Setelah tambah tolak campur bahagi tinggal la 9 hari je lagi puasa dan minggu depan hari Jumaat aku dah pun balik Taiping tapi baju raya sehelai pun tak beli lagi padahal semalam dekat Mid Valley banyak je. Dah memang jadi kebiasaan aku beli baju melayu last minit bukan sebab aku suka bersesak-sesak dalam lautan manusia tapi bagi aku baju baru ke lama ke sama je tak ada beza pun jadi sangat la malas nak membeli baju baru, bila disuruh beli barulah aku beli. Baju melayu raya dua tahun lepas pun masih elok lagi sebab aku cuma pakai 5-6 kali je. Bila dah semakin besar segala-galanya terasa biasa tak macam masa kecil dahulu setiap tahun tak sabar-sabar nak beli baju raya, kasut raya, seluar raya, hantu raya, ehh hantu raya tu takde la..
agak-agak aku boleh jadi handsome macam David Archuleta tak kalau pakai baju warna ni??
hmmm nak pilih warna yang mana satu ni? yang tengah tu pun ok jugak kan.
gua belum beli lagi baju melayu,bapak sad kan? T_T
ReplyDeleteaku baru je beli kat jakel..tula pasal next week raya dah..
ReplyDeletepakai kaler oren la...hhee
ReplyDeleteselamat hari raya maaf zahir batin
Salam Eidul Fitri Al-Mubarak,And Happy 54th Independence Day..
ReplyDeleteselamat hari raya maaf zahir batin
ReplyDelete