ASYRAF-7

Bertemu lagi kita. :)

Hai...

Friday, May 20, 2011

Aku Tak Keluar Rumah Kerana Nora Elena

Sekarang ni semua orang tengah obses dengan slot akasia dekat TV3 tu Nora Elena. Tak habis-habis orang bercerita pasal Nora Elena anak Pak Nordin. Aku suka cerita ni best betul sampai sinetron Cinta Melody dari seberang tu pun aku tak pandang langsung. Nora Elena cerita yang diadaptasi daripada novel Kasih Yang Suci ini memang ada tarikan tersendiri, yela aku sekali tengok je sudah jatuh cinta sama ini cerita sampai tak keluar rumah dah waktu petang walaupun tak tengok daripada episod pertama. Pelakon utama dia Aaron Aziz, Siti Saleha dan Zul memang terbaik.
Itu dia Ahmad Seth Tan, Nora Elena Dan Eid

Lagi satu lagu tema untuk cerita Nora Elena ni pun best. Ada empat so layan je keempat-empat ni ok. Aku siap download secara haram lagi lagu-lagu ni letak dalam fon aku. Siapa yang belum tengok cerita ni cubalah jenguk-jenguk kejap pukul 7 petang hari Isnin sampai Khamis dekat TV3 mesti korang melekat terus depan tv punya. Aku tak nak letak sinopsis ke apa kat sini sebab aku memang tak suka baca sinopsis coz nanti tak best la aku dah tau jalan cerita.







Saturday, May 14, 2011

Impian Sementara

Kalau la aku reti main alat muzik mesti aku dah jadi pencipta lagu yang tersohor Malaysia. Ok la relax, relax jangan marah. Sebenarnya aku teringin nak jadi pencipta lagu, yela industri tanah air kita perlukan lebih ramai pencipta lagu yang berbakat supaya tiada lambakan lagu-lagu dari negara jiran dalam industri kita ini. Mereka tu kerdekut, lagu kita susah nak masuk sana tapi lagu mereka belambak kat sini sebab apa? Sebabnya mereka mudah nak tembusi pasaran Malaysia selain daripada lagu-lagu yang enak didengarin dong.

Malaysia perlukan lebih ramai pencipta lagu yang berbakat dan kreatif dalam susunan muzik. Kalau luar negara aku suka susunan muzik Lady Gaga dan Jay Chou, susunan muzik mereka memang terbaik. Kalau dalam negara aku suka Edry KRU iaitu pencipta lagu yang tak pernah kering idea, bayangkan dari dia muda dulu sampai sekarang sentiasa ada lagu yang dia cipta dan semua lagu dia cipta mesti meletup punya. Selain itu lagu-lagu ciptaan Noh Hujan, Aizat, Yuna dan itu je kot (Pak Ngah pun ok) tak kurang hebatnya, lirik yang ringkas dan susunan muzik yang kreatif.

Aku teringin nak jadi macam mereka, mencipta lagu yang menjadi siulan ramai setap hari, dimainkan dicorong-corong radio setiap masa. Tolonglah sesiapa ajar aku main semua jenis alat muzik yang ada didunia haha. Silap hari bulan aku boleh jadi penyanyi pula tapi jangan risau aku takde nak buka-buka baju macam KPOP Malaysia 24:7 tu.
Korang tu MELAYUMuka jawa
(ayat copy paste ok jangan marah)

Sunday, May 8, 2011

Fast & Furious 5 Memang Terbaik!!


Semalam aku berkesempatan menonton Fast & Furious 5 dengan Aaron, Nazerin dan Rasyid. Kalau ikutkan nak tengok lima orang tapi Arai Nakano cancel pulak last minit jadi kami berempat jela. Cinema semalam memang penuh sebab malam minggu dan cerita ni memang tengah hot. Banyak jugak muka-muka yang kecewa tak dapat tengok Fast & Furious 5 yang 2D punya pukul 9.45 pm tapi aku dengan selamba je datang pukul 9.30 pm ambik tiket yang mahal RM1 dari biasa sebab 2D so RM12 la satu tiket, belagak la sikitkan sebab aku dah book tiket dari pukul 12 tengah hari siap pilih seat yang best lagi. Kena bijak la kan kalau nak tengok cerita-cerita yang hot jangan main terjah je tambah malam minggu lagi la nak kena berebut dengan orang la, beratur panjang la, dapat seat depan la, tiket habis la.

Sepanjang 2 jam 12 minit menoton sikit pun pandangan tak dapat lari dari screen, setiap saat kalau terlepas rasa rugi tapi ada jugak scene yang best aku terlepas gara-gara Aaron. Kaki dia asyik kena seat orang depan. Setiap kali dia gelak je kepala amoi tu mesti goyang-goyang, bf amoi tu dah tengok-tengok belakang. Ok aku paham perasaan amoi tu mesti bengang kan so setiap kali Aaron gelak mesti aku kena tegur dia "Aaron jaga kaki, jangan bagi kena seat depan".

Berbalik kepada cerita Fast & Furious 5 memang terbaik, jalan cerita yang bagus, kelakar, penuh dengan aksi, banyak perempuan seksi dan ada juga scene suspen. Apa yang buat cerita ni bertambah menarik sebab gang-gang Fast & Furious 1 sampai 4 datang membantu Dominic dengan Brian. Wah memang tak rugi tengok 4.9 bintang aku bagi dari 5. Nanti nak tengok lagi siapa mau ikut sila angkat tangan macam saya.


Dah habis tengok lepak-lepak kejap, macam biasa kita orang akan jadi pelakon pulak. Ada yang nak jadi Dominic, ada yang nak jadi Brian, ada yang nak jadi Han dan semua watak yang ada. Si Rasyid pulak bawak kereta punyalah laju konon macam bawak peti duit. Nazerin pulak tak habis-habis dengan Brian O' Connor siap pakai gambar dekat Facebook lepas tu upload gambar Mia dekat Facebook cakap tu awek dia. Aaron pulak mengaku dia Dominic. Aku? Ha Ha Ha aku lebih penting dari watak Dominic dengan Brian, aku jadi peti besi je.

Saturday, May 7, 2011

Atasi Masalah BlackBerry Yang Kuat Makan Kredit

Kepada pengguna BlackBerry yang menggunakan prepaid mesti hangin kan sebab kejap-kejap kredit habis tanpa buat call, guna internet atau mesej. Yang pakai postpaid pula tiap-tiap bulan bil sampai mesti mahal. Kenapa?

Puncanya ialah anda tak subscribe internet data. Jadi data services akan sentiasa berjalan mengunakan kredit. Bagi yang memang tak nak langgan internet + B.I.S dan cuma ingin menggunakan BlackBerry seperti telefon biasa saja bolehlah gunakan cara ini untuk mengelakkan kredit atau bil dari terus dicekik darah, caranya silalah off data services. Kalau tak tahu boleh ikut langkah-langkah dibawah. Klik setiap yang bertanda merah di telefon anda ok bukan disini.
1.

2.

3.
OFF kan Data Services dan While Roaming

Dah pun siap, On semula bila diperlukan sahaja. Selepas data services dah off, segala MMS atau aplikasi yang berkaitan dengan internet tidak dapat digunakan tetapi untuk membuat panggilan atau mesej tiada masalah. Bagaimanapun anda masih boleh menggunakan melayari internet menggunakan wifi tanpa perlu on data service tetapi hanya untuk Blackberry yang menggunakan OS yang terbaru sahaja. Contoh dulu masa OS V6.0.0668 kalau nak guna wifi mesti kena on data service tapi lepas saya update kepada V6.0.0.723 boleh pulak guna wifi tanpa on data service .

Thursday, May 5, 2011

Inilah Cinta Sejati


Cinta sejati perlukan pengorbanan yang besar.
Apa itu cinta sejati?
Cinta sejati adalah sesuatu yang cool seperti ini:-

-Anda akan berkata semoga awak bahagia ketika anda melihat dia yang disayangi lalu dihadapan anda dengan sangat bahagia bersama orang lain yang baru 3 hari dikenali di Facebook.

-Anda rela mendermakan buah pinggang kepada dia yang sangat memerlukannya untuk terus hidup walaupun dia akan meminta putus selepas dia menerima buah pinggang dari anda.

-Anda sanggup makan maggie kerana menyimpan duit semata-mata untuk bawa dia ke konsert Justin Bibir.

-Anda dengan senang hati membeli sebuah rumah bungalow sebagai hadiah hari jadinya dengan hasil wang yang dipinjam dari Ah Long.

-Anda sanggup meminta duit belanja berlebihan dari ibu untuk membeli kad topup dengan memberi alasan cikgu sekolah memandu kenakan caj tambahan kerana beliau mengalami masalah keguguran rambut dan perlukan rawatan dari Yun Nam Hair Care.

-Anda tak mudah mengalah dan sanggup menunggu 10 tahun untuk meraih cintanya walaupun dia berkali-kali berkata "muka awak macam sotong".

-Anda dapat menerima segala kekurangan dan kelebihan dia termasuk........ Tak pe lupakan saja ok.

-Anda sanggup mengupah beberapa pekerja bangla kedai minyak kerana kekurangan bajet untuk mengupah pemuzik okestra yang berpengalaman. Walaupun muzik bangla yang kedengaran, anda tetap teruskan menyanyi lagu Sedetik Lebih semata-mata untuk memujuk si dia yang sedang merajuk.

Kenapa tak percaya ke?? Inilah realiti cinta sejati. Ha Ha Ha Ha Ha =)
Indahnya cinta sejati kan..kan..kan

Wednesday, May 4, 2011

Saya Blogger Lelaki


Dipetik dari blog Aisyah Aina. Untuk baca lebih lanjut sila klik gambar tersebut.

Macam tengah hot je sekarang ni isu blog lelaki vs blog perempuan. Ada yang bandingkan mana lagi best. Ada yang bandingkan mana lagi kemas. Ada yang bandingkan mana lagi bermanfaat dibaca dan banyak lagi. Dekat forum gengblogger pun ada keluar isu ni. Tak terfikir pulak blog aku pun akan terlibat dalam perbandingan ini sampailah The Syafiq Mokhtar maklumkan yang blog aku tersenarai dalam entri Blogger Lelaki?? dekat blog Aisyah Aina. Apa pun terima kasih Aisyah Aina kerana suka baca blog saya dan mempromote lagi kepada blogger lain. Sebelum ni pun banyak jugak saya dapat tindak balas yang baik dari pembaca-pembaca yang sukakan idea penulisan saya tapi bila dah tersenarai buatkan saya lebih teruja.  Walaupun ianya tidaklah seberapa bagi sesetengah orang tapi sekurang-kurangnya saya tahu yang isi blog saya boleh diterima ramai dan ada pembaca. Terima Kasih kepada semua pembaca sama ada pembaca tegar, pembaca kadang-kadang atau silent reader yang sudi membaca entri-entri saya. Love U All <3

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...