Saturday, January 21, 2012

Menonton Di Pawagam Vs Alternatif

Sekarang ni dah ada Astro First, DVD, Blue-ray, Youtube dan download secara haram. Walaupun banyak pilihan yang ada mampukah kita mendapat kepuasan semasa menonton Ombak Rindu ? 



Bagi aku segala alternatif yang ada sebagai pilihan yang terakhir walaupun ianya lebih mudah dari bersesak ke panggung. Kepuasan menonton di panggung tidak sama dengan menonton di rumah kerana di pawagam tiada gangguan daripada ayam jiran sebelah berkokok, bunyi motosikal RXZ memecut dengan laju dan TNB yang menutup bekalan elektrik secara tiba-tiba. Perkara-perkara macam tu memang boleh POTONG STIM betuii lorhhhh..!! Habis hilang semua feel sampaikan perasaan nak menangis tadi terus bertukar menjadi marah arghhhhhh tiba-tiba tubuh bertukar menjadi hijau dan membesar sebanyak 3 sentimeter lalu menyambar pembuat kacau itu tadi dan menebarnya seperti roti canai (ok itu cuma fantasi). 


Berbanding dengan suasana pawagam yang tenang dilengkapi dengan air cond, kerusi yang empuk tak kisah la berbau masam pon, skrin besar yang jelas, gelap gelita, sound system yang best gilo bunyi dia dan paling penting tandas yang jauh untuk memalaskan kita bangun dari tempat duduk yang masam itu. Wowww itu adalah suasana yang di idam-idamkan oleh setiap penonton. Jadi antara pawagam dan alternatif yang manakah akan muncul sebagai juara? Jeng jeng jeng.....Keputusan sudah pun berada ditangan Chef Jo.

4 comments:

-ytazzi- said...

0f c0z la tg0k kt pawagam sy0k g.... tg0k kt umah x feel arr.... tmbah2 tg0k 0mbak rindu..muahahah

Asyraf Kamarul said...

sama..suka pawagam jugak..

Anonymous said...

da mst la kat pawagam..terbaik gilee kot..

Anonymous said...

haha kelakar

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...