ASYRAF-7

Bertemu lagi kita. :)

Hai...

Saturday, March 24, 2012

Isi Lengkap Iphone 4 S

Kali ni aku share complete set iPhone 4S 16GB dari celcom. Takde apa-apa tips pun dalam post ni cuma nak share gambar-gambar je. iPhone di celcom boleh dibeli dengan pakej bulanan atau beli secara tunai.
16GB RM2250

Sunday, March 4, 2012

PEMADAM API BONEX SAT119



Ada tak sesiapa yang kerja dia suka bakar rumah sendiri? Kalau ade korang sangat la gila ok. Seperti mana yang kita tahu kebakaran adalah satu kemalangan yang berpunca dari kecuaian kita sendiri atau pun berpunca daripada kesilapan teknikal.

Berapa ramai yang ada alat pemadam api di rumah? Sure semua takde punya, kalau ade pun dah berkarat tong tu dalam store entah berfungsi lagi ke tak, kalau masih berfungsi belum tentu korang reti guna. Ramai yang tak sedar betapa pentingnya alat pemadam api ni dalam hal-hal kecemasan. Tahukah anda semasa kebakaran berlaku anda cuma ada 3 minit masa untuk selamatkan nyawa atau harta benda anda daripada hangus di jilat api.

Rakyat Malaysia bukalah minda anda, jangan kerana kerdekut nak keluarkan duit RM279 harta benda anda yang berjuta-juta ringgit dan nyawa anda yang tiada tukar gantinya hangus dijilat api. Kata orang sediakan payung sebelum hujan tapi kata aku sediakan BONEX SAT119 sebelum terbakar. 100% JAMINAN.

Wednesday, February 22, 2012

Tips Jimat Bateri Blackberry

Sesiapa yang pakai bb mesti tak lari dari masalah bateri cepat habis. Tapi masalah ni cuma melanda kepada yang aktifkan BIS je, yang tak aktif BIS tu takde masalah. Ok aku ada beberapa tips yang berguna untuk jimatkan bateri hampir 40% berbanding biasa.

Cara dia mudah saja

a. Pakai apa-apa software penjimat bateri. Aku tak pasti keberkesanan software macam ni tapi apa salahnya mencuba, download free je  pun.

b. Tukarkan Network Mode kepada 2G sewaktu kita tak melayari internet. Penggunaan 3G yang berterusan akan mengakibatkan bateri lebih cepat habis. Kalau bateri memang dah tahap betul-betul nak mati off data sevice, sekurang-kurangnya bateri kita boleh tahan lebih lama untuk hal-hal kecemasan.

c. Kurangkan Backlight Brightness ketahap yang paling minimum, aku buat 0 terus.
d. Backlight Timeout tak perlu lama-lama sangat, 30 saat dah cukup.
e. Jangan lupa tutup wifi dan bluetooth selepas digunakan.
f. Tutup semua aplikasi yang tidak digunakan.

Selamat Mencuba

Sunday, January 22, 2012

Orang Melayu Yang Terkaya Di Dunia



Kamal Ashnawi mendakwa beliau mempunyai wang simpanan berjumlah 5 trilion Euro atau 20 trilion Ringgit Malaysia. Bagi menyokong dakwaan itu beliau mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar "trillionaire".

Kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875. Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan nama Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabalkan menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005 bagaimanapun tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang pihak-pihak tertentu.

Wahhh kayo gilo..!! sungguh aku tak percaya rupa-rupanya orang terkaya nombor satu di dunia adalah orang kita, bukan Carlos Slim dengan kekayaan RM224.7 bilion dan Bill Gates RM170 bilion, apa yang lebih membanggakan dia adalah anak kelahiran Tanjung Malim Perak. 

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...