Thursday, January 5, 2012

Terima Kasih Ustaz Azhar Idrus dan Syahirul

Kalau disebut pasal agama pasti ramai yang buat tak endah terutama golongan remaja. Kalau mak ayah buka forum perdana ehwal Islam dekat tv tak sampai 3 minit habis semua cabut lari. Ok aku pun lari jugak tak sampai 3 minit tapi aku mencari tahu hal agama dengan membaca, bertanya dan buka youtube mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus.

Sebelum ni jangan harap aku nak dengar ceramah agama tetapi segalanya berubah selepas aku 'Like' facebook Syahirul.com. Pada masa tu aku tertarik dengan blog Syahirul.com sebab ada banyak info pasal komputer dan telefon. Seingat aku pada masa itu blog Syahirul.com lebih kepada gadget,  laman web, perisian dan peribadi.

Apabila Syahirul melakukan penghijrahan yang besar atas dirinya dia sentiasa mengingatkan sesama muslim dengan nasihat, hadis, video ceramah Ustaz Azhar Idrus, kisah-kisah Nabi dan para sahabat di facebook dan juga blog. Syahirul juga terlalu menyanjungi Ustaz Azhar Idrus sehingga membuatkan aku ingin tahu apa yang Ustaz Azhar Idrus ini ada. Setelah kaji tentang Ustaz Azhar Idrus aku dapati beliau adalah satu-satunya ustaz yang mampu menarik ramai golongan muda yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang mengikuti ceramahnya. Aku benar-benar kagum dengan keupayaan Ustaz Azhar Idrus.

Berbalik kepada facebook setiap hari aku baca apa yang Syahirul tulis hinggalah semakin hari aku semakin berubah, berubah tu bukan bermakna aku jahat sebelum ini cuma aku berubah untuk dekatkan lagi diri dengan Allah. Cuba tanya dengan diri sendiri selama kita hidup sebagai Islam apa yang kita tahu tentang Islam? Jadi sempena tahun baru ini marilah sama-sama kita melakukan penghijrahan dalam hidup, tak berubah  banyak sikit pun jadi la.

Terima kasih Syahirul dan Ustaz Azhar Idrus. Suatu hari nanti kalau ada peluang aku teringin nak jumpa mereka.

2 comments:

Anonymous said...

terbuka hati...syukur :)

aien said...

x sia2 usaha syahirul b'dakwah

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...