ASYRAF-7

Bertemu lagi kita. :)

Hai...

Wednesday, March 20, 2013

Software Untuk Elak Di Saman AES

Bagi pengguna Android anda sangatlah beruntung sebab boleh download software yang bagus untuk elakkan dari kena tangkap dek kamera AES.

Ada banyak jugak software AES ni tapi yang paling bagus saya penah cuba adalah AES Location Detector. Software ni memang sangat bagus.

Gambar tak berapa clear sebab tengah drive.

Memang AES ada letak signboard sebanyak 3 kali saya tahu tapi kadang-kadang kita ralik dan tak perasan signboard tambah pada waktu malam. Dalam software ni saya set kan dia alert 1km dari kamera. Dia akan tunjuk kelajuan kita, jarak kita dengan kamera dan had laju yang ditetapkan. Dia jugak boleh bersuara, yela takkan nak tengok dekat fon je kan, nanti tak fokus dekat jalan masuk gaung pulak. Bila dah sampai jarak yang ditetapkan dia akan berbunyi "AES CAMERA DETECTED" berulang kali. Ini anda boleh set kan berapa kali dia nak bagi amaran atau tak nak langsung, suka suka hati anda.

Thursday, January 3, 2013

Masalah Air Lagi !!


Bandar Baru Ampang: Hampir satu hari menangung azab disebabkan masalah kegagalan Sistem Rumah Pam di Wangsa Maju dan Rumah Pam Pudu Hulu Baru. Kejadian ini adalah yang kali kedua sejak 29 Disember tahun lalu. Saya bersama keluarga terpaksa ulang alik mengambil air dari pili bomba di blok sebelah. Kejadian ini amat mengejutkan kerana tiada sebarang notis gangguan dikeluarkan oleh pihak pengurusan kerana ia berlaku secara tiba-tiba.


Dah tak payah nak poyo sangat konon berita la kan. Tapi apa yang pasti memang perit takde air, takde elektrik takpe lagi. Takde air nak buat rutin harian pun susah. Paling menderita terpaksa angkut air dari bawah naik atas. Kalau aku ni ahli bina badan macam Datuk Yusof Haslam dan Aaron Aziz ok la jugak. Ehh silap dorang takde kena mengena pon dengan bina badan.

Walau bagaimana pun sekitar jam 3.50 pagi air sudah ada semula di kawasan saya. Deras lagi tu dengan membawa air karat bersama. Hampir menangis berguling-guling aku atas lantai kerana terlampau gembira. Merasa jugak aku jadi seperti orang kulit hitam di Afrika yang gembira dapat bekalan air bersih dari paip. Terus buka paip isi air dalam baldi-baldi kosong bagai takut kalau jadi balik takde air kan naiya. Habis semua pinggan mangkuk aku basuh. Sekarang baru rasa kita patut elakkan pembaziran kerana setitik air tu sangat berharga tapi sekejap jela kan rasa macam tu.


Berbotol-botol air aku beli untuk minum dan masak magie bila lapar. Air yang warna coklat dalam botol kecik dan dalam cawan tu bukan tea, nescafe atau air ketum kaw dari Kedah tapi itu adalah air pertama yang keluar dari paip, saja nak tadah buat saspen sikit.

Haaaa lagi satu ingin aku jelaskan kemushkilan korang tentang pisang yang nak menyibuk duduk depan sekali tu, dia bukanlah air berperisa pisang di dalam botol berbentuk pisang tapi dia memang pisang betul dan tiada kaitan atau membantu langsung semasa masalah air ni melanda.

Ok akhir sekali syukur alhamdulillah masalah ni selesai dengan cepat. Syabas diucapkan kepada SYABAS. Kepada yang masih dalam kawasan krisis air tu syabas jugak kerana anda mampu bersabar.

Dibawah ni ada KENYATAAN MEDIA dari pihak SYABAS tentang punca, tempoh yang dijangka akan pulih dan kawasan yang terlibat. Boleh jadikan rujukan.







Friday, December 28, 2012

App World Hilang Selepas Upgrade



Mulanya saya rasa tak perlu untuk menulis tentang ni tapi ramai yang bertanya. Mereka kata selepas upgrade App World terus Icon App World hilang. Tak perlu saya terangkan baik baca sendiri dekat sini dan sudah pasti anda akan dapat balik App World yang dah hilang tu.

Baca Sini -------> App World Hilang


Saturday, December 22, 2012

Reboot Blackberry Dengan 3 Butang

Adam !! Stacy !! Bergabung !! Meletup !! Ahhhhhh

Ok tu Adam dengan Stacy bila bergabung. Sekarang ni bila 3 butang dibawah bergabung dia tak meletup macam Adam dan Stacy tapi dia akan reboot telefon Blackberry. Ni adalah salah satu rahsia alam semulajadi yang harus diketahui oleh pengguna BB. Reboot boleh juga dibuat dengan mencabut bateri itu dipanggil hard reset. Gabungan 3 butang dibawah dipanggil soft reset. Pengguna BB yang dah lama mesti tau 3 butang ni. So tak payah baca, ni untuk pengguna baru je.

Cara dia adalah dengan menekan butang seperti diatas bermula dari alt kemudian aA dan akhir sekali del.
Tekan ketiga-tiga butang ni selama 10-15 saat sehingga menyala lampu merah. 


Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...