ASYRAF-7

Bertemu lagi kita. :)

Hai...

Thursday, October 27, 2011

Cara Nak Upgrade OS Blackberry

(Updated 15 Januari 2013)

Nak upgrade OS5 ke OS6? Atau nak update OS5, OS6, OS7 dan OS7.1 yang paling latest?
Ikuti beberapa langkah mudah, tak perlu bayaran dan tak perlu bazir duit RM100-200 untuk upgrade di kedai.

Langkah-langkah untuk upgrade OS5, OS6, OS7, OS7.1.



Download OS yang terbaru di Crackberry. klik ---> download Latest OS


Nanti dia akan terus ke RIM dan anda perlu isi ruang kosong yang disediakan.


Dah habis download kemudian install dalam PC anda, tunggu sehingga Finish, tak perlu tick pada AppLoader nanti.


______________________________________________________________________________________


1. Connect Blackberry anda dengan DESKTOP SOFTWARE dan jangan disconnect selagi upgrade belum selesai.

Penting: Back up dahulu data telefon anda di Blackberry Desktop Software.
Jika anda masih belum ada Desktop Software boleh download disini ---> Desktop Software Download


2. Putuskan internet komputer anda supaya Desktop Software tak menghalang update OS tu nanti. Kemudian pergi ke my computer pilih Local disk (C:) dan ikut saja langkah-langkah seperti gambar di bawah :-
*Klik pada gambar untuk besarkan

a.
klik pada Program Files (x86)

b.
pilih Common Files

b.
kemudian Research In Motion

c.
Pilih AppLoader

d.
Scroll ke bawah sekali dan delete file Vendor

e.
Scroll ke atas semula klik pada Loader untuk mulakan upgrade

f.
klik Next

g.
Next

h.
Tunggu sehingga selesai

i.
Pilih bahasa dan aplikasi yang anda inginkan. Next

j.
dah puas hati klik pada Finish

k.

l.

n.
Akhirnya siap sempurna upgrade OS baru anda. 

m.
Blackberry anda akan on secara automatik apabila upgrade selesai.

Mudah saja kan tak sampai 1 jam semuanya dah selesai. Jangan takut nak cuba kerana langkah-langkah ni lengkap dari A sampai Z.

Jika update pertama anda tak berjaya, anda perlu tutup Desktop Software tapi jangan disconnect USB dan mulakan langkah a-j sekali lagi.


______________________________________________________________________________________

Cara untuk upgrade Blackberry T-Mobile
Untuk Blackberry T-Mobile caranya lain sedikit. Ada beberapa langkah tambahan yang perlu dibuat terlebih dahulu sebelum ikut sepenuhnya Langkah-langkah untuk upgrade OS di atas.
Anda perlu delete 2 cod tersebut:
net_rim_theme_tmobile_BlackBerry6_480x360_b.cod
net_rim_theme_tmobileeu_BlackBerry6_480x360_b.cod



Program Files (x86)

Common Files

Research In Motion


Shared

Loader Files

klik

Java

Delete 2 cod t-mobile tersebut

Dah delete boleh la mulakan upgrade mengikut Langkah-langkah untuk upgrade OS dari a - m di atas. Jangan lupa cabut memory card dan backup file.
Untuk T-Mobile anda kena tutup Desktop Manager tetapi jangan disconnect telefon Blackberry anda dengan USB. 

Setelah Semuanya Berlalu


Bodoh..!! Kenapa la aku tak nampak segalanya 3 tahun yang lalu. Bila baca semula mesej-mesej yang lama buatkan aku rasa gembira. Sebenarnya aku terlalu bergantung kepada masa untuk tentukan tapi ternyata aku silap. Banyak persoalan yang bermain difikiran aku hinggalah semakin lama semakin jauh.

Kini 3 tahun berlalu, aku tak pasti sama ada perasaan dia terhadap aku masih seperti dahulu ataupun kian pudar. Kalaulah dia tahu apa yang aku rasa, kalaulah dia tahu aku merasa beban selama 3 tahun ni, kalaulah dia tahu aku sangat perlukan dia. Orang kata bunga bukan sekuntum, ya memang bukan sekuntum tapi aku tak ingin bunga yang lain. Segalanya sangat rumit untuk aku tapi aku perlu harungi. Sangat rumit untuk aku cuba sekali lagi.

Wednesday, October 26, 2011

Apple Dan Blackberry

Semasa aku kecil dulu apa yang aku tahu Apple dan Blackberry cumalah buah-buahan. Aku tak pernah suka makan epal tapi aku suka minum jus epal. Tapi tapi tu dulu, sekarang bila disebut Blackberry dan Apple apa yang terlintas di fikiran adalah Cik Epal dan teknologi yang canggih bukan buah lagi. Wah macam mana mau kira ni dah la guna nama buah tapi sesen pun tak bayar dekat buah tersebut. Hati-hati mungkin suatu hari nanti mereka ni terima surat saman dari buah-buahan Apple dan Blackberry.

Kanak-kanak serta remaja masa kini mintak dekat mak ayah nak epal, dengan senang hati mak ayah tanya "hah nak iPhone 4 S ke iPad 2 ke Macbook atau nak mak ayah pinangkan Cik Epal". Untunglah lahir dalam zaman dah canggih mintak buah epal dapat Apple. Blackberry pula tidak lagi terkenal dengan jem yang enak disapu pada roti tapi popular dengan BlackBerry Messenger sampaikan Obama pun tergedik-gedik nak Blackberry. Tengoklah begitu hebat penangan buah Apple dan Blackberry ni pada dunia segalanya adalah kerana applikasi yang terdapat dalam kedua peranti ini membuatkan segala urusan harian menjadi lebih mudah.

Tapi dalam kebaikan kita dibuai teknologi sebegini ada juga keburukannya seperti banyak masa dihabiskan dengan mengadap BBM dan laman sosial yang terdapat dalam kedua-dua peranti canggih ini sehingga kurang melakukan aktiviti yang sihat di luar rumah. Ramai yang tidak cukup tidur kerana asyik bermain dengan aplikasi yang menyeronokkan, tiada masa untuk bersama keluarga, binatang peliharaan mati kelaparan dan paling menyedihkan sembahyang 5 waktu entah ke mana. Jadi kita kena bijak membahagikan masa antara peranti canggih dan kehidupan seharian.

Sunday, October 9, 2011

Verified Paypal Guna Maybank Visa Debit

Ikut beberapa langkah mudah untuk Verified akaun Paypal anda dengan menggunakan Maybank Visa Debit. Pastikan anda sudah aktifkan Maybank2u.
PERHATIAN: KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN


Pertama: Login ke Paypal dan klik pada "Link and confirm my debit or credit card"

Kedua: Isi segala petak kosong seperti nama, jenis kad, nombor kad, tarikh luput dan security code. 3 angka Security code ada dibelakang kad Maybank Visa Debit. Dah lengkap isi klik Continue.

Contoh Security Code

 Dah Continue dalam 1 hari baru kod 4 digit untuk verified Paypal akan dihantar ke "debit card history" di maybank2u. RM10 ringgit telah di caj tetapi akan dipulangkan semula ke account Paypal anda apabila dah verified account.

Ketiga: Log in ke Maybank2u klik pada Account & Banking kemudian klik pada Wadiah Savings Account dan klik pada Debit Card History. Periksa sama ada kod sudah diterima atau belum. Jika sudah terima salin kod 4 digit tersebut.

Keempat: Login Paypal dan klik pada "Confirm my debit card or credit card"

Kelima: Masukkan kod 4 digit yang diterima dalam petak kosong dan klik pada Confirm Card.


Akhirnya selesai dan account Paypal anda sudah pun Verified.

Mudah saja. Sekarang anda dah boleh buat pembayaran dengan menggunakan Paypal. 

Thursday, October 6, 2011

Steve Jobs 1955-2011



Screenshot dari Apple.com

Steve Paul Jobs iaitu bekas CEO, pengasas dan pengerusi Apple disahkan telah meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 pada usia 56 tahun. Pada 24 Ogos yang lalu Jobs mengumumkan perletakan jawatannya sebagai CEO Apple kerana beliau sudah tidak mampu menguruskan syarikat kerana masalah kesihatan. Umum mengetahui Jobs menghidapi penyakit barah pankreas sejak pertengahan 2004. Permergian seorang insan yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan teknologi pada masa kini pasti meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada dunia terutama pengguna Apple iPod, iPhone, iPad, MacBook dan iMac .


p/s: iPhone 4 S pasti aku beli nanti.

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...