu lagu-lagu ciptaan Noh Hujan, Aizat, Yuna dan itu je kot (Pak Ngah pun ok) tak kurang hebatnya, lirik yang ringkas dan susunan muzik yang kreatif.

Aku teringin nak jadi macam mereka, mencipta lagu yang menjadi siulan ramai setap hari, dimainkan dicorong-corong radio setiap masa. Tolonglah sesiapa ajar aku main semua jenis alat muzik yang ada didunia haha. Silap hari bulan aku boleh jadi penyanyi pula tapi jangan risau aku takde nak buka-buka baju macam KPOP Malaysia 24:7 tu.
Korang tu MELAYUMuka jawa
(ayat copy paste ok jangan marah)

2 comments:

Ocin Chee said...

oh naseb baik xmao nyanyi ;p

Hani Nabilia said...

yup2...sokong!...huhu gaga memang superb..

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...