Sunday, May 8, 2011

Fast & Furious 5 Memang Terbaik!!


Semalam aku berkesempatan menonton Fast & Furious 5 dengan Aaron, Nazerin dan Rasyid. Kalau ikutkan nak tengok lima orang tapi Arai Nakano cancel pulak last minit jadi kami berempat jela. Cinema semalam memang penuh sebab malam minggu dan cerita ni memang tengah hot. Banyak jugak muka-muka yang kecewa tak dapat tengok Fast & Furious 5 yang 2D punya pukul 9.45 pm tapi aku dengan selamba je datang pukul 9.30 pm ambik tiket yang mahal RM1 dari biasa sebab 2D so RM12 la satu tiket, belagak la sikitkan sebab aku dah book tiket dari pukul 12 tengah hari siap pilih seat yang best lagi. Kena bijak la kan kalau nak tengok cerita-cerita yang hot jangan main terjah je tambah malam minggu lagi la nak kena berebut dengan orang la, beratur panjang la, dapat seat depan la, tiket habis la.

Sepanjang 2 jam 12 minit menoton sikit pun pandangan tak dapat lari dari screen, setiap saat kalau terlepas rasa rugi tapi ada jugak scene yang best aku terlepas gara-gara Aaron. Kaki dia asyik kena seat orang depan. Setiap kali dia gelak je kepala amoi tu mesti goyang-goyang, bf amoi tu dah tengok-tengok belakang. Ok aku paham perasaan amoi tu mesti bengang kan so setiap kali Aaron gelak mesti aku kena tegur dia "Aaron jaga kaki, jangan bagi kena seat depan".

Berbalik kepada cerita Fast & Furious 5 memang terbaik, jalan cerita yang bagus, kelakar, penuh dengan aksi, banyak perempuan seksi dan ada juga scene suspen. Apa yang buat cerita ni bertambah menarik sebab gang-gang Fast & Furious 1 sampai 4 datang membantu Dominic dengan Brian. Wah memang tak rugi tengok 4.9 bintang aku bagi dari 5. Nanti nak tengok lagi siapa mau ikut sila angkat tangan macam saya.


Dah habis tengok lepak-lepak kejap, macam biasa kita orang akan jadi pelakon pulak. Ada yang nak jadi Dominic, ada yang nak jadi Brian, ada yang nak jadi Han dan semua watak yang ada. Si Rasyid pulak bawak kereta punyalah laju konon macam bawak peti duit. Nazerin pulak tak habis-habis dengan Brian O' Connor siap pakai gambar dekat Facebook lepas tu upload gambar Mia dekat Facebook cakap tu awek dia. Aaron pulak mengaku dia Dominic. Aku? Ha Ha Ha aku lebih penting dari watak Dominic dengan Brian, aku jadi peti besi je.

11 comments:

Anonymous said...

terbaik acap...! hehe.

Anonymous said...

terbaikk acap..! hehe -nazerin

Cik TTK said...

betul3..kelip mata pon terasa rugi je..best giler kot..

Asyraf said...

Nazerin: huishhh suka pulak..
Cik TTK: kan..kan..best tak terkata..jom tengok lagi...

Aaron said...

Bro terbaik la bro keep it up!!!!!!!

Cik Bambam said...

CB nak heroinlagi satu tuh..aper tah nama dia..yg skandal ngan HAN!hahahaha.. chantek betol dia..kekeke

Asyraf said...

Aaron: terbaik la dah gambar sebalah dominic..

CB: Oo yg itu nama betul dia Gal Gadot..orang israel..tapi dia mmg cantik pun..hehe

Primadona said...

memang best gilelah cerita ni..hehe

Rina Rahamat said...

nampaknya akak kena tunggu tayang kat tv jelah..aritu tv3 ada tayang yg lama punya 2 fast 2 furious akak layanlah..tp hero dia masih sama eh?

Asyraf said...

Azizah Alwi: mana tau best?? dah tengok ke?? (soalan yang kurang pandai kan) hehe

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty: tengok kat tv tak best akak..
kalo kat cinema tengok yang 2D punya memang layan habis la..
ye hero dia masih sama la..

Kevin said...

Grreat post thankyou

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...