ASYRAF-7

Bertemu lagi kita. :)

Hai...

Sunday, August 21, 2011

Baju Raya Ohh Baju Melayu

Updated 24/8/2011: Baju Melayu yang banyak pilihan dan harga berpatutan ialah di Jakel. Harga murah iaitu dari RM65 hingga RM250. Ada juga satu set baju melayu termasuk samping dan butang cuma berharga RM100. 

Setelah tambah tolak campur bahagi tinggal la 9 hari je lagi puasa dan minggu depan hari Jumaat aku dah pun balik Taiping tapi baju raya sehelai pun tak beli lagi padahal semalam dekat Mid Valley banyak je. Dah memang jadi kebiasaan aku beli baju melayu last minit bukan sebab aku suka bersesak-sesak dalam lautan manusia tapi bagi aku baju baru ke lama ke sama je tak ada beza pun jadi sangat la malas nak membeli baju baru, bila disuruh beli barulah aku beli. Baju melayu raya dua tahun lepas pun masih elok lagi sebab aku cuma pakai 5-6 kali je. Bila dah semakin besar segala-galanya terasa biasa tak macam masa kecil dahulu setiap tahun tak sabar-sabar nak beli baju raya, kasut raya, seluar raya, hantu raya, ehh hantu raya tu takde la..

agak-agak aku boleh jadi handsome macam David Archuleta tak kalau pakai baju warna ni??

hmmm nak pilih warna yang mana satu ni? yang tengah tu pun ok jugak kan.


Wednesday, August 17, 2011

Isi Lengkap Blackberry Brightstar

Isi kandungan lengkap dalam sebuah kotak Blackberry 9780 Brightstar
*klik pada gambar untuk besarkan


Buku panduan dan cd

Kad warranty dari Brightstar

Earphones

Charger

4 jenis plug charger

USB

Pouch





Perbezaan dengan Blackberry AP Set
  1. Tiada buku panduan
  2. Tiada kad warranty
  3. Hanya dapat satu kepala charger
  4. Earphones tebal dan tak selesa dipakai
Kiri AP set dan Kanan Brightstar 

Sebelah kiri AP set dan sebelah kanan Brightstar
Perbezaan cetakan dan sticker pada bahagian tepi kotak BlackBerry. AP set menggunakan sticker plastik manakala Brightstar menggunakan sticker kertas. 

p/s: kelihatan sama tapi tak serupa.
Untuk maklumat lebih lanjut silalah baca sini : Tips Membeli Blackberry

Thursday, August 11, 2011

Menghitung Hari Menunggu Suasana Raya

Khamis, 11 Ogos 2011 bersamaan puasa yang ke-11. Tak sabor rasenya nak tunggu 20 Ogos, kenapa?? Sebab 20 Ogos nanti blog ni akan guna header baru yang dibuat khas untuk Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba pada 1 September 2011 nanti. Sabor Asyraf, sabor..!! Jangan guna sekarang nanti tak meriah awal lagi ni, lagu raya pun tak boleh keluar radio lagi jadi sabar ye Asyraf.


Header ni ke yang aku tak sabar-sabar sangat nak pasang tu??

Hmm entah la. Kalau nak tau sama-sama la menghitung hari. Lagi sembilan lari ok. Kemeriahan Raya sudah mula terasa sedikit demi sedikit.


Wednesday, August 10, 2011

LCD Blackberry Berbeza

Baru aku tahu LCD Blackberry ni lain-lain walaupun model sama. Contoh Blackberry Bold 9700 ada 3 jenis LCD iaitu kod 001/111, 002/111 dan 004/111. Sebelum membeli LCD baru kenal pasti dahulu jenis LCD yang asal dengan memeriksa kod dibelakang LCD. Ini penting kepada mereka yang nak membeli LCD secara online sebab takut tersilap beli pula kerana kod LCD yang berbeza dari LCD asal tak boleh digunakan. Kenapa berbeza? Haa itu aku tak tau.

LCD 002/111
Jagalah LCD sebelum terlambat sebab LCD Bold 9700/9780 paling mahal. LCD aku dah pun rosak jadi warna putih terus sebab tersembam jatuh katil.

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...