ASYRAF-7

Bertemu lagi kita. :)

Hai...

Wednesday, October 26, 2011

Apple Dan Blackberry

Semasa aku kecil dulu apa yang aku tahu Apple dan Blackberry cumalah buah-buahan. Aku tak pernah suka makan epal tapi aku suka minum jus epal. Tapi tapi tu dulu, sekarang bila disebut Blackberry dan Apple apa yang terlintas di fikiran adalah Cik Epal dan teknologi yang canggih bukan buah lagi. Wah macam mana mau kira ni dah la guna nama buah tapi sesen pun tak bayar dekat buah tersebut. Hati-hati mungkin suatu hari nanti mereka ni terima surat saman dari buah-buahan Apple dan Blackberry.

Kanak-kanak serta remaja masa kini mintak dekat mak ayah nak epal, dengan senang hati mak ayah tanya "hah nak iPhone 4 S ke iPad 2 ke Macbook atau nak mak ayah pinangkan Cik Epal". Untunglah lahir dalam zaman dah canggih mintak buah epal dapat Apple. Blackberry pula tidak lagi terkenal dengan jem yang enak disapu pada roti tapi popular dengan BlackBerry Messenger sampaikan Obama pun tergedik-gedik nak Blackberry. Tengoklah begitu hebat penangan buah Apple dan Blackberry ni pada dunia segalanya adalah kerana applikasi yang terdapat dalam kedua peranti ini membuatkan segala urusan harian menjadi lebih mudah.

Tapi dalam kebaikan kita dibuai teknologi sebegini ada juga keburukannya seperti banyak masa dihabiskan dengan mengadap BBM dan laman sosial yang terdapat dalam kedua-dua peranti canggih ini sehingga kurang melakukan aktiviti yang sihat di luar rumah. Ramai yang tidak cukup tidur kerana asyik bermain dengan aplikasi yang menyeronokkan, tiada masa untuk bersama keluarga, binatang peliharaan mati kelaparan dan paling menyedihkan sembahyang 5 waktu entah ke mana. Jadi kita kena bijak membahagikan masa antara peranti canggih dan kehidupan seharian.

Sunday, October 9, 2011

Verified Paypal Guna Maybank Visa Debit

Ikut beberapa langkah mudah untuk Verified akaun Paypal anda dengan menggunakan Maybank Visa Debit. Pastikan anda sudah aktifkan Maybank2u.
PERHATIAN: KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN


Pertama: Login ke Paypal dan klik pada "Link and confirm my debit or credit card"

Kedua: Isi segala petak kosong seperti nama, jenis kad, nombor kad, tarikh luput dan security code. 3 angka Security code ada dibelakang kad Maybank Visa Debit. Dah lengkap isi klik Continue.

Contoh Security Code

 Dah Continue dalam 1 hari baru kod 4 digit untuk verified Paypal akan dihantar ke "debit card history" di maybank2u. RM10 ringgit telah di caj tetapi akan dipulangkan semula ke account Paypal anda apabila dah verified account.

Ketiga: Log in ke Maybank2u klik pada Account & Banking kemudian klik pada Wadiah Savings Account dan klik pada Debit Card History. Periksa sama ada kod sudah diterima atau belum. Jika sudah terima salin kod 4 digit tersebut.

Keempat: Login Paypal dan klik pada "Confirm my debit card or credit card"

Kelima: Masukkan kod 4 digit yang diterima dalam petak kosong dan klik pada Confirm Card.


Akhirnya selesai dan account Paypal anda sudah pun Verified.

Mudah saja. Sekarang anda dah boleh buat pembayaran dengan menggunakan Paypal. 

Thursday, October 6, 2011

Steve Jobs 1955-2011



Screenshot dari Apple.com

Steve Paul Jobs iaitu bekas CEO, pengasas dan pengerusi Apple disahkan telah meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 pada usia 56 tahun. Pada 24 Ogos yang lalu Jobs mengumumkan perletakan jawatannya sebagai CEO Apple kerana beliau sudah tidak mampu menguruskan syarikat kerana masalah kesihatan. Umum mengetahui Jobs menghidapi penyakit barah pankreas sejak pertengahan 2004. Permergian seorang insan yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan teknologi pada masa kini pasti meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada dunia terutama pengguna Apple iPod, iPhone, iPad, MacBook dan iMac .


p/s: iPhone 4 S pasti aku beli nanti.

Sunday, August 21, 2011

Baju Raya Ohh Baju Melayu

Updated 24/8/2011: Baju Melayu yang banyak pilihan dan harga berpatutan ialah di Jakel. Harga murah iaitu dari RM65 hingga RM250. Ada juga satu set baju melayu termasuk samping dan butang cuma berharga RM100. 

Setelah tambah tolak campur bahagi tinggal la 9 hari je lagi puasa dan minggu depan hari Jumaat aku dah pun balik Taiping tapi baju raya sehelai pun tak beli lagi padahal semalam dekat Mid Valley banyak je. Dah memang jadi kebiasaan aku beli baju melayu last minit bukan sebab aku suka bersesak-sesak dalam lautan manusia tapi bagi aku baju baru ke lama ke sama je tak ada beza pun jadi sangat la malas nak membeli baju baru, bila disuruh beli barulah aku beli. Baju melayu raya dua tahun lepas pun masih elok lagi sebab aku cuma pakai 5-6 kali je. Bila dah semakin besar segala-galanya terasa biasa tak macam masa kecil dahulu setiap tahun tak sabar-sabar nak beli baju raya, kasut raya, seluar raya, hantu raya, ehh hantu raya tu takde la..

agak-agak aku boleh jadi handsome macam David Archuleta tak kalau pakai baju warna ni??

hmmm nak pilih warna yang mana satu ni? yang tengah tu pun ok jugak kan.


Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...