Tuesday, November 27, 2012

Nokia N80 Mandi Sungai

Kisah aku terjatuhkan telefon Nokia N80 kawan aku dalam sungai.



Aku sudah berada diseberang sungai seronok mandi manda. Lepas tu ternampak kelibat Benjo dengan Shapea yang baru sampai dari celah celah pokok. Semasa mereka nak melintas sungai Shapea hulurkan kepada aku helmet kerana nak lipat seluar. Aku pun sambut helmet tu yang diberi dalam keadaan terbalik. Tanpa aku lihat apa ada dalam helmet terus aku telungkupkan atas batu.

Tiba-tiba aku dengar ada bunyi barang jatuh. Shapea menjerit dari seberang sungai "Telefon aku". Terus aku pandang helmet. OMG!! baru aku tau Shapea ada letak barang-barang dia dalam helmet. Aku kurang dengar apa yang Shapea jerit dari seberang kerana bunyi air sungai yang deras. Aku terpandang telefon, ok syukur selamat sebab tak masuk dalam air. Aku pun dengan gembira tunjukkan telefon SonyEricsson (kalau tak silap) dekat Shapea "Ni dia fon hang". "Bukan yang tu, N80 aku dalam air" kata Shapea. "Hah ?" terkejut beruklah aku sebab pada tahun 2007 N80 tu la paling mahal.

"Mati aku mati". Terus aku meraba-raba ke dasar sungai cari N80 tu, takut N80 tu hanyut dek air yang deras je sebab dah hampir 1 minit telefon tu jatuh dalam air. Sambil tengok air yang deras aku mintak janganlah telefon tu hanyut, ok sekarang dah hampir 3 minit mencari. Tiba-tiba aku terpegang sesuatu, terus aku tarik keluar dan alhamdulillah aku dapat jumpa N80 dan bukan itu saja pendrive pun sekali aku dapat padahal takde sapa pun yang nampak pendrive jatuh. Nasib baik tak hanyut. Terus aku buka cover bateri dan cabut bateri serta merta. Tips ni aku dapat dari majalah Ering. Muka Shapea dah takde mood, gila takkan nak happy telefon baru je jatuh dalam sungai. Aku kata kat dia jangan risau telefon ni mesti ok.

Balik tu kita orang semua pergi rumah Khaiwi sebab nak keringkan N80 tu. Sorang-sorang muka tak sabar nak tengok telefon tu on terutama Shapea. Semua tunggu aku masukkan bateri je. Aku tepuk-tepuk sikit bagi air dalam tu keluar sampai habis dan keringkan depan kipas dalam 30 minit. Lepas aku yakin semuanya dah kering jeng jeng jeng bateri pun dimasukkan. Nak tau apa jadi ? Nak ? Ok N80 tu hidup dengan sihat sejahtera tanpa ada sikit pun masalah walaupun hampir 5 minit menyelam dalam sungai. Baru muka Shapea nampak ada "NUR" sikit. Telefon tu tahan hingga bertahun-tahun lamanya.

0 comments:

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...