Friday, February 25, 2011

Rugi Demi Pengalaman

Aku bermula dan bersedia untuk tanggung kerugian. Aku tak nak habiskan masa membuat kajian kerana takkan dapat apa-apa selagi tak bermula. Dari kerugian ada pengalaman dimana aku takkan dapat belajar dari sebuah buku atau pengalaman orang lain. Aku percaya setiap orang pernah melakukan kesilapan yang sama pada permulaan dan kerana kesilapan itulah mereka berjaya.

Alami kerugian adalah satu pengalaman yang berharga untuk aku cari kelemahan dan kesilapan dari segi penilaian setiap kos. Biar rugi pada permulaan kerana apabila rugi kita akan sentiasa berjaga-jaga untuk setiap penilaian kos pada masa akan datang bagi mengelak daripada pisang berbuah dua kali dan itulah gunanya pengalaman dalam dunia business yang begitu berisiko.

0 comments:

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...