Wednesday, January 11, 2012

Malang Cek Nuffnang


Dah dekat setahun aku dapat cek daripada nuffnang ni tapi masih belum cash out lagi. Malang sungguh nasib cek ni dapat kat tangan aku sampai dah merasa masuk tong sampah pun. Asyik hilang je cek ni sampai cek ni pun dah penat nak hilang. Setiap kali hilang aku mesti cari mak aku "umi ada nampak cek nuffnang tak?". Malas dah mak aku nak tolong mencari, lepas tu dia jumpa terus dia simpan sampai la harini aku mintak sebab nak scan. Mentang-mentang la 49 ringgit kan malas je nak cash out tapi cuba kalau beribu-ribu, hmm aku rasa belum cukup masa lagi aku dah call nuffnang mintak cek. Apa pun sebelum cek ni luput baik aku cash out boleh jugak buat bayar bil internet blackberry aku. Rezeki jangan ditolak.

4 comments:

hazanis said...

sekurang2 nye tu duit..=)

Asyraf Kamarul said...

boleh jugak makan mc'd..

Anonymous said...

best la dpt angpow

Mdsaf Kyo said...

dah setahun xcash out??? expired la jawabnya... terus masuk tong sampah, tak payah cari lg dah....

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...